Tuesday, March 13, 2012

Rentetan Kelahiran Si PERMATA HATI~

Salam buat semua.

Baru pulang berpantang dari rumah mentua. Belum habis pantang, baru hari ke 16. Pulang awal sebab terlalu byk appoinment di hospital. Duk di rumah sendiri, sekangkang kera je dengan hospital.

Setelah 16 hari, barulah sedia nk berkongsi pengalaman bersalin, walaupun berakhir dengan perut dibelah (c-zer) tapi rentetan sebelumnya haruslah dikongsi kan?pengalaman ngeri dan dasyat jgn disimpan di dlm peti *heh..merepek lagi*

Bukan rezeki saya utk melahirkan anak secara normal. Walaupun bersungguh2 saya mmg mahu bersalin normal. Mahu rasa apa itu erti perjuangan seorang ibu. Erti kesakitan yang ditanggung yang hilang sebaik sahaja terdengar tangisan bayi kesayangan.Ohh..ruginya diri ini..Kata orang,

 "sekali dah c-zer,lepas ni c-zer aje laaa" 

benarkah pepatah bukan org tua2 itu?apa benar sy xde peluang merasai kesakitan itu??ohh..

Jika ditanya mahu beranak lagi kah?of course jawapan saya mahu!!kerana saya mmg x rasa langsung kesakitan itu melainkan rasa macam tak ada kaki sebab dah dibius dari pinggang ke bawah...Tapi bila di ingat kembali pengalaman VE @ DISELUK..itu yang buat saya berfikir semula.

Entri ini panjang ya? saya malas nak buat byk version.Kasi sumbat semua..heheh..

23 Februari 2012.
Saya serah diri di hospital atas arahan doktor saya akan diinduce pada 24 Februari 2012 atas sebab tekanan darah tinggi. Datang drive sendiri, angkut beg sendiri jalan pg labor room dgn selamba, ckp kat nurse
"Saya nk serah diri untuk induce esok!" sengih mcm kerang busuk.

Bila ditanya mana suami, saya kata pergi kerja.Nurse mula membebel.Suami tak bertanggungjawab lah, tak syg bini lah..Haih..itu tak penting bg saya.Lagipun bukan sakit lagi.

24 Februari 2012 - 7.00 pagi
Saya dipanggil ke bilik prosedur untuk masuk ubat...dibawah..Dr perempuan india,  menerangkan yang ubat akan dimasukkan 2 kali. Kalau cervix tak dilate @jalan x buka..Maka perlu C-zer..

Zuup. Sambil bersembang dia terus seluk. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Terkapai2,terkial2 saya menahan sakit. Dr suruh saya tarik nafas dalam2,relax, jgn kemut. Tapi dia masih lagi merodok dgn ganasnya sambil bercakap2 dengan Dr lain dlm bilik yang sama. Tengah checking mungkin..

" Posterior soft, station 2..bla..bla..bla..OS close "

Dia tarik tangan keluar. Fuhh lega. Kemudian..

"Ok saya nak masuk ubat..tahan ya?.."

"WHAT???!!!!mati2 saya igtkan dia dah masukkan..Habis td dia buat apa?? Sekali lagi bahagian itu digodek.Kali ini impak lebih kuat sebab Dr perlu menolak ubat itu sedalam2nya. Katanya untuk elakkan ubat itu terkeluar.

Setelah selesai Dr suruh saya berbaring selama satu jam. Kelihatan glove yg dipakainya ada darah.GULP!! patutlah sakit gila.

"Pukul 1 nanti kita cek bukaan, kalau tak buka esok kita masuk ubat kedua."

Saya jalan mengengkang kembali ke katil. Sungguh terasa seperti baru lepas dicabul..huuuu..sakit dan pedih masih terasa.

8.00-12.00 pm saya bergerak seperti biasa. Tiada langsung contraction atau sakit. Dalam hati dh mengagak, confirm tak bukak lagi.

1.00 pm saya dipanggil lagi ke bilik prosedur untuk cek bukaan. Kali ini 2 Dr dan keduanya HO. Sebelum seluk mereka bersembang2 dan bergosip2 depan saya. cerita pasal si polan si polin. Bla..bla..bla..saya hanya mengeluh dlm hati..Mana etika Doktor??Sampai kan saya dah mengangkang pun mereka masih bersembang depan kangkang saya..*memang saiko*

Tiba2..zuupp..saya terus diseluk!!!!terkejut bagai nak rak. Terkial2 sekali lagi saya menahan sakit. Memang dapat rasa Dr itu menggerakkan jari2nya seakan tak pasti. Muka dia pun seakan tak confident.

"Eh..aku rasa posterior dah bukak tapi dalam dia macam tak bukak.."

Sambil godek sambil dia explain kat kawan dia.*sabarlah wahai hati*..dia terus menyeluk lagi dalam..sumpah mmg rasa nak tendang je masa tu. tak lama kemudian dia berhenti dan berkata

"Ko test plak confirmkan." katanya pada Dr lagi satu..huwaaaaaaa!!!!!

Dr yg kedua lebih berlembut. Dia biarkan sy lebih bertenang dan relaks..

"Ok dah.mmg tak buka lagi.Esok masuk ubat kedua ya?"..

Sekali lagi sy pulang mengengkang ke katil.Kali ni saya menangis semahu-mahunya gara2 terlalu sakit diseluk.

Petang itu saya dh mula rasa mild contraction.Makin lama makin kuat.Tukar la posisi mcm2 tetap sakit tu tak hilang.Perut mengeras,sakit menjalar ke pinggang.Family yang datang melawat semua saya x endah gara2 melayan sakit.Sebab tak tahan, saya tertidur.

Pukul 8 mlm saya terjaga....sakit itu....hilang!!!hilang sama sekali!!...saya pelik, td sakit bukan main..kenapa pula hilang..Akhirnya saya mula pasrah..mula persiapkan mental dan fizikal untuk czer sahaja walaupun ubat kedua belum lg dimasukkan.

25 Feb 2012

7.00 pg..Ubat kedua dimasukkan, kali ni doktor lelaki cina. Uhh..Dah malas nak pk malu..lantaklah..Kata ibu saya doktor cina itu doktor senior,mmg expert bab2 czer. (Ibu saya staff nurse di hospitaltersebut).Nasib baik kebetulan hari tu dia yg on call. Andai kata saya perlu czer, dia lah yg akan membelah perut saya.

8.00-1.00 ptg. Langsung TIADA contraction. Saya masih boleh bergelak ketawa dan berjalan2. Memang sah jalan tak buka.

Saya dipanggil doktor cina itu sekali lagi untuk cek jalan.

"Operate sajalah. Satu ubat RM20, dua ubat RM 40." Bebel dia pada saya.

Zupp..Dia menyeluk.Sekejap sahaja, dia senyum

"Totally closed!..Ready for Czer!" aduhai

Tiub kencing dipasang. Sumpah tak selesa. Libang libu jadinya.

Tepat pukul 3 saya ditolak masuk ke dewan bedah. Dipasang drip di tgn kiri dan kanan, dicucuk bius di tulang belakang. Serta merta saya rasa seolah2 tiada kaki.

Bila semuanya sudah sedia saya nmpak doktor cina itu dengan muka selamba dtg untuk mula membelah. Saya dpt lihat melalui pantulan cermin lampu di atas saya. Selapis demi selapis perut berlemak saya ini dibelah. Darah usah cakap, membuak2 keluar.

Sampai satu lapis, dengar pula air bekocak. Saya dapat agak, itu air ketuban. Kelihatan doktor guna alat macam vakum sedut air ketuban saya. Sampai satu ketika..

"Im pulling the baby"..

Bergoyang2 bdn saya ke kiri ke kanan.Memang nmpak dia masukkan tgn dlm perut saya. Badan saya bergoyang lagi. Saya nmpak kepala baby. Doktor menarik lagi. Nmpak bahu...akhirnya anak saya berjaya dikeluarkan dan terus menangis..menangis dan menangis semahu2nya. Alhamdulillah.. menitis air mata saya. Dia sempurna. Dia sihat.

Nurse hulurkan dia pada saya dan suruh saya tgk jantina baby. Setelah itu saya dibenarkan untuk cium pp baby sekejap sebelum nurse bw baby pergi.Dan doktor teruskan menjahit kembali perut saya. Memang doktor itu sgt cekap. hanya mengambil masa 30 minit dari mula perut saya dibelah hingga selesai dia jahit kembali.Kata suami saya dia keluar dari dewan bedah dgn muka selamba seperti baru lepas menyiang ikan..huhu

itulah rentetan kisah saya.Daripada diseluk, contraction main2, dan sampai perut dibelah.Walaupun saya tak dpt berjuang dalam melahirkannya, tetapi sy tetap bersyukur kerana dia sihat dan sempurna.  Allah lebih mengetahui. Maha mengetahui. Hanya DIA yg tahu yg mana terbaik untuk hambanya...Syukur padaMU atas anugerah yg tak ternilai ini. Tarikh 25 Feb 2012, genap setahun ulang tahun perkahwinan saya dan suami 25 Feb 2011.. :)..Amin..


13 comments:

Mrs Zulkarnain said...

hai.
awak boleh rasa ea masa czer? saya tak rasa sikitpun. huhu. lagi loser tau. tapi betul la bila fikir pasal seluk tu. nak marah pun takguna. ada doc yg reti buat lembut2 ada doc ikut-kan hati dia jek. utk 2nd baby, saya harap boleh bersalin normal :)

ctmah said...

Insya Allah blh bersalin normal..
btw, congrats dear.selamat berpantang ek..bila baca cite u rasa cam ngeri jek..apa pun, kita doa yg terbaik ek

Aty Fared said...

macam yg saye mimpi sebelum ni..gi spital sorang2 drive n mendaftar sendir takde suami..lepas tu kene czer..:) tapi walau apepon..kedua-2 dah selamat..tu yang penting..alhamdulillah..:)

azzpinky said...

Hye dear...Alhamdulillah sudah selamat semuanya...

hurm...u pegi GH ea? sy bersalin aritu kat swasta, Alhamdulillah pglmn yg memotivasikan utk bersalin kat sana lagi nnt...

sy pon c-ser, but syukur adegan seluk2 tu hnya 3-4 kali je sblm doc decide to c-ser...n pglmn seluk sy even 2 doc berbeza yg lakukan, but 2-2 even prpn very gentle (kata org doc laki seluk xsakit sgt)...

harzharun said...

wuhuuuuu...
Mmg seluk tu sakit...
Masuk ubt induce tu sakit..
Rasa nk terajang!
I tiga kali bius..akhirnya bsalin normal..tp pakai epidural gk sbb dah 3 hr sakit,xde tenaga dah...ms nk push rasa cm nk berak je....

Unknown said...

thanks dira for sharing.terus teringat setahun lepas sy bertarung maut mcm dira jugak untuk lahirkan ilyaas.
kisah sy lain sikit dr dira, tp end up emergency czer full bius tanpa sedar anak dah keluar dr rahim..dan mungkin juga anak sy dah disumbat susu formula sblum sy sedar dr bius tu..

sy induce guna air je..tp hampir 10jam, bukaan dah 8cm, kepala baby tak nmpak..doc suruh czer takut apa2 jadi kat baby sbb dah lama sgt sakit..

find out kepala baby sy senget dr laluan ke pintu rahim disebabkan tali pusat menempek atas muka dia

~ NANA ~ said...

erkkk ngeri la bab2 seluk ni...huhu

btw still blh bersalin normal after czer tp ada jarak brp tahun ntah...i prnh tny doc pasal ni...hehe

congrats k! :)

pizet said...

pz anak sulung sakit sikit-sikit dah pegi spital kena la seluk byk kali jugak..bab seluk tu memang ngeri bila ingat balik..kena induce pun smpi 3 kali, sakit contraction lama, darah naik

anak kedua dah sakit sangat2 baru pegi...dah contraction menggila bila kena seluk yang cuma sekali tu memang x rasa ngeri dah...tapi kali kedua lebih sakit masa menjahit..rasa nak tendang ja nurse tu

pz doakan nnt anak second bersalin normal ya..mudah2an la kalau diberi peluang untuk normal kan

Nadya Zahid said...

adoiiiiiiiii..seram dgr cite u nih...i pon doctor dah bgtau awal2 most probably czer..tp i xkan tgk la ape yg jd..for sure i akan tutup mata or menangis coz i ni penakut!!!
skang pon dok pk cmne i nak lalui czer tu...ya rabbiiiiii..serammmmmm

mrs kayrul said...

seram gak baca kisah seluk menyeluk nie...memang sakit la bila kena seluk nie...tambah2 bila seluk sesuka hati jer...

sarahsayangjiman said...

Congratulations!

tak sabar utk my turn plak..

Murni Nasir said...

ya Allah..
kisah kita hampir sama.. saya jugak akhirnya kene c-zer sebab bukaan sangat lembab..!! 8 jam sakit hanya 6cm je bukaan.. juga kene induce 2 kali.. kali pertama sebab ubat tak menyerap.. masuk ubat kali kedua terus menangis berjurai² air mata..
alhamdulillah, walaupun c-zer, anak saya sihat & selamat..

anak saya pun full FM lepas umur 3 bulan..bukan sebab susu takda, tapi sebab mak yang jaga my baby di seremban, while saya di putrajaya.. try jugak pam tapi bekalan makin hari makin drop..yelah, sebab baby tak hisap, kan.. but my baby sangat² sihat & tak pernah demam sampai laa umur 8 bulan baru dapat demam sekali.. alhamdulillah.. ^_^

*eh..panjang pulak komen saya nih.. hehe..

Unknown said...

hai..saya pon bersalin czer..tp ada kisah disebalik kisah..ada masa jom baca kisah pengalaman bersalin saya dan komplikasi yg dihadapi ohttp://www.noratikasobri.com/2013/01/pengalaman-bersalin-part-1.htmlleh sy di ... nnt ada masa follow sy semula yer tq ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails