Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, November 4, 2010

13 Pesanan Buat Bakal Isteri

Salam buat semua.Renungan buat semua bakal2 isteri...:)




Perkahwinan adalah perkongsian sebuah pelayaran hidup bersama pasangan yang di cintai, maka sebaiknya berusahalah mengekalkan haluan bahtera sebagaimana yang diharapkan.

Pesanan Untuk Isteri:

1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.

3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apaapa kebencian ditinggalkan.

4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.

5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.

6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan baik dan bersolek pula.

7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.

10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.

11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.

12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.

Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, insyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.
Read more

Saturday, October 23, 2010

Bunga Tangan Kipas~

Salam buat semua.Mari mulakan hari dengan senyuman.Weeeeee~

Aktiviti hujung minggu?meleset di rumah,goyang kaki tgk TV,bgolek2 atas katil.Inikah yg dinamakan B2B??

Mak mula mengeluarkan bunyi..

"Org dh nak kawen makin rajin..Kamu makin malas ni kenapa?"

Sy hnya mampu tersengeh *ibarat kerang busuk dipasar yg terjelir lidahnya*

Xpela mak.Belum kawen lg masa ni la nk relaks habis habisan..betul x?xkan la lepas kawen nak biar laki sendiri kelaparan..*ohh sy mau jd isteri mithali ok*..ecececeh..

Semalam dpt call dr kwn2..Ramai kwn2 yg dh nak kawen sebelum sy.sorang bulan 11,a week after my engagement date,sorang lagi bulan 2.pheww~..nasib baik ada juga..i tot i sorang je menggewdix nak kawen awal..*hehehehe*

Just now browsing  ideas for W-day hand bouquet.Ikut kan hati nak juga bunga tgn stokin.Tp mak pula x setuju.Pelik katanya...T____T

Dari segi pemilihan bunga sy bukan jenis yg memilih.Asalkan ada bnda yg sy nk pgg utk cover ketakutan dan kenervousan dah cukup..bak kata org hand bouquet tu peneman paling rapat bg bride on her wedding day! Then bila dah habis majlis..bunga itu lah akan dibaling dan menjadi rebutan kwn2 bride sehingga tercerai2 dibuatnya..*oh..nasib menjadi bunga tangan*

Penah tengok bunga tangan kipas tak??

Bagi saya cukup unik bunga tangan yg dibuat dari kipas tangan..nak DIY pun senang.Beli kipas..susun2 dan lekat2 je bunga ikut selera sendiri.Tambah riben panjang2..DONE!!..yeah..

Hasilnya??

See..simple but nice..

Using roses and baby breaths

another simple and unique fan 

Bila ada bunga tangan kipas..posing begini WAJIB ok..





Hehehe..dalam kepala saya sekarang:

  1. Mahu bunga tangan kipas sebab nmpak agak praktikal dan unik
  2. Kipas tersebut boleh digunakan semula daripada terus dibuang saje
  3. Kipas tersebut pelu lebar sedikit untuk cover bahagian depan iaitu perot saya!
Anda rasa??mak saya akan luluskan x application saya ni..wink~
Read more

Tuesday, October 5, 2010

Saya suka bunga carnation..Anda Pula?

Dalam banyak2 bunga,ntah kenapa bunga carnation yang menjadi pilihan saya...Bg saya bunga ros dah biasa,Bunga Lily x berapa berkenan,Bunga Daisy...ummm..susah nak cari lah..mana nak robek..harga dah tentu mahal kan??

Bunga Carnation..Menjadi sinonim dengan mana2 majlis perkahwinan..Bunga serbaguna tau..Boleh dijadikan sebagai hiasan centrepiece..Hand bouquet, pomander ball, rozek dan juga korsaj..

Korsaj

Simple centrepiece

HandBouquet

another hand bouquet

Centrepiece

Headband for flowergirl

Teruja tgk bola2 ni..

Centerpiece lagi...

Rozek/buttonaire..atau ape aje namenya

POmander ball!!
See..banyak kegunaannya kan??

Tapi kalau nak beli fresh tu jgn harap laa...*pengantin budget@kedekut mcm saya ni berangan aje la nak pakai fresh flower di hari perkahwinan saya nanti...*

Sekarang cuba bgtau sy...bunga mana yang boleh dibuat sendiri atau kata lain DIY??Ros?oo tidak...Daisy..xde keje nak memotong2 kertas..Bunga Matahari??lagi gila..

Of Course Bunga Carnation!!!

I realised some of other B2B atau ex B2B ada buat tutorial doing pomander ball using crepe paper..kan?im sure ramai yg dah tau..

For those yang masih x tau sila baca di sini

Saye dah cuba..tapi..mcm x jadi..sungguh!mungkin tangan sy x sehebat Pn Syida itu..heheh...

So after browsing for idea..i found this website..

How to make a flower using......Cup Cake Liners / Paper Cup!!!weeee~

Tau ini apa??Raya mesti byk lebih kan..kan??

Amik dlm 7-8 keping and flat kan mcm ni

Guna jarum..tebuk 2 lubang kat tengah2


Macm ni..jarak antara 2 lubang dalam 1 cm

Pastu amik dawai ke,tangkai ke..cucuk kat lubang td mcm ni

jadi la mcm ni...

Balut dawai atau tangkai yang anda guna tu..

Lipat ke atas papercup tu dari atas

Lipat2 kan paper cup tu ke atas mcm ni untuk helaian seterusnya...

Tada...sekuntum Bunga carnation!!!
A bouguet of carnation flower made from paper cup!!

 SANGAT TERUJA OK???weeeee~

Read more

Thursday, September 23, 2010

Busana Idaman pilihan anda 2#

Selamat Pagi.Ohaiyo Gozaimas.Good Morning buat semua..*tau 3 bahasa je..kalau x 1 page ni dah penuh..ngeh2..*

Engagement Updates..

Baju
Baju tunang dah tempah. Ikut ukuran badan sekarang,xde la kalut nak diet. wahahahahaha~ *ketawa keji*
X sabar nak pakai baju tunang itu..

Jemputan
Keluarga terdekat,teman2 rapat,kwn sekerja,jiran belakang,kiri dan kanan..*jgn tnya depan,kerana dpn rumah saya parit besar tempat adik lelaki sy memancing di saat kebosanan dan mungumpul koleksi puyu*

Tentatif Majlis
Kenduri doa selamat dan tahlil buat arwah abah sy sebelum majlis

Hoh.pagi ni tengok muka di cermin cik jerawat naik 3 biji.2 d tepi hidung, satu di atas hidung..cuba bayangkan pagi2 di saat saya mau mghembus mukus di hidung..*ooohh..perit*

Oh ya..berkenaan entri busana idaman tu. Baru sy perasan yg sy x letak link url web tersebut..*Sila jgn saman saya ye tuan punya web..Saye ini insan yg mudah lupa..hehehehe*

Buat sk,eija dan xora entri kali ni khas untuk memenuhi permintaan anda..maafkan atas kenyanyukkan sy yg tidak meletak URLnya ya??heheheh

presenting...jeng3...

Kebaya dan Gaun Pengantin Muslim




Entri saya yang tentang baju nikah tu pun sy rujuk dari web ni..banyak info for all Muslim B2B.Web indonesia..Kalau anda peminat kipas susah mati sinetron Indo,sy pasti anda juga bisa memahami butir maksud dlm net tersebut..ngeh2..


Weee~

Nota kaki: Menggilai sinetron Indo kerana cowok yang ganteng2..auwww..
Read more

Wednesday, September 15, 2010

Siluet@Silhouette yang sesuai dengan bentuk badan anda?

Raya..Raya..Raya..raya sakan smpai dh berapa ari x hapdate..*apelah kamu,raya mengalahkan kanak2 ribena..*

Bile sebut je raya dalam kepala terbayang2 juadah yang pelbagai terbentang dpan mata..slurrp!!....

Sebelum raya MR TEDDY telah berpesan..'Jgn mkn bnyak2..nt badan naik'..Bwt tak tau,masuk telinga kri kluar telinga kanan..

Menjelang Raya...
Ohh..ketupat,lemang,rendang..anda lah sahabat baik perut saya..Ohh kek dan juga biskut..kamulah peneman setia perut saya..Mee Hailam..Nasi Briyani..andalah yang menceriakan perut ini...gendang gendut tali kecapi..kenyang perut maka suke lah hati ini...lalalalala~

Raya Ke-6..
Kaki menggatal melangkah masuk Butik..Mereka sudah mau ukuran badan,tempahan sudah mahu dibuat..

Ades!bukankah masih ada 7 bulan..??and..perlukah ukur badan lepas raya???!!GULP!..ohhh...

Di butik setelah badan diukur...(T_____T)..

'SETIAP ukuran bertambah 1 INCI!!'

Bagai sudah terjatuh kain terkoyak pula..aku hanya mampu tersengih2..Sampai rumah naik penimbang..2 kg bertambah!..sekali lg bagai sudah jatuh baju pula terkoyak..ohhh...

Pening!cukup pening..akak di butik dah tanya,siluet jenis apa yang u nak?dengan blurr aku bertanya..

'siluet'??Apakah itu?'

Ya..menurut kamus wikipedia siluet itu adalah pattern atau design baju yang dijahit mengikut tubuh badan individu..'contour of a dress'..

Pemilihan siluet yang betul amat penting untuk menyerlahkan lagi bentuk tubuh badan anda ataupun untuk menyorok apa jua kekurangan tubuh badan anda. Ingat, Siluet harus dipilih mengikut kesesuaian tubuh badan untuk tampak anggun dihari perkahwinan anda..

Dalm bidang fashion ada byk jenis2 siluet..Tapi sy akan sentuh hanya beberapa jenis siluet yang biasanya menjadi pilihan utk bakal pengantin di luar sana

Ballgown

 

Siluet jenis Ballgown ini sering menjadi pilihan untuk majlis potong kek ataupun menjadi pilihan dress bersanding untuk sesetengah pengantin. Siluet ini sesuai di gayakan bagi yang bertubuh langsing dan memiliki ketinggian yang sederhana. Bagi yang berbadan montok ataupun besar bahagian pinggang ke bawah amat tidak digalakkan kerana anda akan kelihatan tenggelam di dalam gaun ini

Ballgown Siluet

Empire


Siluet ini memiliki garis pinggang yang tepat di bawah payudara, dan memberi penekanan kepada payudara dan juga bahu. Siluet ini amat sesuai bagi anda yang memiliki perut yang agak besar dan berpinggang penuh. Juga sesuai bagi yang memiliki kaki yang panjang. Jika anda ingin memberi fokus pada bahagian atas badan anda dan ingin menyorok kekurangan dari paras pinggang ke bawah siluet ini amat sesuai kerana kebiasaannya siluet jenis ini kembang dan lebih besar dibahagian pinggul. Sesuai bagi mereka yang bertubuh montok dan pear-shape. Namun bagi yang memiliki payudara yang agak besar,tidak digalakkan memilih siluet jenis ini..

Empire Siluet

Sheath


Sheath atau siluet ramping biasanya digemari oleh pengantin wanita yang ingin penampilannya tampak lebih langsing. Bagi yang bertubuh langsing, berlekuk indah seperti jam pasir, siluet ini amat sesuai kerana memberi penekanan pada lekuk pinggang anda.Bagi bagi pemilik tubuh boyish yang kurang berlekuk di bahagian pinggang dengan lipatan lemak yang mungkin ada di lekuk tubuh dinasihatkan tidak menggunakan siluet ini

Sheath siluet..Kebanyakkan kebaya pendek mnggunakan siluet ini
A-Line


Siluet jenis ini diklasifikasikan sebagai siluet 'selamat' kerana sesuai untuk pelbagai jenis bentuk tubuh. dengan pattern dan kontur yang simple. Ianya sesuai digayakan untuk pelbagai majlis selain perkahwinan. Bagi yang berbadan besar dan mempunyai pinggul yang besar amat digalakkan memilih siluet jenis ini keran boleh menutup kekurangan paras pinggang ke bawah.Berbeza dengan empire,siluet ini tidak memberi penekanan pada lekuk bawah payudara.Jadi bagi yang mempunyai payudara besar sesuai memilih siluet ini.

A-Line Siluet

Mermaid/Duyung


Mermaid atau siluet duyung merupakan lanjutan design dari siluetsheath/ramping. Gaun ini ramping pada bahagian perut dan pinggul lalu melebar mulai dari lutut hingga ke bawah. Bagi mereka yang memiliki perut dan pinggul langsing, kaki yang panjang dan bertubuh mungil sangat padan menggunakan siluet ini. Dan sebaliknya bagi pemilik tubuh besar di bahagian perut ke bawah -pear shape body- sangat tidak digalakkan menggunakan siluet ini.

Siluet Duyung

Jadi siluet mana yang sesuai untuk anda??buat pilihan sebaiknya ya??..Kalau saya mungkin Empire atau A-Line..hihihihihi..

Read more

Friday, September 3, 2010

Peranan OP dan juga peranan ANDA

OP.Official Photographer a.k.a Si Tukhang Amik Gambo.

Rata2 sekarg ni cari je OP kat mana2..punyela banyak..tup..tup..tup..naik mcm cendawan.Tapi dalam banyak2 ni ada yang proffesional,ada yang biasa2 aje.Ada yang memang menjadikan fotografi ni mata pencarian n ada juga yg sekadar suka2 @ mencari wang saku tambahan.

Bukan senang nak pilih. Tambah2 kalau kita hanya tebgok hasil karya mereka thru laman web. Mau rambang mata. Penah skali sy tgk laman web OP smpai 30..x lebih tak kurang.Last2 mata terkebil2.Otak berpusing2. Satu pun x lekat dlm hati...dah tgk bnyak2..mulalah putih mata..



*yang ni lawa..eh rasa td lg lawa..tgk yg lain pulak..eh..ni ok gak.*  monolog dalaman yang biasa diluahkan sewaktu survey OP dijalankan

Bila dh jumpa yg lawa...Mmang berkenan abis lah..Minta quotation...Naahh!..*Gulp!!* OOhh..tak mampu..

Bila orang kata ..

'Alah..gambar kawen kan nak simpan smpai tua..ape lah salahnya belanja lebih...' terkulat2 la seperti cicak tertelan kapur. Terkial2 cari kalkulator kira balik bajet..

Nasihat saya.Semasa awal perancangan, tetapkan terlebih dahulu bajet anda untuk OP. Sekiranya bajet anda dlm lingkungan RM 500- RM 1500 maka carilah dalm range tersebut. Jgn gewdix atau mengada2 minta Quotation OP yg sudah anda maklum dgn popularitinya.

Lagi satu tentang Custom Album. Album anda tu anda akan simpan sehingga anda tua kan?Tak menjadi kemestian custom album anda perlu disiapkan lepas kahwin.Bagi B2b ingin penjimatan yg berganda seperti saya,sy pilih pakej OP yg tawarkan Sticky album terlebih dahulu..Custom album,bila dh ada duit nanti baru tempah..lagi pun kebiasaannya kita akan dpt DVD yg ada gambar2 unlimited shots termasuk dlm pakej..Jadi tiada masalah kan?

Credited to shutterspeak
Jadi sy nk bg Tips bagaimana kita nk memaksimumkan peranan OP anda agar setimpal dengan bayaran yang telah anda keluarkan

  1. Perbincangan itu amat penting. Sebab tu pilih OP yg berdekatan dgn tempat anda.Senang nk berbincang.Jumpa berkali2 pun xpe asalkan anda benar2 yakin dgn OP anda itu
  2. Nyatakan kehendak anda,Konsep yg anda inginkan.Pastikan OP anda faham dan telah mencatat kehendak anda.
  3. OP sudah semestinya proffesional kan??Namun jika anda menambah sedikit peranan anda pasti dapat memaksimumkan lagi kerja dan tugas mereka
Walau sehebat mana pun seorang jurugambar. Namun masih tidak mampu menangkap momen2 bermakna lantas menghasilkan gambar yang mampu buat kita melopong tanpa beberapa faktor penting yg lain..ohh ayat sy..tunggang langgang..~wink

Credited to P.h.o.t.o.l.i.c.i.o.u.s


Credited to Janggut Touch

Antara Faktor tersebut:
  1. Rancang dengan teliti aturcara majlis perkahwinan anda.Beri ruang masa yang selesa bg setiap ruang. Jangan la terkejar2 sgt masa. Kesian OP anda nanti
  2. Lantik sesorang utk banyak berhubng dgn OP semasa hari majlis. Orang ini bertanggungjawab utk memaklumkan secara terperinci  aturcara majlis anda dan sekiranya terdapat sebarang perubahan
  3. Sediakan senarai momen2 yang perlu OP anda ambil. Sama ada kandid ataupun dirancang
  4. Pasangan pengantin perlukakan rehat yang cukup agar wajah anda kelihatan segar di hari indah. Bergembiralah..Jangan biarkan senyuman hilang dari wajah anda..Jangan terlalu fikirkan hal2 remeh yang mungkin tak sama dgn perancangan anda. Mcm mana OP nak ambil gambar pengantin kalau asyik monyok dan lesu je..:)
  5. Masa paling sesuai untuk ambil gambar potret pengantin perempuan ialah sejurus selepas make up. Pastikan setelah anda bersiap sediakan ruang masa untuk OP menangkap gambar potret anda.
  6. Bagi pengantin yang kekok bergambar,banyakkan latihan dihadapan cermin. Lemparkan senyuman semanis2nya...:)
  7. Dalam tempoh persiapan album anda,jgn menggesa agar cepat siap. Tunggang terbalik la  jawabnya...:)
In wedding pictures its not all about pasangan pengantin semata2..Gambar2 family and friends juga perlu kerana mereka juga yg mereliasasikan wedding kita. Kan?

Credited to Hadzley Harith

See their faces??bermakna kan??


Lastly..when choosing OP, bila kita tengok gambar hasil tangkapan mereka..kita tersenyum..Tat's the best photographer..Coz they berjaya captured the moment and the perasaan n presenting it in the picture..
*apelah ayat ini..*


Saya suka tgk pakcik ni senyum..n sy pun senyum tgk pic ni

hehehe..


Humm.Entri yang panjang.Hope memberi makna.

Ohh.Mau tido.sudah pukul satu..Ibu pula seperti memberi isyarat suruh berhenti..heh~

Sekian.Tata semua
Read more

Wednesday, August 25, 2010

*Nyum..Nyum*..Makanan elemen paling PENTING dlm majlis kahwin anda

*Nyum..nyum..sy sedang mengunyah kueh..ohh..kueh ini sgt sedap..tekstur yang lembut dan gebu..bila di giget ohh..terasa ketulan kentang yg enak didalamnya..makn kuih ni sampai terpusing2 sy dibuatnya..boleh teka kueh apa yg sy makan??..~wink

Ohh.Intro entri yang terlampau.Sape yg baca mlm ni kira xpe lagi..sape yg baca di siang hari, Nah!rasakan..Muahahahaha..~gelak ahli sihir yg sedang naik penyapu..ohh..*kalau ahli sihir seberat sy maka patahlah penyapu itu*  (T_T)

Ini entri tentang MAKANAN,tp jgn risau..sy xkan bg anda resepi atau tunjuk gambar yang akan buat anda terliur2 menatapnya..tidak.sy tidak sekejam itu.

Anda tentu pernah mghadiri kenduri kahwin kan?

Pernah alami situasi seperti di bawah??

Situasi 1
*Pada jam 2.00 ptg, di kala tetamu masih lagi berpusu2 ke rumah pengantin,setibanya mereka hampa. menurut  tuan rumah, MAKANAN telah habis..Dan anda pulang dengan rasa sebak di hati, dek x breakfast pg td*

Situasi 2
*Anda berbaris panjang untuk mengambil makanan,sampai depan lauk,ada pelayan tolong cedukkan, Anda hulur pinggan, Seketul daging masak rendang sebesar ibu jari terjelepuk di sudut pinggan anda,kuah dalca sayur yang mana sebatang carrot pun anda x nmpak,jelatah yang hanya ada sekeping timun dan sekeping nenas dan...paling menyedihkan...ayam goreng berempah bahagian leher!!!*

Situasi 3
*Sepinggan nasi..dan hanya berlaukkan kuah sahaja*

Macam mana?pernah alami..Terus terang sy katakan sy pernah alami kesemua situasi di atas. Mak Cik saya,smpai skrg x nak pg mana-mana wedding..Fobia katanya..~tengok betapa kuatnya impak MAKANAN kepada tetamu anda.

Cuba kita fikir,mcm mana boleh jadi sedemikian rupa? Salah katerer kah?Atau salah Tuan rumah? Atau salah tetamu??*garu2 kepala yg x gatal..eheh*


Beberapa perkara yang perlu dititik beratkan..

Finalize ur guest list & Jangan salah kira tetamu anda.
Itu antara step yang paling penting sebelum anda decide nak order berapa tempahan makanan dan juga,before anda tempah kad kahwin. Jangan dah order kad 1000 keping,anda order makanan untuk 1000 pax..baru anda nak finalize guest anda.Maka anda akan alami situasi sperti di atas.

Kenapa sy cakap mcm tu?

Pengiraannya diibaratkan mcm ni..jika anda edarkan kad sebanyak 500 keping, maka dengan itu dianggap tetamu anda sudah pun mencecah 1000 orang

1 kad = 1 kepala

Jika anda menerima kad jemputan,pasti anda akan membawa seseorang untuk menemani anda bukan?

Jadi 1 kepala = 2 , 3 atau lebih yang akan datang = 2 @ 3 orang

1 kad = 1 Kepala = 2 @ 3 orang

Kalau wedding anda dibuat pada musim cuti sekolah atau cuti umum..maka lebih besar kemungkinan untuk pemegang 1 kad, paling sikit pun 5 orang yang akan dibawa bersamanya.

Jemput tetamu anda menggunakan kad. dan bukannnya jemput mulut..Bahaya..takut tersalah kira..kita sebagai tuan rumah yang akan menanggungnya.

Jika anda bekerja di sebuah department, kira berapa orang dalam department anda dan jemput mereka menggunakan kad. Beri pada mereka setiap seorang yang anda rasa nak jemput. Jika kawan sekerja anda itu, bila berselisisih di pejabat pun x mahu senyum. Tak payah jemput. Habis cerita!Btul tak?

Jangan letak 1 kad untuk satu department, melainkan anda sudah memastikan yang 1 kad itu mewakili 50 kepala x2 = 100 orang!

Ini kerana fitrah manusia,apabila dilihat kwn sekerja yang lain mendapat kad dan dia tidak, maka dia akan berkata

'Tak dapat kad pun..tak kan nak pergi'

Tetapi..apabila anda meletakkan 1 kad di department anda ataupun department lain, maka akan jadi seperti ini.

'Eh, ada kenduri ni. Walimatul urus polan bin polan..Sape ek dia ni?Lantaklah,asal boleh makan.Bleh ajak family aku' 

Walhal kita sendiri tak tahu yang family dia ada 10 orang semuanya

Untuk rakan taulan anda, x salahnya kalau anda sertakan sekali kad RSVP. Sy pasti teman2 anda memahami. RSVP penting untuk anda finalize sekali lagi list tetamu anda 3 minggu sebelum majlis anda.
Sbg contoh, daripada 200 orang kawan yang anda jemput, 100 orang tak dpt dtg, maknanya anda masih punya masa untuk mengisi kekosongan tersebut dengan jiran2 tertangga. Masa ni lah baru jemput mulut boleh dilakukan. Tetapi ingat,cuma isi 100 kekosongan itu sahaja..janganlah keling botol lalu nak kutip botol pun anda jemput..*mulia sungguh hati anda* ~wink

RSVP utk kwn2 kita saja..khususnya yang tinggal jauh2..Untuk kawan2 ibu ayah kita tak manis pula kita sertakan kad RSVP, sebab biasanya orang2 lama ni,confirm akan dtg..Tambah2 yang tinggal berhampiran..

Antara sebab lain terjadinya tak cukup makanan:
  1. Tetamu makan lebih dari yang sepatutnya. Sy sendiri selalu membuat observation di meja buffet (kalau tak percaya anda boleh cuba.. ;p ) .. ada sesetengah tetamu yang tak segan silu beratur semula di meja buffet dan tambah makanan.. Ada juga yang kadang2 ambil lauk 1 pinggan dan meratah di meja makan.
  2. Tetamu yang tak diundang/dikira. Ini selalu terjadi buat pasangan yang salah seorangnya dari negeri jauh.. Kawan2 berada disekitar kawasan pasangan yang 1 lagi.. Lebih2 lagi kalau pasangan berkongsi 1 kad jemputan ( 1 kad 2 belah pihak ).. Akan ada kawan2 yang akan memilih kawasan yang lebih dekat dgn mereka. Sebagai contoh : Si A orang PERAK, dan si B orang KL, dan kawan2 A kebanyakannya berada di KL.. Peratusan kawan2 si A untuk datang ke majlis si B adalah tinggi.. Tuan rumah B pula tak terfikir pun nak mengira tetamu macam ni
  3. Kenduri pertama / terakhir di dalam keluarga. Lebih2 lagi yang pertama, selalunya tetamu akan 80 -90% datang. Jadi..B2b yang anak sulung,cucu,cicit ataupun sgala sulung..jaga2 ya??

Cadangan & nasihat :-
Jika anda buat di rumah, sediakan beras dalam 10 - 20 kg / ayam yang dah siap dipotong dalam 2-3 ekor. sebagai 'Back-Up' sekiranya nasi / lauk dah nak habis. Jangan masak dulu.Masak bila katerer anda agak nasi / lauk macam tak mencukupi buat tetamu yang masih ramai lagi datang. Baru mereka akan mula masak nasi dan goreng ayam yang telah anda 'back up' tadi.


Kalau kat dewan pula. Beri duit lebih pada katerer, minta mereka sediakan lauk back up. Tak pun pergi kedai2 makan berhampiran.



Ehem2..dah habis entri hari ni..moga semua b2b mendapat manfaat darinya..Hari bersejarah anda patutnya jadi hari yang bermakna buat anda dan keluarga, Bukannya jadi umpatan para tetamu..Eeee..Takot!!..eceh


Nota kaki: Eh..KARIPAP PUSING sy dah habis la pulak!!!


Karipap Pusing yang sedap dan enak..nyum2

Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails