Wednesday, January 4, 2012

Biru atau Pink??~

Salam sayang buat semua..

Huuu..sungguh panas hari ni. Klenjar peluh merembaeskan peluh tahap dasyat.Huu, x selesa sgt..Kata yg dah berpengalaman bila dh masuk 7 bulan ke atas memang normal lah berpeluh sepanjang masa.

Ok. Berbalik pada tajuk entri. Biru atau Pink??Sy pasti anda mmg dh dapat teka warna yang menjadi dilema bila nk beli baju anak.Setengah tempat, memang 2 pilihan warna je dia sediakan.Biru dan Pink. Sakit hati okeh??




Sebagai ibu yang mengandung anak pertama ni, org kata tak perlu harap jantina apa2.Yang penting selamat. Sang Suami pun kata begitu


"Tak kisah, yang penting dua-dua selamat"..owhh..terharu..*ibu hamil mmg cepat tacing*

Tapi jauh di sudut hati saya begitu mengharapkan anak lelaki. Entahlah. Memang dari dulu saya pernah cakap pada suami,

"Kalau anak sulung, biarlah lelaki.." Si suami hanya senyum.
"Kalau lelaki rapat dengan mak nya lah.Abg nak perempuan."..Sengih Si Suami..

Bagi saya bila yang sulung lelaki dia boleh jadi abang kepada adik2nya..Abang long kedengaran mcm lebih garang berbanding Kak long..ngeh2..Mungkin sebab sy sulung tp selalu dibuli adik2..dush2!..*ohh sy x mahu begitu*

Tapi apa-apa pun saya hanya berserah. Bukan saya x suka anak perempuan, bukan..Kalau rezeki dari Allah perempuan, maka perempuanlah..Kita hanya mampu merancang..:)..betul tak??

Dari awal kehamilan saya tak pernah mengalami morning sickness. Sehari pun tak pernah. Semua makanan masuk mulut..kecuali..haa..ade kecuali tu..SAYUR!..mmg x boleh masuk langsung dalam tekak ni, kalau lidah ni terasa tekstur sayur dlm mulut maka berhambur balik segala isi perut. Bau pun tak boleh. Pernah sekali Ibu saya masak pecal..masa rebus sayur2 tu sy di bilik air uwek..uwek segala..

"Eh kamu ni mengandung anak laki ke?" tanya ibuku
"Mana tau..kenapa mak cakap lelaki?"..dgn muka blurr br lepas keluar isi perut bertanya
"Lelaki kan x suka sayur"

Sy hanya ketawa dengan hipotesis ibu saya. Betul ke lelaki x suka sayur??

Masuk 3 bulan jika diletak Ais Krim dan Jeruk di hadapan saya,maka saya dengan pantas mencapai jeruk dan menghayatinya tanpa memandang sikit pun pada ais krim tersebut. Nak kata loya tidak, cuma tekak ni hanya mahukan benda yang masam dan juga masin.

Kata kawan ofis saya.

"Ko ni mesti ngandung anak laki..Kalau anak perempuan ibunya suka makan makanan manis2" dan sy tak endahkan kata2nya kerana lebih tertumpu pada jeruk yg dimakan *buruk lantak*

Sewaktu mengandung saya amat suka make up..Kalau dh lewat sgt pergi kerja, sy calitkan saja eye liner kasi dramatic effect sket..Tapi sejak dah kuat berpeluh ni saya jarang make up..Rimas pula rasanya. Tapi wajib pakai contact lense coklat saya..ahahahahah...

Kata org kalau ibu nk berlawa je masa mengandung, anak lelaki.Kalau si ibu mmg malas nak pk pasal penampilan maka anak perempuan.

Banyak tido. Saya mmg suka tido..:)..bukan apa, badan rasa letih..Kata ibu saya

"Kamu ni malas je mak tengok..Anak jantan le tu"..ok sambung tido..

Masuk 7 bulan, perut dh mula terbonjol ke depan. Saya pergi pasaraya nyonya mana tah pegang perut sy dan kata,

"Anak lelaki maaa..." *serius blurr..bomoh ke apa nyonya ni*

Tapi mmg kebanyakan cina yang saya jumpa akan cakap bayi yg dlm perut ini anak lelaki..*senyum lagi..berbunga rasa hati..*

Dua nama telah saya pilih untuk anak ini..Kalau lelaki saya namakannya zhafran, kalau perempuan, Zahra.
Bila saya usap2 perut untuk kejut bayi dr tido saya akan menyebut 2 nama ini..Hanya apabila saya memanggilnya zhafran, dia akan beri respon!!!!..*huu excited tau..sy syok sendiri*

Satu hari Si Suami dengan tiba-tiba berkata:

"Abg rasa anak lelaki lah.."  sy hnya kerut kening tanda kenapa...

"Abg mimpi semalam, anak lelaki.."  Sy sengih. *mimpi x leh pcaya laaa*

Baru2 ni semasa mahu membeli barang-barang bayi, Si Suami hanya mencapai barang berwarna biru. Sy melarang kerana kami masih tak tahu jantina anak ini. Tapi dia selamba menjawab

"Budak perempuan tak apa pakai biru, budak lelaki x boleh pakai pink.."..*ehh...double standard betul..*


Biru mmg sinonim dgn lelaki



Banyak lagi kata orang2 tua tentang jantina anak..Saya senaraikan yang saya pernah dengar ya?

Anak yang dikandung, LELAKI:
  1. Si ibu kurang minum susu.Walaupun dia hantu susu sebelum mengandung
  2. Kulit Si ibu menjadi lebih kering.
  3. Tapak kaki Si ibu lebih sejuk daripada sebelum mengandung dan lebih banyak berpeluh di kaki
  4. Si ibu gemarkan makanan masin dan masam
  5. Si ibu tidak mendapat morning sickness sepanjang kehamilannya
  6. Perut si ibu nampak rendah, jika dilihat dari belakang si ibu tidak kelihatan seperti hamil kerana tajam ke depan
  7. Wajah si ibu tampak lebih comel dan berseri

Anak yang dikandung, PEREMPUAN.

  1. Si ibu amat suka susu dan juga produk soya
  2. Si ibu amat suka makanan manis
  3. Si ibu mengalami morning sickness tahap dasyat
  4. Perut ibu lebih mendatar, melebar ke tepi dan tinggi (jarak puncak peut dan bawah buah dada tak jauh)
  5. Wajah ibu kusam dan pucat

Itu lah yg saya pernah dengar, kesahihannya sy x pasti sbb baru mengandung anak sulung..heheh..tapi x semuanya betul..bergantung pada hormon ibu


Dan Isnin baru-baru ni saya dah buat scan. Saya buat 3D aje..kerana bila saya tnya harga scan 4D hargnya RM 200 +++..pengsan!!

Saya dah tau jantina anak ini..*senyum lebar*

Cuba teka..Rasa-rasanya..Zhafran ke Zahra???
Read more

Monday, January 2, 2012

Week 30 | Fetal Development Week by Week Slideshow | BabyZone

"oohh Anak Mak!"
Educational fetal development photo gallery will show you how your baby is growing and developing, and what's going on inside your body, week by week.
Read more

Saturday, December 31, 2011

Ting Tong!..Entering 30 Weeks!!!

Hari ini usia anak dlm kandungan 30 minggu.

Wahh..angka 3 di depan yg memang sgt2 sy nantikan.

Perubahan yg dialami di minggu ke 30 minggu: (Ini untuk diri saye lah..heheh)

ohh..sempitnya anak mak kt dlm ni

  • Selera makan menurun dengan mendadak!! (mungkin ruang dlm perut dh makin sempit)..sungguh,nk mkn apa pun dh x boleh mkn byk.Rasa sengkak separuh mati
  • Gerakan dn tendangan anak makin dirasai..Dulu x rasa sgt, probably prot ini terlalu tebal kot.*huhuhu..*
  • Kelenjar peluh merembeskan peluh dgn dasyatnya. Hasilnya berkemban sepanjang masa di rumah. *err kalau nk bkemban ke ofis aci tak?..wee~*
  • Air kena minum lebih 2 liter sehari makanya makin kerap lah ke tandas.
  • Rasa berdebar nk bersalin makin terasa
  • Mood mula makin cranky atau kata lain makin mengada2..*aduhai..dh nak jadi mak org kot*
  • Heartburn yg dasyat di alami. Tak leh mkn mknn bercili langsung
  • Terdapat entiti susu di "sepasang kembar" saya.
  • Jln makin tkedek2,dn cepat semput

Heh.itu yg berlaku minggu ni lah..minggu akan datang sangat xde idea..hoho..

Cadang nak buat scan 4D hari Isnin ni..tapi betulke kata org dh lepas 30 weeks susah nk nmpak??hmmm..sebelum ni x buat sbb perutku ada lapisan lemak yg sangat tebal..Maka keberangkalian nk nmpak tu susah. So, x kuasa i nk abiskan duit yaww..baik tunggu dh besar ni, baru puas jiwa dn raga..

Baca blog mummies yg lain scan 4D boleh dpt below RM 100..apesal la kt tmpat sy ni sampai RM 160???ohh..sungguh HIPERBOLA!Tapi kerana anak ku turutkan jua..

Petang ni nk sopping barang baby! wohooo!!...seronok2..

Till next entry..XOXO..
Read more

Thursday, December 29, 2011

Tak Lapuk dek Hujan, Tak Lekang Dek Panas

Pejam celik, terkelip2 dah laama sgt la tak hapdet blog ni..dah makin usang je aku nengok..last entry dated 10.7.2011. Ohhh~

Life as Puan Nadira runs smoothly.Bersama2 Mr Teddy tersayang melayari bahtera alam rumah tangga..eceh..Dah jd bini org mana nak sama mcm anak dara dulu..ye tak??dulu kita fikir diri sendiri je, skrg ni perut laki pun nk kena pk.takkan la nk biar laki x mkn.uhuk.

Pagi smpai ptg di ofis, balik umah je seorang isteri la sy..heh..umah kena kemas, dapur kena berasap. mlm plak nk bmanja dgn suami tsayang..pastu tido..pastu sama je hari2 berulang. Maka xde kesempatan nk update blog..*alasan je mak cik oi..org lain boleh je update..*

Yg sebenarnya..Sebab paling utama blog ni dh lama tak hapdet...

Kena berebut LAPTOP dengan MR TEDDY!!

uhuuu.laptop sendiri adik dh kebas, terpaksa menempel di laptop suami. Dia nk guna kena bg la..kalau tak ayat ini akan kedengaran...

"Ni laptop abang..pi main jauh2.."..huks..


muke sadis kena halau..


Rasanya berita gembira masih belum dikongsi bersama bloggers yg lain. Bloggers B2B pun makin lama makin ramai.Yang ex-B2b ramai yg dh jadi Mummy and M2B..So, tak ketinggalan bg sy juge utk mengatakan yg sy pun HAMIL...*cis..perkataan skema*..

30 MINGGU!!




ahaa..dh memboyot, jln terkedek2,baru nk bgtau..Sy kini sedang menghitung hari..eh,minggu..

Pada asalnya hajat hendak dikuburkan saja blog ini..tp bila tgk ramai ex B2B dh jdkan blog mereka sebagai jurnal bergelar ibu, jumpa plak group " I'm a Mommy, I'm a blogger " di Fb..tiba2 semangat tu dtg balik..teringat masa wedding prep..Bloggers really help me a lot!!!..sy manage my wedding ALONE!!!..*kembang idong..hmmph...hmmph*

So, wlaupun dh terlambat..sy harap sy masih belum ketinggalan utk share experience saat2 akhir sy ni..hehe..since brg baby pun sy tak beli lagi kira ok la kan?  Pengalaman bsalin pun blum lagi..heheheh..cara2 jaga baby..oh excited nak sharing dgn Mommies yang lain..

Checklist brg baby pun tunggang langgang, mcm mana nk pantang pun masih blurr..inikan nak jaga baby..Ohh takutt!!!

InsyaAllah kita sharing2 ya mommies..Sharing kan sexy!! *dh mcm ikan mas tgolek2 sexy ape kejadahnya!!*..

Till next entry!XOXO


Psst..tau apa yg paling saya takut??bukan bersalin..tp, takut nk pegang baby yg sangat kecil dn lembut..weee~
Read more

Sunday, July 10, 2011

Seorang ISTERI di mata SUAMI

Salam buat semua.

Sering kita dengar betapa besarnya seorang suami bagi seorang isteri. Ingkar pada suami jgn berangan nak cium bau syurga.

Bila ada pasangan yang berkeputusan untuk berkahwin, persiapkanlah diri masing-masing.Dari segi fizikal,jiwa dan juga emosi. Dan banyak lagi. Pendapat,cara hidup,hobi,makanan kegemaran. Dan macam2 lagi. Macam saya katakan tadi,keseluruhannya anda perlu bersedia.

Ada yang berkata, perkahwinan merupakan satu tiket untuk yg haram menjadi halal. Ada juga yg menyatakan untuk menyatukan yg dua menjadi satu. Kahwin juga untuk hidup bersama yang kita sayang dan kita cinta setiap masa. Kalau tak bagi kahwin sanggup lari pegi Golok untuk dpt lesen. Bak kata orang, *i cannot live without u lah..*.Tapi bagaimana pula perkahwinan tanpa rasa cinta?? Arranged marriage ataupun bouncing marriage?? *bouncing marriage is kawen sbb frust dgn org lain,end up terima org lain sbb org tu lagi syok kat kita*..


" Saat si SUAMI selesai melafazkan akad dengan sempurna, saat si ISTERI mengucup tangan SUAMI, maka berpindahlah keseluruhan hidup si ISTERI itu pada SUAMInya"




Maka wajiblah si ISTERI menerima fitrah yang telah ditetapkan dalam hidupnya.


  1. Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga
  2. Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.


Kehidupan berumah tangga bukannya satu perkara yang mudah. Nampak macam mudah, namun hanya orang yang telah bergelar isteri lebih faham maksud saya. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan seorang insan bergelar suami.Berada di belakang suami walau apa jua keadaan. Sentiasa menggembirakannya, menjaga makan pakainya,manjakannya dan belainya. Jangan sesekali mengutuknya,mencacinya atau seangkatan dengannya.Kerana seburuk manapun dia,dia tetap SUAMI kita.

Dibawah ada beberapa tips untuk para isteri dan juga bakal isteri untuk menjadi isteri dambaan suami..:)

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.








Jika anda yang membaca entri kali ini sudah bergelar isteri,lepas ni peluklah suami anda. Kucuplah di sebagaimana dia telah menjaga anda dengan sebaiknya. 


Jika anda bakal bergelar isteri,maka persiapkanlah diri anda untuk menjadi yang sempurna di mata bakal suami anda..:)..






*All piccas credited to MR GOOGLE




k..GTG! tata~
Read more

Sunday, June 12, 2011

Demam KENDURI!!

Salam buat semua bloggers.Buat b2b dan juga ex-b2b tersayang.Buat b2b baru.Salam perkenalan dari Puan Nadira.Ehem..ehem..*sedang membiasakan diri dgn gelaran PUAN..padahal dh 4 bulan kot..ngeee~*

Agak lama jari jemari ini tidak menari2 di keyboard laptop mencoret coretan persiapan kahwin.Almaklumlah dh kawin dh pun. Persiapan kawin hape lagi..Tapi sy x lupe jenguk2 page blogger brides and also jenguk2 blog b2b yg baru join.~

Pada awalnya sy terfikir untuk kuburkan saja blog ini.Tapi adakalanya sy gemar juga membebel.:)..

Di saat ini, terus terang saya katakan yg saya sgt2 rindu uruskan majlis perkahwinan.Rasa mcm nk kawen lagi skali pon ade.oh tidakk..rase nk uruskan wedding lagi sekali..could be anybody..adik2 sy kecik2 lagi..*haih..pasrah..*

Musim cuti sekolah.Pheww!.Cukup banyak jemputan kahwin. Hingga terpaksa limit pada 3 buah rumah saje.Bukan ape,perut dh cukup penuh.*kang ade pulak yg terbaring kekenyangan tgh jalan*..Konon nk diet..*lepas kawen badan mengepam kalah belon panas udara!!!*..punah semua lepas jumpa lauk kawen..

Bila ke kenduri,sy suka melihat2 perjalanan majlis,kadang2 ada benda2 remeh yg kita terlepas pandang. Benda penting seperti menu dan kuantiti makanan seringkali menjadi 'kecacatan' UTAMA utk setiap majlis. Diikuti pula dgn DJ, susun atur dan segala bagai.Bukan sy nk kata majlis saya dahulu cukup sempurna.Tetapi sy ingin mengingatkan b2b yg lain agar tidak ulangi kesilapan yg sama..:)

Contoh satu majlis yg saya hadiri.Majlis dibuat di dewan. Seperti biasa pelamin di atas pentas. Pukul 1.00 tghari, meja beradap berhadapan pentas masih kosong.Sy pelik,kenapa kosong??..tiada makan beradapkah??..Kemudian pengantin tiba..mula berarak masuk dewan,dan dikala itu sy lihat pekerja katering kelam kabut susun meja beradap.Bayangkanlah..dgn org yg berpusu2 nak ambil gmbar,dgn pengantin hampir berlanggar dgn pekerja katering.Penyudahnya..meja beradap disusun 'cincai'.Pinggan dan cawan juga plastik seperti pinggan tetamu lain..

Meja beradap adalah antara yang penting.Kenapa terlepas pandang?

kalau saya dh jd mcm ni dah


Byk lagi yg kita kena ambil perhatian.Jangan serahkan bulat2 pada keluarga anda.Anda juga perlu terlibat. Saya dulu,sayalah pengantin,sayalah yg cat rumah..:)

Untuk yg baru bertunang,bru dirisik dan baru merancang.Banyak yg perlu anda perhatikan..Top of that of course bajet anda.Siapa kata wedding bawah RM 15k x boleh meriah??Boleh..kalau anda benar2 yakin dan terlalu mengharapkan majlis anda seperti artis dan juga selebriti yang lain..

Jadi bebelan sy selepas ini akan menjurus ke arah permulaan perancangan perkahwinan.Back to basic.Khas buat b2b baru di luar sana. Sy x charge tau.Free consultant..ahahahah..

Because i care.Sy nak semua b2b diluar sana akan mnjadikan hari bahagia mereka satu kenangan paling indah dlm hidup mereka..

happy always on ur big day

Ok.till the next entry ya??..xoxo..
Read more

Thursday, April 14, 2011

LooKing for OP with Great Quality and Reasonable Price?

Salam buat semua.

Rindu berblogging.Masa bergelar Puan Nadira yang bertambah padat menghalang saya utk terus mem'blog' macam biasa.Kadang2 hanya sempat jenguk2 status B2B di facebook. Ahli Bloggers Bride pun dah makin bertambah..Makin ramai yg nk kawen rupe2nye~..Nak kawen lagi boleh??theeee..hehehe..

Ok lah..Straight to the point..

Dlm uruskan hal wedding ni one of the MOST thing yg sgt2 memeningkan kepala is searching+surveying and also deciding the Official Photographer for your big day.!!.

Choosing the right one bukan senang Okeh.Saya sendiri mngambil masa setahun untuk survey.Quotations??huh..xde satu pun yang menambat hati.

Some people said..

"Buat apa habis duit untuk Jurugambar??..Membazir aje"

HELOO!!..saya lebih rela duit habis untuk gambar yg akan disimpan hingga akhir hayat daripada benda2 lain yang ke'megah'an itu hanya bertahan selama seminggu, dua minggu mungkin hingga org berhenti bercerita tentang 'mewahnya' majis anda..Anda faham maksud saya?

Memperkenalkan..OP saya..TEMPEH CHRONICLES!!!

Terdiri daripada 4 jejaka ..hehehe
The new team consisting of 4 talented,friendly,energetic and creative with brilliant ideas. They are Mr Ikhwan,Mr Bahrein,Mr Jamal and Mr Daniel. Working with them seriously happening gile!!.Fun and enjoyable.Mcm2 aksi dpt saya tgk.Mereka yg beraksi okeh?bukan saya...hehehe..sampai terbaring2..asal dpt angle cun terus snap..salute laaa..

Ketika make up

Bayangkan tgh make up,4 org snap2 pic anda..terasa mcm artis tak??ahahahha..perasanlah kau ira..

They put a reasonable price.Seriously worth it.Their work had its own value. Bukan mcm certain OP yg hanya  ambil gambar jenis tangkap muat.Kita tgk pun rasa mcm x puas hati.Or certain OP yang when it comes to editing gambar agak berlebihan mcm nmpak sgt gambar itu fake.Each of the pictures has its own meaning and moments to remember.

The most important they really understanding in any situation they faced during the day. Pinggan xde di meja kek,Saya yg tiba2 senggugut hari majlis,Saya dn suami dtg lambat di lokasi outdoor.Agaknya mungkin sejam jugak mereka menunggu. *maafkan saye yee...* Tetapi hasil kerja yg mereka berikan tetap berkualiti. Ada umph laaa..:P..And if u like any pose tat u have seen before,atau tiba2 teringin nak bergambar ats pokok ke..just tell them..they will fulfill your wish..*err..boleh ke abg wan?..heheh*


Say aaaaaaaa

Pakej yg saya ambil..dari nikah,sanding dan bertandang.Full event,including outdoor photo shoot.With No limited time.And trust me it is still below RM 3k..Best kan??

Boleh buat poster movie nih!

weeee~

Cantik tak saya?eh..cantik tak gambar ni?hehehe
Walau dimana saja anda berada.Just name it.They will give u the affordable price.As long as within Malaysia lah..Kalau luar,sy x tau,kena tnya sendirik..hehehe..

Sesungguhnya saye x mampu melompat..heheheh



I strongly recommend u guys dgn OP nih.Seriously u wont regret it.They can tolerate with customers,and will give u the best service ever.



Interested??just call them..


Ikhwan Wan-0123888617
Bahrein Mohamed-0126476558
Daniel Rusli-0196740447
Jamal Naz-0173606567

Since the group is new,the web is under construction..however i'll give the link to their own blog.Just click on their names..Ok??

Ikhwan Wan, Bahrein,Daniel.

Till then...:)


Read more

Thursday, March 17, 2011

Cuci mata untuk Majlis Tandang saya~ 27022011

Salam buat semua.

Sejak dua menjak badan cukup letih.Terasa nak tido sepanjang waktu.Kepala pun pusing2.Haih.Cabaran awal dlm nk menyesuaikan diri bergelar isteri.

Anyway mari cakap tentang majlis tandang saya.Wat i loved most is the color of my baju and my make up!!
Nak dijadikan cerita when i pg make up tat morning i terpandang magazine yang ada pic Ayu Raudhah and her Hubby.Suddenly my MUA kata

"Her make up is nice.Simple but Sweet.Ko nak aku make up ko mcm tu??"

"Eh..Serius ke ni?boleh ke muka saya jd mcm ayu raudhah??"

"Boleh je..Kalau ko nak laaa"

Bodohlah saya kalau saya menolak...

"NAKKKKKKK!!!!"

Selesai make up rombongan bergerak.Majlis di rumah MR TEDDY tak byk masalah yg timbul.Probably itu adalah majlis ke 3 bg keluarga mereka maka mereka dah biasa.

Yang i perasan,mak cik MR TEDDY mcm jadi penasihat for that majlis.Daripada kami mula berarak,mak cik itu sudah mengeluarkan arahan2.

Saya senaraikan apa arahan2nya ya??

Semasa mula berarak:

"Jalan perlahan2..Senyum..Pengapit,pegang kain pengantin perempuan"

Semasa sampai di pintu rumah

"Salam mak dan abah dulu"
"Jalan ke pelamin"

Masa tepung tawar,dia yg menjemput ahli keluarga saya untuk menepung tawar

Semasa potong kek pun,dia yg bg arahan.Masa mkan beradap dia yg tolong hidang.

See??teratur kan??

Memang kita rasa leceh sbb satu2 kena ikut,tp trust me..perjalanan majlis anda akan jadi lebih teratur..:)

So..why not u all pilih sape2 dari ur family utk jadi wedding coordinator kan?:)..

Seperti biasa...Time for piccas..

Adik saya yg setia mengelap peluh saya..hekhek

weeeee~

:)

Outdoor session

Ohoiiiii...


Heheheh..till the next entry..About the vendors~
Read more

Monday, March 14, 2011

Edisi Sanding 260211..MERAH itu CINTA..HITAM itu MENAWAN..SILVER itu ANGKASAWAN???

Salam buat semua.Late update.Dah seminggu baru nak update.huh.Kesian bloggers lain tertunggu2.*bajet org tggu entry ko??perasan*

Sebelum kita berbalik pada topik izimkan sy bertanya.Normal kah lepas kahwin badan naik mendadak??Serius x tipu.Jawab dgn jujur.Dalam tempoh 3 minggu berat saya naik 5kg??Penimbangkah yang menipu?atau mata saya yg menipu??atau..ohhh..*alasan org yg xleh terima kenyataan*.Ada yg berkata,ber'isi'kah???

( 0 : 0 )

aaaaa....mana mungkin..bunting pelamin??ohh..benarkah??.err..apa2 pun tggu saje 'bulan' muncul akhir bulan ini..kalau tak..

(@_@) Y

Hari sanding saya.Bermula dengan hiasan meja beradap dan juga centrepiece.Saya menggubah dan menyusunnya sebelum bergegas ke butik jam 10.00 pagi.Selesai make up jam 12.30 tgh saya pulang ke rumah.
Orang mula membanjiri perkarangan rumah saya.Saya pula terus bergegas masuk dlam rumah.Ada kawan2 yang memanggil2.Ikut hati nak je pergi bawah kanopi dan membuat hiruk pikuk bersama mereka,tp saya masih waras!Pengantin lelaki belum sampai..*kena control ayu dulu..aha!*

Dibilik pengantin dikunjungi rakan taulan dan saudara mara yg ingin lihat pengantin *blush*..Ratu katekan..dengan crown 3 inci tinggi di atas kepala saya cukup untuk saya perasan sebagai permaisuri agung untuk sehari..*Permaisuri agung??..errr..ampun tuanku..patik ter'excited' jap*
Sesi bergambar x igt dunia,cam whore katekan..~wink

Tepat jam 1.15 MR TEDDY sms kata dah sampai..and dah nak mula berarak.Macam lipas kudung saya bergerak.Kelam kabut pengapit mengejar.

Tiba-tiba.....

Hujan selebat2nya!!tetamu yg dtg lenggang mak limah lintang pukang berlari masuk khemah.Yang berjalan kekenyangan,bertempiaran lari ke kenderaan masing2*confirm lapo balik*..Gulpp!!sy terkebil2..macammana MR TEDDY saya nak berarak??

Mata terlihat pula red carpet yg terbentang.Teringat pesan akak butik,*kalau hujan,gulung ya??*
ALAMAK!!!

Kelihatan kotak yg mengandungi paper bag doorgift pun kelam kabut saudara mara saya alihkan.

Gundah di hati hanya Allah saja yang tahu.Sungguh.Sebentar tadi matahari cukup ceria memancarkan sinarnya..Siapa sangka..Hujan ditengahari..weee~

"Hujan rahmat.." kata adik saya menyedapkan hati saya..

Saya hnya mengangguk..Bahu dicuit..

"Tak baling kain ke atas bumbung??" Soal kawan saya berseloroh..

"Eh..baling laa..baling 'spender' yg aku pakai seminggu tak basuh2"...*sengih macam kerang busuk*

Apa-apa pun senyum~

Makin lama hujan makin renyai,pengantin lelaki tiba depan rumah,dan saya dibawa menyambut.Heh..
Berjalan atas carpet merah,bersanding,senyum,tangkap gambar,senyum,makan,senyum,potong kek,senyum,tangkap gambar,senyum,jumpa tetamu,senyum,penat,senyum..huuuu..sumpah penat gila senyum..

Macam biasa,gambar2 yg saya rembat dari fb adik saya

The walkway

The dais

The cake

Bila jumpa camera..inilah hasilnya

weeee~


Ohh suka pic ini
Selesai tgk gambar mari saya bagi lagi nasihat..*bila nenek mula buka mulut*

  1. Pesan MUA saya,sebelum make up pastikan muka bersih dari sebarang dan apa jua cela.Jangan disapu sunblock ke.pelembap ke.Atau apa2 saja bendasing ke muka anda.Kalau anda make up nikah pada hari sebelum,gunakan make up remover dan juga baby oil dan dicuci berulang2 kali. Make up yg biasanya digunakan adalah 80% waterproof. Cth: MAC@Kryolan.Jika tidak make up anda akan bertampuk2.
  2. Jika anda baru beli lense berwarna,pastikan anda telah serasikan mata anda sekurang2nya seminggu dgn lense tersebut.Jika tidak mata anda akan berair2 dan berselaput
  3. Jika anda menyediakan doorgift yang cukup untuk semua tetamu..letakkan saja doorgift tersebut berdekatan meja buffet.Ini kerana x semua tetamu yg hadir akan bersalam dgn tuan rumah.Mereka dtg untuk makan~
  4. Pastikan ada pinggan kecil di meja kek untuk upacara potong kek.Takkan nk letak atas tangan kut.
  5. Kawal diri.walau mcm mana excited berjumpa teman2 lama jgn terlalu ghairah.Terpaksa control.Ratu katekan.
  6. Urus masa.Jangan terlajak.Nanti lewat untuk Outdoor.
  7. Jangan lupa saudara mara yang hadir.Ramah Tamahkan diri anda..Weeee~..
  8. Be Happy!!Its your BIG DAY!!
hehehe..usai majlis...sesi outdoor!!


Wink~
Till the next entry..xoxo..love all~
Read more

Tuesday, March 8, 2011

Saat diriku hak mutlak baginya~ 25022011~

Salam buat semua

Hari yang meletihkan,family mentua dtg menziarah.Maka berkelentung kelentang lah saya di dapur.Konon2 chef wan mula beraksi di dapur.Ape2 je lauk yang dimasak.Asalkan perut kenyang..weee~

Last entry,sy ada crita mengenai kesilapan yg biasanya berlaku. Tetapi itu secara general sahaja.

Kali ini mari saya kisahkan tentang hari pernikahan saya. Yang indah dan juga..err..kurang indah..hehehe..

Hari nikah saya jatuh pada hari Jumaat 25 February 2011 bersamaan 23 rabiulawal 1432H *ceh konon2 mcm hari raya plak..*

Cabaran bila buat wedding pada minggu bukan cuti sekolah atau apa2 cuti umum,maka sedara mara dtg betul2 pada hari Jumaat.

Si bakal pengantin~ iaitu saya *ehem..ehem..* mula bgn pada pukul 6 pg.bersiap2 untuk ke pasar utk mknan semasa majlis nikah.Pukul 10 sampai rumah,dpat panggilan dari saudara mara untuk uruskan homestay, pukul 12 OP pula call kata dah tiba.,maka bergegas pula untuk menjemput OP.

MUA saya call pula, appointment make up 2.30 petang. Saya yg keletihan baring seketika untuk melelapkan mata. Waktu itu jam menunjukkan pukul 1.30 petang.

Tak lama kemudian,saya terjaga,jam menunjukkan pukul 3.00 petang!!!!byk miscall dari MUA saya.Matilahh!!.Semua org kata terlupa kejutkan saya.

(T_______________________________T)


Mandi ala kerbau.Kelam kabut bergegas ke butik. Pukul 3.30 baru sampai.MUA saya muka dah lain~..ampun..sob..sob..lewat sejam!..x boleh dimaafkan!!
Macam lipas kudung saya dimakeupkan.Kadi dah pesan 5.30 petang mesti ada di masjid.Gullpp!!!

Selesai bersiap 5.10 petang.Mr Teddy sudah ada di masjid.5.25 sampai rumah.Ramai yang belum bersiap.Sya gelisah.Macammana ni??Ahli keluarga Mr Teddy dah call cakap kadi suruh cepat..

ohhhh

End Up Mak Cik Saya Keluarkan Arahan~

"Cepat bawak pengantin ni ke masjid..Yang pentingnya pengantin!!!"

Saya ke masjid, hanya saya,mak,mak cik dan pakcik..Kami berempat..hanya berempat...bayangkanlahh...~

Sampai masjid..Majlis dimulakan.Nasib baik khutbah kadi berjela2.Dapatlah ahli keluarga saya yang lain sampai sebelum lafaz.Alhamdulillah selesai sekali lafaz.Saya bergelar MRS TEDDY!!!weee~

Setelah hari yang memenatkan terasa lapang dada saat doa dibacakan usai lafaz.Huuu~sayu rasa

Tengok Gambar Jom



ehh..bulat la pulak muka saya ni~
Heart dis pic!
haa..masa ni la 4 org baru sampai masjid..

Sedikit kenduri makan2 selepas majlis.Oleh kerana balik dari masjid agak lewat maka outdoor pun lewat.Huu~Tapi pic x dpat dari OP lagi.Nanti saya upload ya??


Sedikit pesanan buat B2B

  1. Pastikan time management anda betul.Jangan jadi macam saya terlajak TIDO!..phew
  2. Soal homestay,penginapan OP pastikan ada yang tahu jika anda yang uruskan semuanya,sekurang2nya hari majlis anda hanya berehat,bukannya terkejar2 macam saya
  3. Oh ya tentang inai.Jangan balut dengan plastik.Kelak lambat kering~
  4. Kalau ada sesi outdoor lepas nikah kena betul2 fix time (for those yang nikah lepas asar)
  5. Walau letih dan x larat mcmmana sekalipun anda perlu SENYUM~ kerana anda xkan sedar bila masa OP anda akan snap gmbar anda
  6. Be the prettiest!!heheheh

Ok..till the next entry..xoxo..love all






Read more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails