Showing posts with label wedding stories. Show all posts
Showing posts with label wedding stories. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Cuci mata untuk Majlis Tandang saya~ 27022011

Salam buat semua.

Sejak dua menjak badan cukup letih.Terasa nak tido sepanjang waktu.Kepala pun pusing2.Haih.Cabaran awal dlm nk menyesuaikan diri bergelar isteri.

Anyway mari cakap tentang majlis tandang saya.Wat i loved most is the color of my baju and my make up!!
Nak dijadikan cerita when i pg make up tat morning i terpandang magazine yang ada pic Ayu Raudhah and her Hubby.Suddenly my MUA kata

"Her make up is nice.Simple but Sweet.Ko nak aku make up ko mcm tu??"

"Eh..Serius ke ni?boleh ke muka saya jd mcm ayu raudhah??"

"Boleh je..Kalau ko nak laaa"

Bodohlah saya kalau saya menolak...

"NAKKKKKKK!!!!"

Selesai make up rombongan bergerak.Majlis di rumah MR TEDDY tak byk masalah yg timbul.Probably itu adalah majlis ke 3 bg keluarga mereka maka mereka dah biasa.

Yang i perasan,mak cik MR TEDDY mcm jadi penasihat for that majlis.Daripada kami mula berarak,mak cik itu sudah mengeluarkan arahan2.

Saya senaraikan apa arahan2nya ya??

Semasa mula berarak:

"Jalan perlahan2..Senyum..Pengapit,pegang kain pengantin perempuan"

Semasa sampai di pintu rumah

"Salam mak dan abah dulu"
"Jalan ke pelamin"

Masa tepung tawar,dia yg menjemput ahli keluarga saya untuk menepung tawar

Semasa potong kek pun,dia yg bg arahan.Masa mkan beradap dia yg tolong hidang.

See??teratur kan??

Memang kita rasa leceh sbb satu2 kena ikut,tp trust me..perjalanan majlis anda akan jadi lebih teratur..:)

So..why not u all pilih sape2 dari ur family utk jadi wedding coordinator kan?:)..

Seperti biasa...Time for piccas..

Adik saya yg setia mengelap peluh saya..hekhek

weeeee~

:)

Outdoor session

Ohoiiiii...


Heheheh..till the next entry..About the vendors~
Read more

Monday, March 14, 2011

Edisi Sanding 260211..MERAH itu CINTA..HITAM itu MENAWAN..SILVER itu ANGKASAWAN???

Salam buat semua.Late update.Dah seminggu baru nak update.huh.Kesian bloggers lain tertunggu2.*bajet org tggu entry ko??perasan*

Sebelum kita berbalik pada topik izimkan sy bertanya.Normal kah lepas kahwin badan naik mendadak??Serius x tipu.Jawab dgn jujur.Dalam tempoh 3 minggu berat saya naik 5kg??Penimbangkah yang menipu?atau mata saya yg menipu??atau..ohhh..*alasan org yg xleh terima kenyataan*.Ada yg berkata,ber'isi'kah???

( 0 : 0 )

aaaaa....mana mungkin..bunting pelamin??ohh..benarkah??.err..apa2 pun tggu saje 'bulan' muncul akhir bulan ini..kalau tak..

(@_@) Y

Hari sanding saya.Bermula dengan hiasan meja beradap dan juga centrepiece.Saya menggubah dan menyusunnya sebelum bergegas ke butik jam 10.00 pagi.Selesai make up jam 12.30 tgh saya pulang ke rumah.
Orang mula membanjiri perkarangan rumah saya.Saya pula terus bergegas masuk dlam rumah.Ada kawan2 yang memanggil2.Ikut hati nak je pergi bawah kanopi dan membuat hiruk pikuk bersama mereka,tp saya masih waras!Pengantin lelaki belum sampai..*kena control ayu dulu..aha!*

Dibilik pengantin dikunjungi rakan taulan dan saudara mara yg ingin lihat pengantin *blush*..Ratu katekan..dengan crown 3 inci tinggi di atas kepala saya cukup untuk saya perasan sebagai permaisuri agung untuk sehari..*Permaisuri agung??..errr..ampun tuanku..patik ter'excited' jap*
Sesi bergambar x igt dunia,cam whore katekan..~wink

Tepat jam 1.15 MR TEDDY sms kata dah sampai..and dah nak mula berarak.Macam lipas kudung saya bergerak.Kelam kabut pengapit mengejar.

Tiba-tiba.....

Hujan selebat2nya!!tetamu yg dtg lenggang mak limah lintang pukang berlari masuk khemah.Yang berjalan kekenyangan,bertempiaran lari ke kenderaan masing2*confirm lapo balik*..Gulpp!!sy terkebil2..macammana MR TEDDY saya nak berarak??

Mata terlihat pula red carpet yg terbentang.Teringat pesan akak butik,*kalau hujan,gulung ya??*
ALAMAK!!!

Kelihatan kotak yg mengandungi paper bag doorgift pun kelam kabut saudara mara saya alihkan.

Gundah di hati hanya Allah saja yang tahu.Sungguh.Sebentar tadi matahari cukup ceria memancarkan sinarnya..Siapa sangka..Hujan ditengahari..weee~

"Hujan rahmat.." kata adik saya menyedapkan hati saya..

Saya hnya mengangguk..Bahu dicuit..

"Tak baling kain ke atas bumbung??" Soal kawan saya berseloroh..

"Eh..baling laa..baling 'spender' yg aku pakai seminggu tak basuh2"...*sengih macam kerang busuk*

Apa-apa pun senyum~

Makin lama hujan makin renyai,pengantin lelaki tiba depan rumah,dan saya dibawa menyambut.Heh..
Berjalan atas carpet merah,bersanding,senyum,tangkap gambar,senyum,makan,senyum,potong kek,senyum,tangkap gambar,senyum,jumpa tetamu,senyum,penat,senyum..huuuu..sumpah penat gila senyum..

Macam biasa,gambar2 yg saya rembat dari fb adik saya

The walkway

The dais

The cake

Bila jumpa camera..inilah hasilnya

weeee~


Ohh suka pic ini
Selesai tgk gambar mari saya bagi lagi nasihat..*bila nenek mula buka mulut*

  1. Pesan MUA saya,sebelum make up pastikan muka bersih dari sebarang dan apa jua cela.Jangan disapu sunblock ke.pelembap ke.Atau apa2 saja bendasing ke muka anda.Kalau anda make up nikah pada hari sebelum,gunakan make up remover dan juga baby oil dan dicuci berulang2 kali. Make up yg biasanya digunakan adalah 80% waterproof. Cth: MAC@Kryolan.Jika tidak make up anda akan bertampuk2.
  2. Jika anda baru beli lense berwarna,pastikan anda telah serasikan mata anda sekurang2nya seminggu dgn lense tersebut.Jika tidak mata anda akan berair2 dan berselaput
  3. Jika anda menyediakan doorgift yang cukup untuk semua tetamu..letakkan saja doorgift tersebut berdekatan meja buffet.Ini kerana x semua tetamu yg hadir akan bersalam dgn tuan rumah.Mereka dtg untuk makan~
  4. Pastikan ada pinggan kecil di meja kek untuk upacara potong kek.Takkan nk letak atas tangan kut.
  5. Kawal diri.walau mcm mana excited berjumpa teman2 lama jgn terlalu ghairah.Terpaksa control.Ratu katekan.
  6. Urus masa.Jangan terlajak.Nanti lewat untuk Outdoor.
  7. Jangan lupa saudara mara yang hadir.Ramah Tamahkan diri anda..Weeee~..
  8. Be Happy!!Its your BIG DAY!!
hehehe..usai majlis...sesi outdoor!!


Wink~
Till the next entry..xoxo..love all~
Read more

Saturday, March 5, 2011

The DO's and DONT 's during your BIG DAY and during the preparation

Salam Buat Semua.Selamat Pagi.Salam Sejahtera.Weee~

Pagi sabtu kena pergi kerja.Seriously malas nak buat apa pun*ampun bos*

Terus Terang saya katakan persiapan majlis kahwin saya semuanya diuruskan oleh saya.Daripada,kanopi,katering hinggalah ke bunga manggar,sinage dan rozek adalah diuruskan 100% oleh saya.Mungkin kerana dalam adik beradik mak saya,kenduri saya adalah yang pertama, saya adalah cucu terawal, dan  tiada lelaki dlm keluarga saya utk uruskan segalanya.

Saya impikan majlis kahwin yang tidak se'gah' mana.Cukup andai ada tetamu yg sudi dtg merai, dan mereka pulang dgn rasa puas hati dan gembira.


The Guests

Ohh..Lihat mereka senyum..hehe

Persiapan dibuat setahun lebih awal.Macam2 di rancang,tgk bloggers bride yang lain buat DIY saya pun nak buat juga.Tanpa memikirkan,kemampuan saya sendiri.

"Jujur saya katakan jangan terlalu mengharapkan majlis kita seperti majlis orang lain.Kerana majlis kita adalah majlis kita.Kenapa mesti sama dengan org lain?Jangan terlalu letakkan harapan yang terlalu tinggu dalam majlis kita,kerana percayalah,ia akan berubah menjadi sebaliknya semasa majlis."

Persiapan atas urusan kita,boleh dikatakan kita lah weddding plannernya..Tetapi masa majlis kita hanya boleh duduk atas pelamin dan senyum.Itu sahaja,tiada apa lagi yang mampu kita buat kalau tiba2 hal berikut terjadi:

"Mana guest book table?"
"Bising betul DJ ni"
"Eh..tetamu tu balik x dpt doorgift"

Paling kronik kalau kita terdengar org katering maklumkan yang:

"makanan dah nak habis..belum pukul 1.00 ni"

Tiada apa yang kita boleh buat,senyuman perlu terus ada dibibir kita..Ratu Sehari katakan..Tak kan kita nak kejar tetamu yg x dpt doorgift tu,ataupun sanggup turun pelamin pakai apron mula masak makanan tambahan?paling dasyat,pergi pada DJ dan jerit kuat2..

"PASANG LAGU YANG MENDAMAIKAN BOLEH TAK?????"

Itu yang ingin saya buat waktu majlis saya..(T_____T)

Ok.Majlis di rumah saya, tak semua berjalan seperti yang saya rancang.Atas sebab2 yang saya nyatakan.Ahli keluarga saya kurang faham perjalanan majlis.Saya senaraikan beberapa kekurangan dan tindakan saya untuk b2b lain ambil perhatian ya?

Katering

  1. Maklumkan pada pihak katering akan kedudukan mereka.Sediakan kanopi untuk mereka dan pastikan kedudukan mereka tidak terlalu jauh dengan buffet table @ buffet station
  2. Pastikan mereka datang awal 3 jam sebelum majlis.Jika ada centrepiece di atas meja ataupun ada makanan tambahan seperti.bubur,kuih muih,maklumkan mereka
  3. Pastikan ada 2 org pramusaji di meja pengantin.Semasa berurusan tanya mereka,jika tiada minta ahli keluarga yang jadi pramusaji.*ini berlaku pada saya..hari majlis,kami semua blurr,terpinga2...nak cedok nasi pun jadi x betul*
  4. Jangan agihkan penanggah terlalu ramai di meja buffet.Ruang jadi sempit




Kanopi


  1. Nyatakan susunan kanopi yang anda mahu.Jika mahu berarak,pastikan meja disusun memberi ruang di tengah untuk laluan pengantin. 
  2. Pastikan kedudukan meja buffet tidak terlalu rapat dengan meja tetamu
  3. Digalakkan buat buffet station di mana semua meja buffet diletakkan dibawah satu kanopi..*seperti di rumah saya,ruang jadi lebih luas dan tak mengganggu tetamu yg sedang makan*
  4. Pastikan warna scallop mengikut tema,begitu juga dengan riben dan alas meja.Pastikan sedondon
DJ
  1. Pilih DJ yg betul2 faham bahasa dan boleh ikut arahan
  2. Jika anda kata tiada karaoke.Pastikan mereka boleh ikut arahan tersebut.Jika anda kata mahu lagu yang sentimental pastikan mereka boleh ikut arahan tersebut.



Pelamin & Pengapit
  1. Jika anda buat pelamin di luar atau di bawah khemah,pastikan ada stand fan di kiri dan kanan pelamin.Kalau tak anda akan merasai kehangatan maksimum!!Percayalah..kipas yg dipegang pengapit anda hanya sekadar cukup syarat..xrasa angin!!!
  2. Jika anda kuat berpeluh,pastikan pengapit anda memegang berpaket2 tisu
Inai
  1. Jika gunakan inai pokok,pastikan tidak meletakkan sebarang bahan yang kononnya nak memerahkan atau menghitamkan..Sangat x cantik ok!!..Inai saya end up jadi tompok2 hitam..sedih..
  2. Jika mahu lukis inai,gunakan inai tiub yang tahan lama.Kalau x sehari dah hilang~


Huuu~..setakat itu nasihat saya..yang mana saya nasihatkan itulah kekurangan di majlis saya..*senyum*

Takpelahh..yang penting dah lepas..Tp pesanan terakhir dari saya sekali lagi, 

DONT PUT TOO MUCH EXPECTATION and DONT SIMPLY ASSUME..


Jumpa lagi di next entry..xoxo..love all


pose gedik dr saya

Read more

Friday, March 4, 2011

Diriku kini bergelar isteri~

Salam buat semua

Seribu ampun dipinta sebab x dapat update for my wedding prep towards the event. Tak sempat langsung nk menjenguk2 di FB,BFF Group apatah lagi berblog.

Usai sudah majlis saya.Genap seminggu saya bergelar isteri.Kehidupan bergelar isteri??hehe..nanti saya ceritakan ya?

Memandangkan saya berhutang cerita tentang wedding prep,maka saya akan bwt review utk  3 majlis. Solemnization,Bersanding and Majlis Belah Lelaki..:)

Terlalu banyak yg saya nak kongsi..

Rindu dgn rakan2 blogger yang lain...

Ohhh..rindu okeh??

sedikit teaser dari saya..

Outdoor majlis belah lelaki

Outdoor majlis belah saya

Solemnization..
See ya!
Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails