Showing posts with label Budget. Show all posts
Showing posts with label Budget. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Perihal Busana Nikah Saya dan Tips buat anda

Salam buat semua.

Lambat update lagi.sibuk hunting untuk barang kawen di sana-sini.Mujur dah xde hantaran.Kepala x berat pk tentang hiasan hantaran.weee~

Kisah baju nikah saya.Kain Lace yang saya beli di Jakel kira-kira 3 bulan lalu bersama MR TEDDY dan juga ibu saya.Memandangkan bajet yang ciput hanya mampu miliki lace biasa tanpa beadings..T___T..*walaupun hati meronta2 mahukan beaded chiffons*

Sebelum ditempah dah mula mencari2 design.Konon2 nak buat lain dari yang lain.

Salah tempah tercabut serban tok kadi baru tahu!~wink

Heart Zaila's Solemnization Dress.Cantik Sgt.Suka Sangat.Sweet Sgt.Oh sgt2 mahu dress ini!!

Credited: Zaila's
But then bila difikir2 balik with my fizikal yang 'comel' ini,sesuaikah pilihan siluet ini dgn saya?kalau ikutkan siluet ini jenis empire.Memang sesuai utk gadis2 'comel' seperti saya.*asalkan ukuran dada tidak terlalu besar*..

Browsing in magazines,found a butik yang memang mostly of the dresses and design adalah dress yang saya idam2kan ini..Introducing...


Mari lihat sebahagian daripada busana dari butik ini


Green and White Theme

Red and Black Theme

Grey Theme..Oh Heart this dress!!

Baby Blue Theme

Pink and Tiffany Blue Theme

Purple Theme

Gold Theme.. Recognize this dress??Yup..ada dalam magazine pesona pengantin jan 2011!!!

Teruja.Rasa mcm nak melompat.Terasa macam nak ke banting sekarang juga pergi cari baju2 di butik berkenaan.

Tapi.Lagi Sekali rasa tak confident.Mcm Mana kalau x cantik di badan saya??Mau menyesal seumur hidup.Majlis nikah bukannya boleh diulang2.Nak2 kalau dlm gambar.sampai anak cucu nak tengok.Maunya cucu saya kata.Opah,kenapa mcm sarung nangka je baju opah??*ohhhh...tidakkk!!!*  T_T

Akhirnya saya nekad.Buat design biasa sudahlah.Sekurang2nya nanti boleh pakai lagi.*sesi memujuk hati sendiri*..Baju kurung moden biasa menjadi pilihan saya.


Seperti baju di atas..Wee~
But then selepas baju ditempah,saya terjumpa gambar ini..


Cantik!!

Pengantin di atas bertubuh 'comel' seperti saya..Nampak ok je kan???


Ohhh..jangan menyesal...Jangan!!!!

Baju selesai...Perihal tudung dgn veil pula..Blurr~

Tudung nak tempah ke beli??Kalau tempah..maunya price within RM 150-250..kalau beli..RM15-25..

Huiyooo...satu perbezaan yang sgt ketara!!!


Contoh tudung ditempah. Price RM 200 ++

Atau

Tudung Lycra plain..RM 20++

Dan juga spider atau apa jua namanya yang boleh disewa di butik..


Ohh..dilema lagi.Antara nak nmpak cantik,dan juga bajet yg ciput..fuhh..

Kata orang pemilihan tudung masa nikah ataupun sanding amat penting. Tudung memainkan peranan penting dalam membentuk muka seseorang.Kalau pakai tudung yang ada awning,make sure pilih awning dari thai silk ataupun awning yg jenis nipis. 

Sweet..

Jangan pakai tudung awning tebal. Saya menggelarnya tudung Soleha.Seperti yang dipakai Soleha dalam cerita Soleha. Kalau x pnah tgk cite soleha mcm di bawah..

tudung yang mcm ini
Untuk yang memang muka lawa mcm marshanda ni ok lah..tp untuk gadis bermuka bulat sebaiknya elakkan..kerana anda akan lebih nmpak bulat dan seperti mak cik..

Begitu juga bagi yang ingin memakai shawl ataupun tudung ala2 bienda..


Bienda semasa hari persandingannya

Siapa yg gila pakai shawl mesti kenal gadis bernama Ika ni

Pilih dan cuba tudung yang ingin dipakai.Gayakan depan cermin dan tanya pendapat ahli keluarga.kalau ada antara ahli keluarga anda yang bermulut lazer seperti adik saya anda patut berterima kasih padanya..
Seperti kata adik lelaki saya semasa saya menggayakan shawl..

"Tak cantiklah lah K.Long..Muka nmpak lagi BULAT!!!"   

T_____T  *terima kasih adikku*

*psst...kalau pakai tudung awning,masa nikah..upacara batal air semayang,masa hubby nk kiss dahi make sure dongak tinggi sikit..kalau x hubby u all cium awning tudung korang...wink~*



Cerita Tentang Veil Pula...

Saya gilakan Lace Veil..Cukup hanya lace tak perlu beadings segala bagai..Inspirasi daripada veil yg dipakai mandy moore dlm cerita A Walk To Remember


Perasan konon2 cantik macam mandy moore

Lace Veil..Cantik Bukan??

Veil Lace DIY Faradiba..Kagum Okeh??

Tapi bila saya tnyakan harga utk ditempah..price within RM150..itu baru lace di depan..belum keliling lagi. And bergantung juga pada besar dan lebar kain veil tersebut..Gulp!!

Terpaksa beralih ke pilihan kedua..Selendang manik tabur @ Veil Bermanik

Rozita Che Wan dengan selendang manik.Sila lihat selendang sahaja..

Veil Bermanik

the details

Price Within RM 30-RM80..bergantung pada besar dan panjang veil berkenaan..

So apa2 pun everything berbalik pada bajet.If selera aje besar tapi bajet ciput x leh jadi juga kan??hummm..

Cukup untuk Hari ini..dah cukup panjang kiranya..Jumpa lagi!tata~
Read more

Wednesday, September 8, 2010

Tau tak apa itu pillow box?

Salam buat semua. Entri 2 hari menjelang raya. Sempat mem'blog' walaupun sedang menunggu kek coklat dibakar..Auch.Walaupun nak raya tp mood nak kawen lagi melonjak2..oohh..sungguh gatal+ miang bukan?

Persiapan raya mcm mana? baju berapa pasang? chewahh..ini ayat biasa bila kita hantar kad raya pada sahabat handai..Kan2?

Bagi sy,kerja sampai hari rabu menjadikan saya amat tersisih dlm aktiviti mencantikkan rumah..Maunya raya jatuh pada hari khamis..matilah..Kasut raya pun xde lagi...(T_______T)

Back to edible doorgift. The idea comes when i visit web Restu Rezeki Enterprise. The famous bakeri among B2b..hehehe..

Interested with its kek potong..

See??looks yummy isnt it??

And it comes with this packaging..

Inilah Pillow Box!!mcm bantal bentuknya..~wink

The price of the cake is RM 1.50 includes the box..Kalau x termasuk box RM 1.00..Hmm..sy x tau bg yang lain..tp bg sy agak mahal untuk kek sahaja...

Hajat di hati nak bg kek saje..Tapi bila ibu mula berkata..'Kek je??'..terpaksalah sy mengagau mencari bnda lain jugak..so RM 1.50 utk kek sahaja mcm x berapa best kan?..huu...
*Walaupun hati meronta2 mahukan pillow box itu juga.*

Nak dijadikan cerita, ketika sy ikut ibu terchenta utk membeli kuih tunjuk2..
*iaitu kuih yg ditunjuk dgn jari*

Saya tertarik dengan satu bungkus kek yang tertulis chocolate cake..Dalam hati berdetik..nampak sedap..sy picit2 lagi kek tersebut..lembut..nak beli ke tak ek??..satu bungkus ( kek itu panjang) saya kira2 boleh dapat dalam 10 potong..Harganya dlm RM 4.90..

Tiba-tiba mata tnmpak pulak butter cake kluaran syarikat yang sama..same size..which the price lower..
RM 3.90 untuk sebungkus..hmmm...

Mana satu pilihan??dua-dua sy sambar..heheheheh

Both flavor mmg sedap..tekstur lembut..sgt lembut..lembap..and puas hati lah mkn..and dgn price yang agak ok..so sy rase ok lah..hihi.

Mari mengira!

So for butter kek..Price RM 3.90 boleh dapat 10 potong kek..
Price for 1 potong RM 0.39!!
For choc cake 1 potong RM 0.49 !!

Sangat Suka!!!

Cerita Pillow Box pulak..went Googling searching for contoh2 lain on Pillow box..Sila lihat gambar2 di bawah ya??






Cute!Oho..sy nak DIY kotak comel ini untuk letak kek potong saye!..aci tak??

Oh ya. kek itu anda boleh jumpa di Giant dan lain2 supermarket..Kek Samudra..Familiar tak??heheh...

Nota kaki: Pecah Kaca Pecah Gelas..Sudah baca harap balas...ahahahaha..pantun dlm kad raya..~wink
Read more

Wednesday, August 25, 2010

*Nyum..Nyum*..Makanan elemen paling PENTING dlm majlis kahwin anda

*Nyum..nyum..sy sedang mengunyah kueh..ohh..kueh ini sgt sedap..tekstur yang lembut dan gebu..bila di giget ohh..terasa ketulan kentang yg enak didalamnya..makn kuih ni sampai terpusing2 sy dibuatnya..boleh teka kueh apa yg sy makan??..~wink

Ohh.Intro entri yang terlampau.Sape yg baca mlm ni kira xpe lagi..sape yg baca di siang hari, Nah!rasakan..Muahahahaha..~gelak ahli sihir yg sedang naik penyapu..ohh..*kalau ahli sihir seberat sy maka patahlah penyapu itu*  (T_T)

Ini entri tentang MAKANAN,tp jgn risau..sy xkan bg anda resepi atau tunjuk gambar yang akan buat anda terliur2 menatapnya..tidak.sy tidak sekejam itu.

Anda tentu pernah mghadiri kenduri kahwin kan?

Pernah alami situasi seperti di bawah??

Situasi 1
*Pada jam 2.00 ptg, di kala tetamu masih lagi berpusu2 ke rumah pengantin,setibanya mereka hampa. menurut  tuan rumah, MAKANAN telah habis..Dan anda pulang dengan rasa sebak di hati, dek x breakfast pg td*

Situasi 2
*Anda berbaris panjang untuk mengambil makanan,sampai depan lauk,ada pelayan tolong cedukkan, Anda hulur pinggan, Seketul daging masak rendang sebesar ibu jari terjelepuk di sudut pinggan anda,kuah dalca sayur yang mana sebatang carrot pun anda x nmpak,jelatah yang hanya ada sekeping timun dan sekeping nenas dan...paling menyedihkan...ayam goreng berempah bahagian leher!!!*

Situasi 3
*Sepinggan nasi..dan hanya berlaukkan kuah sahaja*

Macam mana?pernah alami..Terus terang sy katakan sy pernah alami kesemua situasi di atas. Mak Cik saya,smpai skrg x nak pg mana-mana wedding..Fobia katanya..~tengok betapa kuatnya impak MAKANAN kepada tetamu anda.

Cuba kita fikir,mcm mana boleh jadi sedemikian rupa? Salah katerer kah?Atau salah Tuan rumah? Atau salah tetamu??*garu2 kepala yg x gatal..eheh*


Beberapa perkara yang perlu dititik beratkan..

Finalize ur guest list & Jangan salah kira tetamu anda.
Itu antara step yang paling penting sebelum anda decide nak order berapa tempahan makanan dan juga,before anda tempah kad kahwin. Jangan dah order kad 1000 keping,anda order makanan untuk 1000 pax..baru anda nak finalize guest anda.Maka anda akan alami situasi sperti di atas.

Kenapa sy cakap mcm tu?

Pengiraannya diibaratkan mcm ni..jika anda edarkan kad sebanyak 500 keping, maka dengan itu dianggap tetamu anda sudah pun mencecah 1000 orang

1 kad = 1 kepala

Jika anda menerima kad jemputan,pasti anda akan membawa seseorang untuk menemani anda bukan?

Jadi 1 kepala = 2 , 3 atau lebih yang akan datang = 2 @ 3 orang

1 kad = 1 Kepala = 2 @ 3 orang

Kalau wedding anda dibuat pada musim cuti sekolah atau cuti umum..maka lebih besar kemungkinan untuk pemegang 1 kad, paling sikit pun 5 orang yang akan dibawa bersamanya.

Jemput tetamu anda menggunakan kad. dan bukannnya jemput mulut..Bahaya..takut tersalah kira..kita sebagai tuan rumah yang akan menanggungnya.

Jika anda bekerja di sebuah department, kira berapa orang dalam department anda dan jemput mereka menggunakan kad. Beri pada mereka setiap seorang yang anda rasa nak jemput. Jika kawan sekerja anda itu, bila berselisisih di pejabat pun x mahu senyum. Tak payah jemput. Habis cerita!Btul tak?

Jangan letak 1 kad untuk satu department, melainkan anda sudah memastikan yang 1 kad itu mewakili 50 kepala x2 = 100 orang!

Ini kerana fitrah manusia,apabila dilihat kwn sekerja yang lain mendapat kad dan dia tidak, maka dia akan berkata

'Tak dapat kad pun..tak kan nak pergi'

Tetapi..apabila anda meletakkan 1 kad di department anda ataupun department lain, maka akan jadi seperti ini.

'Eh, ada kenduri ni. Walimatul urus polan bin polan..Sape ek dia ni?Lantaklah,asal boleh makan.Bleh ajak family aku' 

Walhal kita sendiri tak tahu yang family dia ada 10 orang semuanya

Untuk rakan taulan anda, x salahnya kalau anda sertakan sekali kad RSVP. Sy pasti teman2 anda memahami. RSVP penting untuk anda finalize sekali lagi list tetamu anda 3 minggu sebelum majlis anda.
Sbg contoh, daripada 200 orang kawan yang anda jemput, 100 orang tak dpt dtg, maknanya anda masih punya masa untuk mengisi kekosongan tersebut dengan jiran2 tertangga. Masa ni lah baru jemput mulut boleh dilakukan. Tetapi ingat,cuma isi 100 kekosongan itu sahaja..janganlah keling botol lalu nak kutip botol pun anda jemput..*mulia sungguh hati anda* ~wink

RSVP utk kwn2 kita saja..khususnya yang tinggal jauh2..Untuk kawan2 ibu ayah kita tak manis pula kita sertakan kad RSVP, sebab biasanya orang2 lama ni,confirm akan dtg..Tambah2 yang tinggal berhampiran..

Antara sebab lain terjadinya tak cukup makanan:
  1. Tetamu makan lebih dari yang sepatutnya. Sy sendiri selalu membuat observation di meja buffet (kalau tak percaya anda boleh cuba.. ;p ) .. ada sesetengah tetamu yang tak segan silu beratur semula di meja buffet dan tambah makanan.. Ada juga yang kadang2 ambil lauk 1 pinggan dan meratah di meja makan.
  2. Tetamu yang tak diundang/dikira. Ini selalu terjadi buat pasangan yang salah seorangnya dari negeri jauh.. Kawan2 berada disekitar kawasan pasangan yang 1 lagi.. Lebih2 lagi kalau pasangan berkongsi 1 kad jemputan ( 1 kad 2 belah pihak ).. Akan ada kawan2 yang akan memilih kawasan yang lebih dekat dgn mereka. Sebagai contoh : Si A orang PERAK, dan si B orang KL, dan kawan2 A kebanyakannya berada di KL.. Peratusan kawan2 si A untuk datang ke majlis si B adalah tinggi.. Tuan rumah B pula tak terfikir pun nak mengira tetamu macam ni
  3. Kenduri pertama / terakhir di dalam keluarga. Lebih2 lagi yang pertama, selalunya tetamu akan 80 -90% datang. Jadi..B2b yang anak sulung,cucu,cicit ataupun sgala sulung..jaga2 ya??

Cadangan & nasihat :-
Jika anda buat di rumah, sediakan beras dalam 10 - 20 kg / ayam yang dah siap dipotong dalam 2-3 ekor. sebagai 'Back-Up' sekiranya nasi / lauk dah nak habis. Jangan masak dulu.Masak bila katerer anda agak nasi / lauk macam tak mencukupi buat tetamu yang masih ramai lagi datang. Baru mereka akan mula masak nasi dan goreng ayam yang telah anda 'back up' tadi.


Kalau kat dewan pula. Beri duit lebih pada katerer, minta mereka sediakan lauk back up. Tak pun pergi kedai2 makan berhampiran.



Ehem2..dah habis entri hari ni..moga semua b2b mendapat manfaat darinya..Hari bersejarah anda patutnya jadi hari yang bermakna buat anda dan keluarga, Bukannya jadi umpatan para tetamu..Eeee..Takot!!..eceh


Nota kaki: Eh..KARIPAP PUSING sy dah habis la pulak!!!


Karipap Pusing yang sedap dan enak..nyum2

Read more

Friday, August 20, 2010

Checklist And Budget Updates!

Hoh. Benda yang paling malas nak di prepare adalah....BUDGET..

Sebab?BUDGET lari2 dek kerana si bakal pengantin ini suka tukar2 plan..Haih~

Kejap nak sewa baju nikah,kejap nk buat sendiri,kejap nak kt dewan,kejap nk kt umah..OOhhh..T__T

Bila plan tukar2,tiap kali itula kena rombak balik budget..X lama lepas tu tukar yang lain pulak
*kasihan MR TEDDY terpaksa mlayan kerenah saya yg gila nih*


New Budget UPDATES and Checklist!!..
(Klik utk tumbesaran bg setiap gambar)


Pelamin

Hantaran

Hantaran to me

Door Gifts

Dewan

Bed Room
Katering
others


Busana dan andaman

Diinspirasikan daripada xora

Dalam budget tu sy include sekali checklist.Maknanya boleh cek and confirmkan sape yg nak handle many other things.

Common kesilapan yg dilakukan oleh b2b adalah menganggap org katering yg sediakan meja buffet segala. Jgn silap ya?meja buffet dn hiasan kanopi adalah kanopi vendor punya keje


Sama juga sewa dewan dgn kerusi meja. The alas meja and sarung kerusi tiada ya??itu kerja org katering..


Ada juga satu kes dulu her pelamin pakej x disertakan set renjis and bantal tgn..penyudahnya hari sanding xde  renjis2..sekadar duk atas pelamin and senyum2 saje


Centerpiece juga bukan keje org katering atau kanopi..itu adalah kerja b2b sendiri..

See?confusing kan??

Checklist Penting!!update checklist anda!


Kadang2 benda2 yang kita anggap remeh,benda tu la yang paling penting


Jangan pelik kenapa saya x isi lagi..hihi..ini kerana sy btul2 malas nk kira balik budget..Mane tah saye letak kalkulator sy..Kena punggah bilik yg sedia semak itu..oohhh

(T_T)


Nota Kaki: B2b yg nk softcopy budget ni leave me ur email di ruangan komen ok?..
Read more

Sunday, August 15, 2010

Bajet oh Bajet..

Slow update.Bulan Puasa kan?X leh taip banyak2..nanti jari sakit which leads to dahaga..*hiperbola kan??*
oh itu hanya alasan. :P..

Nak merehatkan kepala kejap dr berpk pasal wedding and also engagement. Jadi silent readers jap these few days.aha!..Jd hari ni sy kembali...*chewaahh..mcm la org mnunggu2 entry ko..ahaha*..back typing coz terpikir one of the main elements in preparing wedding thingy which is...BUDGET!

Entry kali ni lebih kepada memberi tips kepada semua B2B yg lain *dan juga diri saya sendiri*..ikhlas daripada pandangan sy sendiri..

Nak kahwin kena ada duit..kalau x xde la org kata xde duit jgn gatal nak kahwin..huhu..Biasanya kalau sebut padal duit ni pengantin lelaki la yg akan serabot!..pk hantaran lagi..majlis belah lelaki lagi..ditambah2 dgn pengantin pmpuan yg agak mendesak2..

Beberapa situasi yg akan menambahkan lagi stress si pengantin lelaki:

"Syg..i nak kawen nanti pelamin roman tau.."


"Syg..honeymoon kite pg oversea nak??..u syg i x?"


"Syg..kite jemput artis buat performance nak?" 

Ha..terkulat2 la pasangan anda terkebil2 nak tunaikn permintaan buah hati tersyg..Kand ditariknya muncung sedepa dia juga yg gundah gulana..Akhirnya..sang lelaki pun buat kerja lebih masa..ikat perot x makn..gara2 nak simpan duit..

Saya pernah terbaca dalam satu blog yg mengatakan...

"Kalau kita buat pihak lelaki terasa susah walaupun sikit..untuk majlis perkahwinan kita,sesungguhnhya majlis itu tidak diberkati Allah S.W.T"

Ada kes siap buat pinjaman semata- mata sebab nak kawen..Penyudahnya, nanti anak dah nak masuk 3 pun, utang tak habis2 bayar lagi..
Kata org..Majlis Kahwin ni sebenarnya nak melatih pasangan2 yang akan berkahwin untuk belajar mengurus perbelanjaan sendiri.If majlis kahwin, yang anda rancang itu agak x terurus dr segi perbelanjaannya maka lebih sakitlah kehidupan selepas kahwin nanti..

Jadi kita sebagai B2b ni kena pandai merancang perbelanjaan yang bersesuaian ikut kemampuan family,sang lelaki dan juga anda sendiri..Ye la..biasanya sang lelaki hulur je duit..bab2 merancang ni kita yang pmpuan ni yg merancang..btul x??

Sy sertakan beberapa tips untuk anggaran budget majlis perkahwinan


1. Kursus kahwin
Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).
2. Mas kahwin
Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan.  Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2. Ape-ape pun ikut kemampuan okeh??
3. Wang hantaran
Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua - dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan  sendiri'. 
4. Upah juru nikah atau tok kadi
Jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak la mahal sangat.. biasanya dalam RM80++…  depends kepada negeri masing2 la.
5. Barang hantaran
Barang hantaran nie kadang2  akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!
6. Gubahan hantaran
Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.
7.  Cincin atau barang kemas yang lain
Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama!  Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat  sebelum anda bergelar suami isteri!
8. Pelamin
Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…
9. Baju pengantin
Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit.  Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..
10.  Kad kahwin
Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook,ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi laTepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak,  bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah. Cuma ingat,org yang terima kad hnaya akan puji sekejap..contihnya: eh cantik lah kad ni..tapi lepas tu ntah mana2 la dia letak..
11. Kenduri / jamuan
Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa.   Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak     yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang  confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer.  Semuarnya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?
12. Khemah dan kelengkapan lain
Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebopyramidarabian dsb. Dan ada  jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….
13.  Juru gambar
Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++. Pada pendapat sy,yang mmg pandai guna photoshop edit2 gambo..ape kata anda edit sendiri gambo2 tu..xpun..custom album..mungkin tempah lambat sikit ke..Gamba tu kan sampai2 bila anda akan simpan?
14. Hiburan
Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…
15. Honeymoon
Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’.Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)
Okla, entri nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semua  perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!
Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails