Thursday, January 24, 2013

Apa itu Ectopic Pregnancy??~Sharing My OWN Experience~

Salam.Selamat Sejahtera.Hai dan Hello buat semua~

Genap 6 bulan blog bersawang. *Ko patut malu dgn diri ko sendiri..Pfffttt*

Menjalani hari-hari biasa bersama family tersayang. Ditambah melayan keletah budak debab yg makin meningkat umurnya. Next month cukup setahun.Homaii..setahun??*ok tak plan apa-apa lg utk birthday party~*

Sedikit update tentang Zhafran a.k.a budak debab

He just love smilling

  1. Gigi tumbuh 6 batang serentak diusia 10 bulan.!!
  2. Sangat tertarik dengan gitar @ apa saja berunsur muzik
  3. Sangat sukakan bola dan live match bola di TV..*x faham btul dgn lelaki ni*
  4. Sangat TAK suka dengan cloth book..* oh anak..nk jd ahli muzik@pmain bola kah?*
  5. Dah boleh jalan meniti dkt perabot..tapi masih menjengket@ginjat..*kenapa ya?*
Actually sy baru recover dari pengalaman yang bg saya amat2 menakutkan. Dan smpai sekarang bila sy igt saya masih lagi trauma!

Since sy penghidap young hypertension, maka sy malas dan x digalakkan utk mengambil apa saja kaedah perancang. Doktor kata boleh buat tekanan darah jd lebih tinggi. Maka sy hnya merancang sendiri berpandukan KALENDAR!!..

Tapi idak la cara manual dengan kira dan pangkah di kalendar tu..* tak kuasa den *

Using this app:


Download saje di playstore utk pngguna android tegar!!

Memang accurate. Sape yg pnah guna akan tau. So sy just refer this calendar bila nak tahu "zon berbahaya"..
Tapi sejak beberapa bulan lepas, kitar period saya dh tak stabil..Kdg2 29 hari,ada 31 hari ada 32 hari..Maka app ini jadi bingung. *sebenarnya sy yg makin bingung + risau*

Nak dijadikan cerita pada bulan November lepas, seperti biasa sy dn suami mnjalankan tggungjawab sbg suami isteri dan Unprotected since sy confident bukan berada dlm "zon berbahaya". Tapi setelah selesai hati rasa seperti ada yang tak kena sy cek balik calendar..Homaii!!! Saya tersalah tengok bulan..!!.and hari itu adalah hari Ovulation..haish~

Terkebil-kebil sy dgn phone di tangan. Sy maklumkan pd suami tp suami hanya sengih dan kata kalau ada rezeki apa salahnya. Tapi sy hnya termenung. Memikirkan anak yg masih kecil, dan bersalin hari itu pun czer. Saya betul-betul physically and mentally tak bersedia.

Sampai tarikh sy sepatutnya period, period tak muncul. Hati dh gundah gulana. ohh tak ready..tak nak..Saya berdoa agar tak mengandung..*Im a bad mom..*..Tunggu lagi..Tak nampak batang idung. Cukup seminggu lewat sy cek UPT.The result...NEGATIVE~

Huu..Lega..So saya assume period lewat sebab badan naik. Ok. Nothing to worry.

3 Dec. Sy period. Tapi, kenapa flow tak macam selalu. Bukan keluar darah, tapi macm brownish stain.Sikit-sikit.Tapi hari-hari berterusan hingga 6 hari. Hari ke enam brownish tukar ke dark brown ke arah black. Lagi saya pelik..Nak kata implantation bleeding sy tak preggy. Tak terdetik pulak nak repeat UPT. 10 hari kemudian ada lagi brownish stain itu. dan mula dari hari itu sy mula rasa sakit mencucuk di ari-ari @ pelvic area. Tapi sakitnya sekejap sekejap. Kadang2 tgh duduk tgk TV, tgh mengadap laptop sakit tu menyerang. Sy langsung tak terfikirkan apa-apa hanya ingat angin dalam perut. Bila sakit makin kerap especially di tempat operate czer, sy makin risau. Tapi masih lagi bersikap ignorant dgn anggap itu hanya angin (Sbb bdn sy mmg byk angin).

Petang 30 Dec.Sakit itu bkn lg sekejap2 tp berterusan. Konsisten. Tak berkurang makin bertambah. Sampai tertonggeng2. Entah kenapa sy tetap mengatakan sakit itu disebabkan angin. Macam2 minyak dh taruk kt perut, tapi sakit tak hilang. Makin sakit,dan terasa lebih sakit di perut sebelah kanan. Malamnya saya ke klinik. Doktor suspek saya gastrik,dicucuk nya ubat gastrik. Balik rumah sakit makin bertambah mnyukarkan  pergerakan. Sy ajak pula mak pergi rumah bidan. Kesian bidan tu 10 malam sy pg kacau dia. Bidan pun urut-urut badan ni. Katanya urat saya bengkak. Banyak masuk angin. Diurutnya satu badan termasuk perut saya.

Selesai urut,pulang ke rumah sakit makin menggila. Kali ni sy tak mampu ckp apa2.Hanya diam menahan sakit. Terus mak ajak pergi hospital tepat jam 1.00 pagi. Kami pergi ke bahagian kecemasan. Sy kata sakit perut. Macam biasa prosedur hospital, amik darah, cek kencing segala, cucuk ubat tahan sakit. Doktor suruh sy rehat di bilik pemerhatian sementara tunggu result darah dan kencing. 2.00 pg doktor dtg..

"Bila last period ye kak?"
"3 december"
"Akak sure ke..sebab.......based UPT akak pregnant.."

Masa tu rs bagai nk luruh jantung sy dgr. Automatik sy terus rasa sakit itu bkn sakit angin. Mesti ada yg tak kena dgn kandungan sy.

"Tapi akak pun kencing kotor. Kadang-kadang kencing kotor boleh buat sakit perut. Akak balik lah dulu."

Hello!rasa nk menjerit masa tu. Takkan sakit sampai separuh mati ni kencing kotor??

Sy pun pulang dgn pasrah.Sepanjang malam sakit makin menggila. Sy tak mampu bersuara. Nafas makin sesak.Sy tak boleh baring,sy tak boleh bergerak,sy tak mampu buat apa lagi selain istighfar dgn air mata berjurai2 menahan sakit yang tak pernah sy rasa sebelum ni. Sungguh waktu itu sy rasa nyawa saya bagaikan  dh smpai penghujung. Masa itu la sy pikirkan anak yg masih kecil.Suami.Keluarga.

6.00 pg ibu sy masuk bilik.Terkejut melihat sy hanya duduk tegak. Bila mak buka lampu bilik dan lihat muka sy, terus mak sy ajak sy ke hospital semula. Mak kata muka saya dah pucat sepucat2nya!

Tiba di bahagian kecemasan sekali lagi. Doktor yg discaj sy pg td masih ada. Kali ni doktor lain pula yg cek. Masih nak ikut prosedur nak ambil darah dan air kencing. Kali ni sy menolak..

"Please refer me to O&G"..itu je sy mmpu ckp

Sampai bahagian O&G, ditemubual pula dgn doktor disana.Bila last period dan sekian2..bukankah terang terangan result upt positive?..Bila sy ckp flow period baru-baru ni tak berapa ok, then baru sy tahu itu bukan period. Itu namanya spotting atau nama lain mild bleeding!..uhuhu..*jahilnya~*..dan bila dikira balik dari 29 Oct tarikh akhir sy betul2 period..Kandungan sy dah pun 9 minggu..

Sy dibawa ke bilik scan. Doktor cuba cari kantung janin, tapi tak jumpa. Dia kata ada sesuatu dlm rahim saya. Seolah-olah banyak cecair. Doktor cuba pula scan melalui faraj masih tak jumpa kantung. Doktor buat VE dn dia tekan dibahagian pangkal rahim dn tnya sama ada sakit atau tak. Memang sakit!!..
Tunggu pula doktor pakar utk scan saya..Sy makin lemah..

Keputusannya..

Ectopic Pregnancy..Ruptured Ectopic Pregnancy. Pendarahan dalaman yang banyak. Tak nmpak kantung sebab janin itu dah pecah. Tapi doktor tak berani nak bg keputusan tepat. Emergency operation untuk keluarkan pendarahan dn utk selamatkan nyawa saya.

8.30 pg sy di tolak masuk ke dewan bedah..

Doktor toreh balik parut czer sy. Mmg rasa mcm bersalin lg sekali. Cuma kali ni lebih sakit. Mak kata pembedahan sy makan masa 3 jam. Sy tak sedar sbb dibius satu badan. Doktor explain, janin berada di tiub sebelah kanan, janin membesar dan tiub sebelah kanan pecah....bersama-sama janin..*sayu rasa hati*..Tiub sebelah kanan doktor buang. Kata doktor nasib baik sy sempat ke hospital, kalau tak mungkin sy takkan berada di dunia ini lagi sebab pendarahan yang banyak.

Sampai hari ni sy masih ingat sakit itu. Masih terasa sakit menggila itu. (lebih sakit dr contraction nk bersalin!). Masih trauma..Bila sy fikirkan, mungkin Allah tarik balik rezeki yang Dia beri kerana tahu sy tak bersedia. 9 minggu, degup jantungnya sudah ada..Dan Allah tarik satu anugerahNya iaitu sebelah tiub saya kerana sy menolak rezeki pemberianNya. Ya Allah.. Ampunkan hambaMu ini..

Jadi mommies, nasihat saya:
  1. Kalau sakit perut jgn buat main @ anggap tiada apa yg berlaku.
  2. Kalau flow period bukan keluar darah..itu bukan period, itu spotting@mild bleeding.
  3. Ikut naluri. kalau dh rasa ada yang tak kena, pergi saja hospital cepat2.
  4. Dan Ectopic pregnancy mmg x dpt dikesan dgn UPT biasa pada peringkat awal..Menjelaskan kenapa negative waktu sy buat UPT
Hope dpt memberi info kepada mommies semua!!
Read more

Monday, July 16, 2012

Hadif Zhafran~



Salam dan hai buat semua.Entri tertunggak berbulan2. Agak2 macam dah bersawang belog ni baru terkedek2 nak update. Sempat blogwalking saje. Dapat jg baca update Mommies lain dgn anak masing2.Their development, ada yg dh start makan,ada yang dah start jalan..wah2..best2..giliranku bakal menyusul..wee~
Tentang entri sebelum ni. Terima Kasih atas komen2 yang membina semangat anda. Dan cadangan2 dlm membantu saya yg berusaha utk breastfeed anak lelaki saya. Untuk pengetahuan mommies yang lain setelah habis saja berpantang, mmg supply susu saya terus drop. Kalau sebelum ni oicit adalah setitik dua, tp lepas habis pantang mmg setitik pun xde.

Saya dh pg bidan, tau apa bidan kata??

" T*t*k kamu kecik itu pasal tak ada susu..."..ambooiihhh..sedap mulut btl bidan ni

Saya juga dah cuba makan apa saja yang mommies lain cadangkan..Hasil tetap tak ada..

Akhirnya saya cuba pula produk Shaklee..pun hasilnya sama..Susu terus drop dan tiada langsung akhirnya..(bkn sy nk kata produk itu x bagus, cuma mungkin tidak sesuai buat saya)..


Akhirnya anak saya zhafran, FULL FM seawal 40 hari. Tragis. Ya,mmg tragis.Tapi saya pikir positif. Mungkin itu saja rezeki utk anak saya. Maafkan mak sayang~


Maka sedaya upaya saya cuba menjaga kesihatannya..Alhamdulillah.dengan Izin Allah anak sy membesar tanpa sebanrang masalah. Tak pernah demam, selsema atau batuk hingga usianya mencecah 5 bulan..Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi..


Layan gambo skit..hehe


1 month old - 4.7 kg
2 month old - 5.6 kg
3 month old - 6.8 kg
4 Month old - 7.6 kg

Berat dia naik secara normal. Tak terlalu mndadak,x terlalu slow.Nurse kata just nice.So mummynya hanya sengih.Anak saya mmg murah dgn senyuman, semua org dia nmpak semua dia nak sengih2..Saya ke mana sahaja pasti ada yg ingin mendukungnya..Tapi bila soalan ini kedengaran~

"Tembamnya!!Susu badan ke ni??"..errr..saya hanya snyum..iya tak..tidak pun tak..senang kan?

Pantang tgk saya pegang phone..Automatik dia terus sengih..Bayi2 sekarang ni mmg suka brgambar kah??Kalau saya baring disebelahnya sambil pgg phone dia pun sibuk nk tgk sama..Haih..bayi zaman sekarang..



Oh ya. Kata mak saya anak saya mmg sejibik ikut muka sy ms kecik.Pada mulanya x caye lah. Tapi lepas buat pbndingan..huiyoooo..mmg sama!!



Cuba cakap..tang mana yang x sama???Tang jantina laaa..:P

Pkembnagn skg dh boleh mniarap skit2.Ketawa mmg mengekek.Kalau besembang2 satu rumah boleh dgr suara dia.Kalau menjerit,berdesing telinga woo..Skg ni dh rasa berat nk pg keje.Kalau pg mmg teringat2 la budak debab sorang ni.Air liur dah meleleh2,menyembur..*ok rambut mak dia dh makin nipis*..

Habit baru skg suke tgk org makan,pastu lidah terjelir2..Nak makan ke apa???hihihih..

Oh ya,jika ada yg bertanya saya mkan apa masa mengandung sebab anak saya extra putih. Saya hanya jawab..

"Ohhh..tengok cerita KOREA dan KPOP banyak2!!"  hahahahaha

Dan sekarang kalau sy pasang lagu KPOP di phone..mmg dia akan terkinja2..ROSAKK anak aku!!!

Till then, latest photo from us..


Read more

Monday, April 9, 2012

Terlalu Hina kah diri ini??My confessions about breastfeeding...

Ini entri emosi. Sekadar berkongsi dan ingin meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati. Pantang belum habis lagi jadi harus luahkan sebelum jadi meroyan..Weeee~

Entri berkaitan penyusuan badan.

 Baru-baru ni anak saya dimasukkan ke hospital sebab cirit birit..Sampai berdarah. Kena tahan wad 5 hari.
Doktor suspek jangkitan kuman pada usu. Sepsis katanya. Dia kata normal for infants sebab imun sistem tak mature lagi. 5 hari yg menyesakkan jiwa saya..dengan risaukan anak sampai kena masuk air. Bayangkan la anak sekecil itu dimasukkan drip. Punggung melecet sbb terlalu kerap cirit. Dia pun lemah, selemah2nya..Tak tau berapa gelen air mata ni dah keluar..Tapi yg paling saya rasa diri ini hina bila dialog2 ini kedengaran:


"Kenapa tak bagi susu badan, kan dah kena kuman"
"Rugilah anak tak dapat susu badan,nnt selalu sakit"
"Eh??xda susu??mustahil laahh..Tak bg anak isap kot"
"Kena selalu DF..paksa je anak tu, kalau tak mcm mana nk byk susu??"


Dan banyak lagi..dan setiap pertanyaan, disertakan mimik muka yang macam.."You are terrible mom!!"..saya hnya pekakkan telinga.Di hati hanya ALLAH yang tahu..


Waktu di wad saya duduk dlm bilik dgn seorang lg patient baby juga, 2 bulan..demam panas sampai 39 degree.Pun ada jangkitan kuman dalam darah.Baby itu menyusu badan..Yang paling buat saya sakit hati lepas orang2 yang memperlekehkan saya tnya ibu baby tersebut pula..


"Susu badan ke botol?"
"Susu badan.." jwb ibu tersebut..




"Ooohh..tak apa..biasalah budak sakit sekali sekala.."

Hati saya memang terguris!!Diskriminasi ke apa??

Masih tetap nak main2 dgn saya walau sakit. Tangan kiri berbalut sbb doktor letak kayu

"Its ok mom..zhafran ok.."

Day 5..yeay..dah sihat..dah boleh balik


Sejak hamil lagi mmg saya berazam utk menyusukan anak saya secara eksklusif. Banyak bacaan yg sy buat. Macam2 laman web tentang benefits of breastfeeding saya singgah, maka naluri ini begitu tekad utk menyusukan anak saya pabila dia lahir..Setiap ibu tentu mahu yg terbaik utk anaknya bukan?begitu juga dgn saya bila saya tahu yg susu ibu ini sgt baik dan terbaik utk bayi 6 bulan pertama..

Seperti biasa preparation mesti ada.Bahan bacaan, byk bertanya pada kawan-kawan yg menyokong bf dan join group KIM di FB. Breastpump dah beli, warmer, storage bags, nursing cover, nursing bra dan mcm2 lg yg berkaitan dgn bf. See??bersungguh2kan saya??bukan main2..

Bila ibu saya kata pada saya..

"Mak dulu tak byk susu..masuk sebulan terus stop."..Hati saya sedikit terusik..benarkah ada org yg tak byk susu?sbb melalui pembacaan saya di KIM semua org pasti ada susu..Macam mana kalau saya juga seperti ibu saya??Lalu saya pujuk hati sendiri dengan membuat andaian ibu saya tak buat power pumping..*ohh ampunkan saye mak...*

Hari pertama kelahiran.Sebab saya c-sect maka, 6 jam pertama saya terpaksa berbaring sebab kesan ubat bius masih ada. Anak dah menangis2 minta susu. Nurse tolong letak anak di dada, dia cuba hisap, kemudian menangis..Nurse picitkan, ternyata tiada langsung susu yang keluar.  Maka makanan pertama anak saya susu formula hospital.

Hari Kedua, pun sama..Saya cuba picit cuba DF, HAMPA!..meraung2 anak saya kelaparan..
Hari ketiga urut, adala setitik dua, cuba juga bagi anak saya DF.Dia menolak

Dan hari2 berikutnya begitulah supply susu saya..Hanya setitik dua. Anak pula refuse DF. Mungkin bosan agaknya, suruh minum tapi susu tak keluar..mau tak mengamuk..Pernah sekali saya paksa juga DF dia menangis2 langsung terus tak nak minum bila saya offer susu botol..Merajuk dan terus tido..*menitis lagi air mata ibunya*

Power pumping pun dah cuba..bukan sekali sehari..3 kali sehari..seminggu sudah, hasil tetap sama tak sampai 1 oz..

Macam2 makan dah saya cuba..sebut saja..Lobak putih,sawi,kurma,longan,halba,milo,susu,horlicks,nasi 3 kali sehari.Dah cukup seimbang..Air dan berliter2..Tapi kenapa??


Tapi saya masih lagi berusaha. Saya akan cuba dan terus cuba..Biarlah walau x sampai 1 oz..sekurang2nya dpt juga..Sekarang saya nk cuba pula supplement Shaklee..Harap2..mudah mudahan bertambah la susu ni..

Mommies lain?ada pendapat dan cadangan??
Read more

Monday, March 26, 2012

Hari ke 31..My life turned UPSIDE DOWN!

Salam buat semua. Hari ke 31. Updates:

Tekanan darah terkawal
  1. Zhafran still ada appointment fisioterapi
  2. Udah pulang ke rumah sendiri
  3. Berpantang???err...no komen..wink~
Overall kalau nak disatukan menjadi konklusi yg realiti adalah hidup saya berubah menjadi tunggang terbalik!!

Mmg saya plan xnk duk lama di rumah mak. Sebab sy jadi sgt mengada2.Hal anak mak yang uruskan.Yang saya duk relax2 tengok tv dan juga online. Makan berhidang, air mandi mak sediakan. Huiyo mmg best. Tapi terasa mcm menyusahkan mak je.

Setelah difikir2 saya decide untuk balik ke rumah sendiri. Duduk bertiga dgn si suami. Bila lagi saya nk belajar handle anak.Betul tak?
Yang lawaknya bila saya nyatakan hasrat saya pada ibu, dia agak keberatan. Katanya risau. Bila ditanya risau tentang apa. Katanya:

"Kamu duk berdua dgn laki kamu tu kang jadi apa-apa pulak." Saya pelik
"Jadi apa??"
" Yela, kamu tak habis pantang lagi, jgn meleset dekat laki kamu pulak."

Ohh.comel sungguh ibu saya.sampai ke situ dia fikir. apakah??Tapi ada juga dia risau saya x boleh handle semua kerja. wee~

Awal-awal di rumah, mmg kelam kabut. Mana nak jaga anak, nk mandikan anak,nk nyusu anak, nk kendong, nak dodoi. Kena pula dia meragam nak mengempeng alamat saya pun tido skali.
Dia dah tido baru saya boleh basuh baju. Baju saya, baju suami, ha..tambahan baju si kecik. Ibu sudah berpesan, baju baby jgn masuk mesin.Rendam dan sental dgn tangan.Tambahan kulit anak saya sensitif.Hyersensitif.Lagi la kena jaga betul2

Baru nak sental..

"Uwaaaaaa..." anak nk susu..terbengkalai semua kerja.

Selesai membasuh, nak sidai. Baju kami xda masalah. Tapi baju si kecik. Mittens dgn booties paling kena jaga. Tup2 hilang sebelah, dah kena cari merata mana plak cicir.

Masak pula. Tak masak kang ada yg perut masuk angin. Orang dlm pantang katakan. Masak pun cincai, kukus saja. campak2 segala bahan. Baru nak menyuap.

"Uwaaa...." anak nangis lagi..tinggal saja nasi

Sambung makan, nasi dn lauk udah sejuk. Bedal aje laa. 

Cabaran bagi saya ketika nak mandikan anak, terkial2, takut nk pegang. Takut jatuh.Last2 saya lebih selesa mandikan dia dlm besen sambil saya bersila.heheh

Cerita berpantang. hummm. susah nk cerita, ibu saya hanya mampu geleng kepala. Saya berurut, bertungku kdg2 dan berbengkung pun kdg2. Hanya awal2 pantang saya berpilis, berparam segala bagai. Semasa di rumah mak yg mana saya hnya rileks saja. Pernah juga satu ketika saya hendak susukan anak, yg mana pada masa itu saya memakai bedak param seluruh badan. Lepas tu habis muka anak saya naik bintik2 merah sbb terkena bedak param saya. Haih!

Jadi selepas itu, setelah pulang ke rumah sendiri. Tiada bengkung, tiada pilis, tiada param. Tak sempat nk belek diri sendiri. Nak mandi pun ala2 kerbau inikan nk lilit bengkung yg dasyat itu. Saya hnya jaga makan. Makanan yg berangin dan sejuk mmg saya x mkn. Cuma milo panas, biskut, nasi dan sawi.

Cerita tentang anak, sejak masuk 1 bulan kerenah makin byk. Minum susu nak lebih, tido nak berdodoi ala dongdang sayang dgn lagu mcm2 bahasa. Badan pula x tahan panas, peluh aje mula la naik heat rash. Mulalah meragam, fussy, semua serba tak kena. Dah bukak kipas maksimum, bukak sikit butang baju. Ha..baru lena. Malam2 pun sama.

Heh.itu la cerita saya. Agak2 cerita mummy lain mesti sama @ lebih kurang mcm saya. Lagi pula, kalau ada anak kecil yg lain. Huu..mmg tabah.. Tapi lama2 saya dah biasa. Dah faham kehendak anak. Tak la gelabah macam dulu. Bila suami pgg anak yang sedang nangis saya hanya akan suruh apa yg patut dia buat. Bila anak diam dia akan tanya balik.

"Mana tau?"
"Biasalah naluri Ibu.." Woha!terasa bangga..betul x mommies??

Till next entry.XOXO to all.
Read more

Tuesday, March 13, 2012

Rentetan Kelahiran Si PERMATA HATI~

Salam buat semua.

Baru pulang berpantang dari rumah mentua. Belum habis pantang, baru hari ke 16. Pulang awal sebab terlalu byk appoinment di hospital. Duk di rumah sendiri, sekangkang kera je dengan hospital.

Setelah 16 hari, barulah sedia nk berkongsi pengalaman bersalin, walaupun berakhir dengan perut dibelah (c-zer) tapi rentetan sebelumnya haruslah dikongsi kan?pengalaman ngeri dan dasyat jgn disimpan di dlm peti *heh..merepek lagi*

Bukan rezeki saya utk melahirkan anak secara normal. Walaupun bersungguh2 saya mmg mahu bersalin normal. Mahu rasa apa itu erti perjuangan seorang ibu. Erti kesakitan yang ditanggung yang hilang sebaik sahaja terdengar tangisan bayi kesayangan.Ohh..ruginya diri ini..Kata orang,

 "sekali dah c-zer,lepas ni c-zer aje laaa" 

benarkah pepatah bukan org tua2 itu?apa benar sy xde peluang merasai kesakitan itu??ohh..

Jika ditanya mahu beranak lagi kah?of course jawapan saya mahu!!kerana saya mmg x rasa langsung kesakitan itu melainkan rasa macam tak ada kaki sebab dah dibius dari pinggang ke bawah...Tapi bila di ingat kembali pengalaman VE @ DISELUK..itu yang buat saya berfikir semula.

Entri ini panjang ya? saya malas nak buat byk version.Kasi sumbat semua..heheh..

23 Februari 2012.
Saya serah diri di hospital atas arahan doktor saya akan diinduce pada 24 Februari 2012 atas sebab tekanan darah tinggi. Datang drive sendiri, angkut beg sendiri jalan pg labor room dgn selamba, ckp kat nurse
"Saya nk serah diri untuk induce esok!" sengih mcm kerang busuk.

Bila ditanya mana suami, saya kata pergi kerja.Nurse mula membebel.Suami tak bertanggungjawab lah, tak syg bini lah..Haih..itu tak penting bg saya.Lagipun bukan sakit lagi.

24 Februari 2012 - 7.00 pagi
Saya dipanggil ke bilik prosedur untuk masuk ubat...dibawah..Dr perempuan india,  menerangkan yang ubat akan dimasukkan 2 kali. Kalau cervix tak dilate @jalan x buka..Maka perlu C-zer..

Zuup. Sambil bersembang dia terus seluk. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Terkapai2,terkial2 saya menahan sakit. Dr suruh saya tarik nafas dalam2,relax, jgn kemut. Tapi dia masih lagi merodok dgn ganasnya sambil bercakap2 dengan Dr lain dlm bilik yang sama. Tengah checking mungkin..

" Posterior soft, station 2..bla..bla..bla..OS close "

Dia tarik tangan keluar. Fuhh lega. Kemudian..

"Ok saya nak masuk ubat..tahan ya?.."

"WHAT???!!!!mati2 saya igtkan dia dah masukkan..Habis td dia buat apa?? Sekali lagi bahagian itu digodek.Kali ini impak lebih kuat sebab Dr perlu menolak ubat itu sedalam2nya. Katanya untuk elakkan ubat itu terkeluar.

Setelah selesai Dr suruh saya berbaring selama satu jam. Kelihatan glove yg dipakainya ada darah.GULP!! patutlah sakit gila.

"Pukul 1 nanti kita cek bukaan, kalau tak buka esok kita masuk ubat kedua."

Saya jalan mengengkang kembali ke katil. Sungguh terasa seperti baru lepas dicabul..huuuu..sakit dan pedih masih terasa.

8.00-12.00 pm saya bergerak seperti biasa. Tiada langsung contraction atau sakit. Dalam hati dh mengagak, confirm tak bukak lagi.

1.00 pm saya dipanggil lagi ke bilik prosedur untuk cek bukaan. Kali ini 2 Dr dan keduanya HO. Sebelum seluk mereka bersembang2 dan bergosip2 depan saya. cerita pasal si polan si polin. Bla..bla..bla..saya hanya mengeluh dlm hati..Mana etika Doktor??Sampai kan saya dah mengangkang pun mereka masih bersembang depan kangkang saya..*memang saiko*

Tiba2..zuupp..saya terus diseluk!!!!terkejut bagai nak rak. Terkial2 sekali lagi saya menahan sakit. Memang dapat rasa Dr itu menggerakkan jari2nya seakan tak pasti. Muka dia pun seakan tak confident.

"Eh..aku rasa posterior dah bukak tapi dalam dia macam tak bukak.."

Sambil godek sambil dia explain kat kawan dia.*sabarlah wahai hati*..dia terus menyeluk lagi dalam..sumpah mmg rasa nak tendang je masa tu. tak lama kemudian dia berhenti dan berkata

"Ko test plak confirmkan." katanya pada Dr lagi satu..huwaaaaaaa!!!!!

Dr yg kedua lebih berlembut. Dia biarkan sy lebih bertenang dan relaks..

"Ok dah.mmg tak buka lagi.Esok masuk ubat kedua ya?"..

Sekali lagi sy pulang mengengkang ke katil.Kali ni saya menangis semahu-mahunya gara2 terlalu sakit diseluk.

Petang itu saya dh mula rasa mild contraction.Makin lama makin kuat.Tukar la posisi mcm2 tetap sakit tu tak hilang.Perut mengeras,sakit menjalar ke pinggang.Family yang datang melawat semua saya x endah gara2 melayan sakit.Sebab tak tahan, saya tertidur.

Pukul 8 mlm saya terjaga....sakit itu....hilang!!!hilang sama sekali!!...saya pelik, td sakit bukan main..kenapa pula hilang..Akhirnya saya mula pasrah..mula persiapkan mental dan fizikal untuk czer sahaja walaupun ubat kedua belum lg dimasukkan.

25 Feb 2012

7.00 pg..Ubat kedua dimasukkan, kali ni doktor lelaki cina. Uhh..Dah malas nak pk malu..lantaklah..Kata ibu saya doktor cina itu doktor senior,mmg expert bab2 czer. (Ibu saya staff nurse di hospitaltersebut).Nasib baik kebetulan hari tu dia yg on call. Andai kata saya perlu czer, dia lah yg akan membelah perut saya.

8.00-1.00 ptg. Langsung TIADA contraction. Saya masih boleh bergelak ketawa dan berjalan2. Memang sah jalan tak buka.

Saya dipanggil doktor cina itu sekali lagi untuk cek jalan.

"Operate sajalah. Satu ubat RM20, dua ubat RM 40." Bebel dia pada saya.

Zupp..Dia menyeluk.Sekejap sahaja, dia senyum

"Totally closed!..Ready for Czer!" aduhai

Tiub kencing dipasang. Sumpah tak selesa. Libang libu jadinya.

Tepat pukul 3 saya ditolak masuk ke dewan bedah. Dipasang drip di tgn kiri dan kanan, dicucuk bius di tulang belakang. Serta merta saya rasa seolah2 tiada kaki.

Bila semuanya sudah sedia saya nmpak doktor cina itu dengan muka selamba dtg untuk mula membelah. Saya dpt lihat melalui pantulan cermin lampu di atas saya. Selapis demi selapis perut berlemak saya ini dibelah. Darah usah cakap, membuak2 keluar.

Sampai satu lapis, dengar pula air bekocak. Saya dapat agak, itu air ketuban. Kelihatan doktor guna alat macam vakum sedut air ketuban saya. Sampai satu ketika..

"Im pulling the baby"..

Bergoyang2 bdn saya ke kiri ke kanan.Memang nmpak dia masukkan tgn dlm perut saya. Badan saya bergoyang lagi. Saya nmpak kepala baby. Doktor menarik lagi. Nmpak bahu...akhirnya anak saya berjaya dikeluarkan dan terus menangis..menangis dan menangis semahu2nya. Alhamdulillah.. menitis air mata saya. Dia sempurna. Dia sihat.

Nurse hulurkan dia pada saya dan suruh saya tgk jantina baby. Setelah itu saya dibenarkan untuk cium pp baby sekejap sebelum nurse bw baby pergi.Dan doktor teruskan menjahit kembali perut saya. Memang doktor itu sgt cekap. hanya mengambil masa 30 minit dari mula perut saya dibelah hingga selesai dia jahit kembali.Kata suami saya dia keluar dari dewan bedah dgn muka selamba seperti baru lepas menyiang ikan..huhu

itulah rentetan kisah saya.Daripada diseluk, contraction main2, dan sampai perut dibelah.Walaupun saya tak dpt berjuang dalam melahirkannya, tetapi sy tetap bersyukur kerana dia sihat dan sempurna.  Allah lebih mengetahui. Maha mengetahui. Hanya DIA yg tahu yg mana terbaik untuk hambanya...Syukur padaMU atas anugerah yg tak ternilai ini. Tarikh 25 Feb 2012, genap setahun ulang tahun perkahwinan saya dan suami 25 Feb 2011.. :)..Amin..


Read more

Friday, March 2, 2012

Lahirnya PERMATA HATI~

Salam buat semua.

Heheh.Hari ni hari ke 7 berpantang. Macam x serupa berpantang. Sebab merata2 kena pergi.


  1. Baby kena jaundice, everyday kena ambil cucuk TSB.
  2. At last kena admit ward.
  3. Saye pulak blood pressure naik mendadak (due to rehat yg x cukup n risaukan anak lebih2..heheh)
  4. Blood pressure tinggi kena pulak ulang alik hospital cek BP
  5. Kaki my baby bengkok sikit, ada pula appointment fisioterapi.

See?mcm mana nak berpantang elok2?urut bg angin keluar, then keluar rumah angin masuk balik. Sigh~
Just jaga makan. Ingat if dah setel semua nanti baru bleh berpantang dgn tenang setenang2nya..

Oh ya, i bersalin c-zer. Induce fail. Jalan bawah totally closed. Pengalaman VE sangat dasyat!..nanti i update labour punya cerita..heheh..

Introducing...

MUHAMMAD HADIF ZHAFRAN B MOHD ZARIF



1 hour after delivery

Day 2

Heheh..itu aje gambo yg sempat snap.kat umah x snap pun.baby x sihat. weeee~

Till next entry..XOXO

Read more

Monday, February 20, 2012

Yeast Infection..HELP!!

Salam buat semua.Selamat hari Isnin!

Heh. Saya mula cuti hari ni. Hari Khamis masuk wad, Hari Jumaat masuk ubat (Induce).Hari Sabtu dijangka beranak!..Kalau cepat dilate maka hari Jumaat juga saya bersalin.Fuhh.Sesungguhnya saya amat takut!Sedang memujuk anak dlm perut supaya keluar sebelum di induce.Hehehe..

Tanda-tanda awal bersalin dah ada pada saya:

  • Kerap buang air besar, BAHAN BUANGAN mula cair. (ayat sopan)
  • Kerap kentut. Dalam sehari ntah berapa kali saya kentut
  • Kerap buang air kecil. Of course bila si kecik ni berpusing, adakalanya terus terkencing dlm seluar.*haih..sadis*
  • Dah rasa pattern sakit belakang and sakit macam senggugut. Makin kerap. Perut pun dh mula mengeras. At first ingat baby gerak. Tapi bukan, mmg perut mengeras.
Lately ada rasa bwh abdomen sakit. Tp sy igt mungkin itu contraction.*pandai-pandai bwt andaian sendiri*

Tapi kelmarin ada rasa cecair mengalir, bila sy cek ada lendir warna HIJAU!!!ya..seperti hijau kahak.

Saya musykil. Kenapa hijau??Tekstur seperti gam, berlendir seperti kahak. Bau ada sedikit kurang enak.Sebelum ni keputihan saya warna putih dn kekuningan cair.

Saya terfikir..*air ketuban kah??* kerana ada yg kata kalau Hijau itu takut baby sudah BERAK dlm perut.Tapi ini lendir..bukan cecair.

Jenuh saya Google malam itu. Dengan tekun mencari apa itu dan kemungkinan lendir hijau tersebut.

Hasil Carian ' Greenish discharge during pregnancy ' ini yg saya dapat.

Green discharge in appearance and is accompanied by a foul smelling odor, it could be the symptom of a vaginal infection or perhaps even a sexually transmitted disease. Even if the discharge is not accompanied by itching, a burning sensation or general irritation, one cannot rule out the possibility of an STD and it would be advisable to consult a doctor immediately as it may affect your pregnancy and harm your child. Sexually transmitted diseases can cause premature labor and also lead to infections of the uterus after delivery. Occasionally they may lead to still births and the child may be born with birth defects. It is important to not self-medicate in this condition as over the counter medicines may not be beneficial and may again prove detrimental to your child. Green discharge is almost certainly caused by an infection of some sort and requires medical attention.

Sungguh sy menggelabah puyuh lepas dpt tau yg ianya infection. Rasa mcm nak pg klinik malam tu juga. Tapi mana ada klinik yg buka. Huuu..

Esoknya saya ke klinik pakar sakit puan. Mmg saya selalu ke situ sbb doktornya prempuan. Saya dengan tak malunya tunjuk padanya panty liner yg ada lendir hijau itu. Terus dia kata infection. Lalu dia memanggil assistantnya dan berkata:

"Get me the speculum..plus..bla..bla..bla.."

Saya telan liur..SPECULUM????oh tidak!!

Bagi yg pernah buat ujian pap smear mungkin tahu apa itu speculum. Saya tahu pun sbb sepupu saya pernah cerita.

" I nak tgk vagina u,kalau byk lendir hijau tu i cuci then i masuk ubat."

Kemudian saya disurh baring atas katil di bilik yg disediakan. Segala seluar termasuk yg dalam kena tanggal.Kemudian baring dalam posisi di bawah

Huuu..


Ohh. terasa sgt segan. ye la org x penah beranak lg. Mana penah seumur hidup ko mengangkang mcm ni depan org lain selain suami tercinta. Nasib baik doktor perempuan.

ini rupa speculum

Dimasukkan ke dalam vagina

Ini yg doktor nampak.

Bad infection. kata doktor. Oh ya, gambo di atas bukan saya punya, Hasil google. Tp sy agak mcm ni kut rupanya sampai doktor kata bad infection.

Sesi mencuci bermula, dah la masa dia sumbat speculum tu saya dh menggelupur. Ini dia sumbat pulak kapas.Lepas tu dia boleh pusing dan godek2 kapas tu macam ala2 tengah sental periuk.Adoila.Rasa mcm nak naik kaki je.

"Relax dear..jgn kemut, doktor susah nak cuci." ohhh azab..

Lepas cuci dia sumbat pulak ubat.Gila dalam dia sumbat..SENAK!!!

"Ok done.Nanti beranak lagi sakit tau. Setiap 4 jam kena seluk."

Aduhai..

Kata doktor infection saya jenis biasa dialami oleh pregnant ladies yg lain. Sbb saya ada GDM so bakteria lg suka membiak di situ..Hampeh.

Nasihat doktor:

  1. Pastikan pakai panty jenis cotton..or serap peluh
  2. Pastikan bahagian tu sentiasa kering. 
  3. Banyakkan minum air masak. Sebab kuman akan keluar bersama2 air kencing jika kita kerap kencing.
Ohh..saya trauma. Macam mana nk beranak ni??
Read more

Tuesday, January 31, 2012

Saya terpaksa di' INDUCE???'..Gulp~

Salam buat semua. Lama menyepi. Menjalani hari-hari yang mendatang dgn setabah mungkin. *eceh..ayat poyo*

Cerita hari ni, check up at 34 weeks.

Seperti biasalah check up di hospital gomen. Seawal 7.30 pagi udah terpacak depan klinik pakar O&G. Check kencing, timbang berat. Cek tekanan darah

130/90

Gulp!saye telan liur, menjeling nurse yg mengecek tekanan darah saye.

*selingan- sy mmg ada penyakit young hypertension sejak umur 19 tahun lagi. Family History.Bukan tekanan darah tinggi semasa mengandung. Oleh itu bila saya disahkan mengandung, saya mmg dapat EXTRA CARE dari doktor-doktor di hospital.Kembang idong..Sekian~*

"Tinggi ni..ada makan ubat tak?" saya hanya mengangguk.

Kemudian sy cuba tenangkan hati setenang-tenangnya. Namun masih ada gundah. Almaklumlah, kalau di hospital ni pantang tekanan darah tinggi confirm kena admit. Kalau tak terkawal, confirm perut kena belah!! (C-sec)..ohh sy tak mahu, anak saya masih tak cukup bulan. wuuu~

Saya hanya duduk diam di tempat saya dan fikirkan hanya yang indah2.Tarik nafas dalam2.Tahan seketika kemudian lepas.Ulang banyak2 kali. Smpai rasa tenang.

9.45, baru sampai giliran saya utk jumpa doktor.

"Tinggi tekanan darah awak,stress ke?" doktor menyoal.Saya hanya senyum.
"Kita ambil lagi sekali ya?"

Tekanan darah diambil. Muka doktor punyalah serius tahap gaban masa tgh cek tu..*ohh cuak*

120/80

Fuhh..lega!..doktor pun senyum aja..

" Sekarang awak 34 minggu. Kalau ada tanda2 pre-eclampsia mcm sakit kepala, mata kabur cepat-cepat dtg labour room ya?Nanti 38 minggu awak dah kena induce. Kami tak nak ambil risiko biar kandungan sampai 40 minggu. Takut anak awak lemas dalam perut.38 minggu tarikhnya 25 februari, tapi 23 hb tu awak dah kena admit wad sebab kami nak monitor baby and masuk ubat.Paling banyak 2 kali kami masukkan, if jalan x bukak atau baby x engage terpaksa C-sec lah."

Ohh..saya sgt takut!!bukankah induce itu lebih sakit dr sakit normal??Saye redha demi anak yang dikandung..saye x mahu dia lemas dalam perut.

Sedikit info tentang pre-eclampsia:


Apa itu pre-eklampsia ?? ianya adalah gangguan kehamilan yg merupakan peningkatan tekanan darah setelah minggu ke 20 kehamilan. Di samping infeksi dan pendarahan, pre-eclampsia merupakan salah satu sbb KEMATIAN UTAMA wanita hamil. Maka nya, bakal ibu2 mesti selalu berwaspada akan kemungkinan ini. Antara ibu hamil yg berisiko adalah;


  • Wanita yg hamil PRIMID (anak pertama) 
  • Kehamilan bayi kembar
  • Pesakit diabetes
  • Ibu hamil yg mgalami tekanan darah tinggi sblm hamil
  • Ibu yg bermasalah buah pinggang
  • Wanita hamil primid pd usia <20 or > 35 years old


Wanita yg pernah alami pre-eclampsia pd kehamilan sblmnya berisiko utk mdpt penyakit ini pd kehamilan seterusnya. Antara hal yg disyaki mnjadi pnyebab  pre-eclampsia adalah;


  • Factor genetic
  • Kekurangan aliran darah ke janin
  • Gangguan system imunisasi
  • Kurang zat


Symptom – symptomnya:

  • Tekanan darah tinggi bermula dari 140/90 ke atas
  • Bengkak pd bhgn kaki dr peha ke tapak kakii
  • Kadar protein yg tinggi dlm urin disbbkan gangguan buah pinggang
  • Kenaikan berat bdn >1.36 kg setiap minggu sepjg trimester ke-2, dan lbih 0.45 kg setiap minggu pd trimester terakhir
Gejala-gejala lain

  • Mata kabur
  • Pedih ulu hati
  • Rasa loya dan muntah
  • Sakit kepala
Pre-eclampsia ni amat bahaya pada ibu dan juga kandungan. Ada kes dimana bayi tidak dapat diselamatkan kerana lemas dalam perut. Ada kes ibu yang tidak dpat diselamatkan dan ada juga kes kedua2nya tidak dapat diselamatkan.!!

Dan makcik saya pernah lahirkan bayinya sewaktu kandungan 28 minggu dan anknya hanya seberat 500g!!

Kawan saya pulak perut kena belah masa kandungan 34 minggu dan bayinya seberat 1.5 kg..

See..saya berisiko kan??sy hanya mampu berdoa moga saya dan kandungan saya sihat hingga selamat bersalin nanti.

Ok tutup cite tak best. Mari crita lain pulak.

Hari ini dapat parcel..Heheheh..Mau tengok apa isinya??

Bedung yang comel

Barut yang EXTRA comel

Barut cotton flannel berlekuk dibelakang

Bengkung untuk saya yg comel..ehem

Mandian herba juga utk saya yg comel..*gila perasan*

Dan paling comel..tungku baby!!
OOhh..saya suka. Sekurang2nya dapat lah hilangkan keresahan dlm hati ni..

till then..XOXO
Read more

Monday, January 16, 2012

Berpantang..??..Sediakah anda??

Salam buat semua.

Bagaimana hari anda?saya makin hari makin lemah.Perut dh makin berat. Tiap kali check up di KK confirm naik 2 kilo lebih. Ohh anak, makin membesar bagai juara ya?Dulu masa 2-7 bulan usia kandungan nak naik 1.5 kilo pun payah. Huuu~..Perubahan diri saya:



  1. Badan makin cepat panas, mandilah berapa kali sehari pun peluh tak henti2 keluar. *dulu masa gigih jogging nak diet xde pun keluar peluh mcm ni*
  2. Tidur makin tak selesa, nk beralih pun kena pegang perut alih slow2.Kalau tak, *dush* si kecik menendang.
  3. Semua bantal saya 'kongker'  sorang2. Kesian Si Suami, kdg2 tido pakai lengan.*huuuu*
  4. Rasa nak tido sepanjang masa. Kat opis curi2 masa tido. Rasa masa tido lebih berharga dari makan.
  5. Asyik nak makan macam2.Naik pening Si Suami melayan kerenah saya.
Badan dah mengembang. Tengok cermin muka dah kembang,mcm2 lg yg kembang.Dah macam kuih bangkit terlebih baking powder.

Kata orang yg berpengalaman:

" Tak pe, masa pantang nanti ko diet la balik." kata akak A
"Alah, tak tentu jugak, mcm aku tak turun pun." kata akak B
"Masa pantang je berat turun, lepas tu ko bantai mkn macam2, naik la balik" Kata akak C
" Kalau ko pantang betul2, disiplin, ikut ckp bidan.InsyaAllah mcm anak dara balik badan ko.Tengok macam akak." Kata akak D sambil menayang body dlm kebaya nyonya yg dipakai. Gulp!


Hari ni mari bercerita tentang pantang. Adat berpantang orang melayu paling minimum 44 hari. Setengah org suka berpantang lebih hingga 60 hari dan ada juga yang berpantang hingga 100 hari!!* gile tabah ibu-ibu yg pantang 100 hari*

Ada yang betul-betul ikut cara berpantang, dah nama pun pantang, maka byklah pantang larangnya. terutamanya pemakanan. Bukan boleh hentam keromo je nak makan apa pun. Mari kita tengok makanan yang PANTANG untuk dimakan. Bukan pantang jumpa ya??

Ikan.
Ibu berpantang hanya digalakkan makan ikan segar. Dan elakkan ikan berduri dan berbisa kerana dikhuatiri duri @ bisanya terkena pintu rahim maka menyebabkan bentan:

  • Bawal Hitam
  • Terubuk
  • Pari
  • Sembilang
  • Parang 
  • Duri
Dan jangan makan ikan kering @ masin kerana ikan ini hanya akan menyebabkan darah nifas kita berbau busuk, dan melemahkan ketahanan fiikal dan mental. Orang pantang mental kena kuat!!!

Selain itu Ikan yang menyebabkan kegatalan dan alahan juga dilarang seperti:
  • Kembong
  • Tamban
  • Cencaru
  • Tongkol
  • Makanan laut seperti sotong dan udang
Manakala ikan yang AMAT disyorkan adalah ikan haruan dan ikan yu. Ikan haruan kaya dengan mineral yang boleh menyembuhkan luka dengan cepat, dan ikan yu dapat memperbanyakkan susu. :)

Asam pedas ikan DURI! tak boleh.

Sup ikan haruan..haaa ni boleh..

Ulam-ulaman.
Ibu berpantang amat digalakkan makan ulam-ulaman dalam menu berpantang mereka.Ini kerana ulam-ulaman ada byk serat,mineral, zat besi, vitamin dan bersifat antioksidan. Antaranya:
  • Daun pegaga
  • Pucuk mengkudu
  • Ulam raja
  • Daun lemuni hitam
  • Daun Kaduk
  • Daun Sekentut
  • Daun Pudina
  • Daun Kari
  • Daun Bebuas
  • Daun Ruku
*Sy x pernah dengar dan makan ulam2 di atas, kecuali daun pudina..weee~*

Nasi Ulam (ada daun pegaga, daun kaduk, ulam raja dgn daun sekentut!!)

Jenis Sayuran dan Buah-buahan
Ibu berpantang adalah dilarang memakan sayuran yang menjalar, sejuk dan berangin seperti:
  • Kangkung
  • Timun
  • Sayur Keladi
  • Pucuk Ubi
  • Pucuk Paku
  • Bayam
  • Kacang Panjang
  • Petola
  • Labu
  • Rebung
  • Kacang Botol
  • Jeruk Maman
  • Petai
  • Jering
  • Terung
  • Taugeh
Selain itu ibu berpantang juga tidak dibenarkan mengambil minuman yang bergas,sejuk dan tajam! kerana boleh mengakibatkan sakit tulang, sejuk otot dan sakit sendi. Seperti:
  • Air tebu
  • Cincau
  • Kelapa Muda
Buah Buahan seperti:
  • Nenas
  • Jambu
  • Belimbing
  • Durian Belanda
  • Mangga
  • Betik
  • Ciku
  • Langsat 
  • Tembikai
  • Nangka dan Cempedak
  • Pisang Nangka,Pisang Embun, Pisang Udang
  • Ubi Kayu
  • Keledek
  • Sengkuang
  • Manggis
  • Macang
  • Kuinin
  • Binjai
Jangan makan buah ini

Fuhh..Punya lah banyak x leh makan. Ni yang terasa *terpaksa* nk makan biskut dengan roti aje..huuuu~

Baru tengok menu, saya dah dpt agak berpantang mmg agak menyeksakan. Mungkin ada diantara ibu-ibu yang berpantang, makan juga makanan2 di atas. Semuanya ikut ketahanan badan masing2. Kalau kita pun tak pasti baik jangan makan, betul tak??

Bak kata akak D yang badan seperti anak dara kini:

"Pantang ni bukan jangka masa sekejap, untuk jangka masa lama. Nanti dah tua badan dah rosak buat apa? Jangan ikut orang, fikir badan ko"..*hmm ada betulnya..kita nk pakai bdn ni sampai tua kan?*

Disebabkan saya amat kagum dengan badan akak D yg sangat mcm anak dara bukan beranak 3 saya bertanya tentang amalannya semasa berpantang. Dia hanya senyum dan memulakan sesi ceramahnya pada 'first time mom yg sgt blurr dan konon nak tahu dan bersemangat nak berpantang dengan hasrat nak dapat badan macam anak dara balik'

Berurut
Urutan tradisional yang boleh melancarkan perjalanan darah, melegakan urat yg tegang, megeluarkan darah dan lendir yang kotor serta melawaskan nifas. 

Sengkak Rahim
Urutan pada rahim dengan tujuan menolak semula kedudukan rahim ke atas. Tapi hanya boleh dibuat setelah 2 minggu selepas bersalin setelah luka rahim telah sembuh

Berbengkung
Penting untuk melancarkan pengeluaran darah nifas. Disamping itu mengelakkan angin masuk melalui liang-liang perut. Dengan berbengkung dapat membentuk badan menjadi ramping semula, tapi pastikan benkung panjang menutupi pinggul dan peha. Kerana dikhuatiri bengkung yang pendek akan menolak rahim ke bawah, menjadi lebih rendah dan bentuk badan jadi tak seimbang.

Harus panjang begini okeh??

Bertangas
Membantu proses pengecutan salur sulit dan peranakan. Serta proses nyahtoksin melalui pengeluaran peluh

Bertungku
Mencairkan darah kotor dalam rahim dan melancarkan pengeluaran darah nifas.

Huuu..Ini antara yang penting dan digalakkan untuk dilakukan semasa berpantang. Biasanya bidan yang akan buatkan. Dasyat bukan?

Bidan boleh handle kehendak berpantang anda


Tapi bila saya tengok badan akak D itu, berbaloilah dia berpantang sebegitu, kerana kalau ikut kata akak A, B dan C badan mereka sy kira lebih 'berisi' selepas melahirkan.. Hummm..ohh sy x mau begitu..

Dan tambah akak D lagi:

"Menyusu badan, badan lagi cepat turun.."

Setiap penyusuan 500 kalori terbakar, sama dengan jogging selama sejam!..Baik duk menyusu, bleh rilek2..heheh..

Breastfeeding..nom..nom..


Ya!sy akan susukan anak saya dengan jayanya~..ohhh..

Ok then. Till next entry!
Read more

Friday, January 13, 2012

Mari cek barang apa yg belum dibeli..*ohh suka*

Salam buat semua.peace!

Sejak bulan lepas sy dah mula beli barang utk baby. Masuk je kedai jua barang baby or pegi mana-mana bahagian barangan bayi, cukup teruja. Awa kehamilan, Si Suami langsung tak bagi izin saya menjeling, melihat, menyentuh sekaligus membeli barang baby. Masih awal katanya, tak elok.

Macam2 alasan sy beri, saya kata nnt dh masuk 7 bulan x larat nak jalan lah. Cepat penat lah. Dia selamba berkata

"dah nk bersalin lagi kena jalan byk, senang bersalin"..*ohh..suamiku*

Jadi utk menyedap rasa hati saya hanya tengok barang2 bayi di online blogshop sahaja.*Dengan perasaan yg tergedik2 nk beli juga!*

Masa berlalu, diikut juga kata suami. Masuk 7 bulan, hari-hari saya tuntut pada suami.

"Bila nak beli barang baby?"
"Dah masuk 7 bulan ni, jom la pg beli."
"Minggu ni pg beli juga!Tak kira!"

*Bila si ibu dah naik meroyan, maka si ayah makin pening kepala, terpaksa diturut juga*

Duduk dikawasan saya ni mmg xde lah warehouse clearance ke, stock clearance ke. Nada! Cemburu dgn Mummies yg duduk di KL..Oh sungguh seronok mereka bersopping..

Sebelum membeli awal2 Si Suami udah berpesan:

"Beli ikut keperluan,bukan KEHENDAK!"  *ditekankan word kehendak tu ye??*

Jadi mari kite cek ceklist yg saya ambil dari blog Pn. Amal ni.Compare dgn apa yg sy dah beli..weeee~

Baby

1 Baju- Lengan Pendek - 8 ~ Dah beli 4
2 Baju- Lengan Panjang - 6 ~ Dah beli 2
3 Romper - 2 ~ Belum beli
4 Seluar- Pendek - 6 ~ Dah beli 4
5 Seluar- Panjang - 8 ~ Dah beli 2
6 Sarung Tangan -10 psg ~ 5 pasang
7 Sarung kaki - 10 psg ~ 5 pasang
8 Sapu Tangan - 3 ~ 4 helai dlm satu peket
10 Barut - 10 ~ 6 helai
11 Topi - 2

Diapering

1 Napkin - 1 pek ~ Tak beli
2 Lampin Pakai Buang - 2 pek ~ 1 paket newborn punya
3 Diaper Wipes - 2 pek ~ 6 pek
4 Safety Pin ~ Tak beli
5 Changing Mat ~ Ok
6 Nappy Liner ~ Tak beli
7 Baldi Untuk Napkin~ Ok
8 Beg Untuk Diapers~Ok
9 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi ~ Ok. Pureen ABD

Baby Care & Grooming

1 Bedak Bayi ~ Ok
2 Losyen Bayi ~ Ok
3 Minyak Bayi (Baby Oil)~ Ok
4 Tisu ~ Beli facial pad
5 Sikat ~ Tak penting kut
6 Putik Kapas (Cotton Bud)~Ok
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper) ~ Ok
8 Nasal Aspirator (untuk selsema) ~ Ok
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)~ Belum beli
11 Termometer~ Perlu kah??
12 Vicks~Belum Beli
13 Minyak Telon~ Minyak Yuyi saje
14 Syringe for Medicine~ Tak perlu


Nursering

1Selimut ~ Dah beli 1
2 Bedding set ~ Ok. kekabu punya
3 Play Pen / Katil Bayi ~ Err.tak beli kut. Takut anak xmo tido dalam
4 Mainan untuk Play Pen / Katil ~ Tak beli
5 Kelambu ~ Done
6 Bakul Baju Kotor ~ Ok
7 Bakul Baby (Simpan Baju Baby)~Ok
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)~Ok

Feeding

1 Botol saiz S - 2 ~ Dah ada 3 saiz
2 Puting Botol Susu - 2 ~ Sekali dgn botol
3 Bottle Sterilizer ~ Tak payah.Rebus aje
4 Berus Pembersih Botol ~ Ok
5 Penyepit Botol ~ Tak perlu kot?
6 Sterilising Tablet ~ Tak perlu jugak.
7 Nipple Cream ~ Nanti baru beli
8 Nursing Pad Washable - Belum Beli
9 Nursing Pad Disposal - Belum Beli
10 Breast Pump ~Belum beli
11 Nursing Pillow ~ Tak payah
12 Nursing Bra ~ Belum Beli
13 Termos ~ Nanti dulu

Bathing

1 Tuala ~ Ok.dah ada 2
2 Besen Mandi~ Ok
3 Syampu ~ Ok
4 Sabun Mandi ~ Ok
5 Span~ Washcloth lg better
6 Gayung ~ Tak perlu

Extra

1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

Ok.Kesimpulannya barang2 untuk saya yg bnyak tak beli lagi..Huuu..


Botol susu hasil rembatan si suami

Ni tong sampah kecik, tp skrg buh berus botol,nappy rash cream n macam2 lagi

Bakul isi baju n barang baby

Baju lengan pendek dn seluar panjang

Baju lengan panjang dn seluar panjang

Baju lubang2

sarung tgn n sarung kaki

Blanket n topi

Beg!


Ohh..mohon ampun gambo tak rotate..Maka sila rotate kepala anda. Woha!




Gambo x jelas, camera cikai..weee~




till next entry..xoxo
Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails