Monday, January 16, 2012

Berpantang..??..Sediakah anda??

Salam buat semua.

Bagaimana hari anda?saya makin hari makin lemah.Perut dh makin berat. Tiap kali check up di KK confirm naik 2 kilo lebih. Ohh anak, makin membesar bagai juara ya?Dulu masa 2-7 bulan usia kandungan nak naik 1.5 kilo pun payah. Huuu~..Perubahan diri saya:



  1. Badan makin cepat panas, mandilah berapa kali sehari pun peluh tak henti2 keluar. *dulu masa gigih jogging nak diet xde pun keluar peluh mcm ni*
  2. Tidur makin tak selesa, nk beralih pun kena pegang perut alih slow2.Kalau tak, *dush* si kecik menendang.
  3. Semua bantal saya 'kongker'  sorang2. Kesian Si Suami, kdg2 tido pakai lengan.*huuuu*
  4. Rasa nak tido sepanjang masa. Kat opis curi2 masa tido. Rasa masa tido lebih berharga dari makan.
  5. Asyik nak makan macam2.Naik pening Si Suami melayan kerenah saya.
Badan dah mengembang. Tengok cermin muka dah kembang,mcm2 lg yg kembang.Dah macam kuih bangkit terlebih baking powder.

Kata orang yg berpengalaman:

" Tak pe, masa pantang nanti ko diet la balik." kata akak A
"Alah, tak tentu jugak, mcm aku tak turun pun." kata akak B
"Masa pantang je berat turun, lepas tu ko bantai mkn macam2, naik la balik" Kata akak C
" Kalau ko pantang betul2, disiplin, ikut ckp bidan.InsyaAllah mcm anak dara balik badan ko.Tengok macam akak." Kata akak D sambil menayang body dlm kebaya nyonya yg dipakai. Gulp!


Hari ni mari bercerita tentang pantang. Adat berpantang orang melayu paling minimum 44 hari. Setengah org suka berpantang lebih hingga 60 hari dan ada juga yang berpantang hingga 100 hari!!* gile tabah ibu-ibu yg pantang 100 hari*

Ada yang betul-betul ikut cara berpantang, dah nama pun pantang, maka byklah pantang larangnya. terutamanya pemakanan. Bukan boleh hentam keromo je nak makan apa pun. Mari kita tengok makanan yang PANTANG untuk dimakan. Bukan pantang jumpa ya??

Ikan.
Ibu berpantang hanya digalakkan makan ikan segar. Dan elakkan ikan berduri dan berbisa kerana dikhuatiri duri @ bisanya terkena pintu rahim maka menyebabkan bentan:

  • Bawal Hitam
  • Terubuk
  • Pari
  • Sembilang
  • Parang 
  • Duri
Dan jangan makan ikan kering @ masin kerana ikan ini hanya akan menyebabkan darah nifas kita berbau busuk, dan melemahkan ketahanan fiikal dan mental. Orang pantang mental kena kuat!!!

Selain itu Ikan yang menyebabkan kegatalan dan alahan juga dilarang seperti:
  • Kembong
  • Tamban
  • Cencaru
  • Tongkol
  • Makanan laut seperti sotong dan udang
Manakala ikan yang AMAT disyorkan adalah ikan haruan dan ikan yu. Ikan haruan kaya dengan mineral yang boleh menyembuhkan luka dengan cepat, dan ikan yu dapat memperbanyakkan susu. :)

Asam pedas ikan DURI! tak boleh.

Sup ikan haruan..haaa ni boleh..

Ulam-ulaman.
Ibu berpantang amat digalakkan makan ulam-ulaman dalam menu berpantang mereka.Ini kerana ulam-ulaman ada byk serat,mineral, zat besi, vitamin dan bersifat antioksidan. Antaranya:
  • Daun pegaga
  • Pucuk mengkudu
  • Ulam raja
  • Daun lemuni hitam
  • Daun Kaduk
  • Daun Sekentut
  • Daun Pudina
  • Daun Kari
  • Daun Bebuas
  • Daun Ruku
*Sy x pernah dengar dan makan ulam2 di atas, kecuali daun pudina..weee~*

Nasi Ulam (ada daun pegaga, daun kaduk, ulam raja dgn daun sekentut!!)

Jenis Sayuran dan Buah-buahan
Ibu berpantang adalah dilarang memakan sayuran yang menjalar, sejuk dan berangin seperti:
  • Kangkung
  • Timun
  • Sayur Keladi
  • Pucuk Ubi
  • Pucuk Paku
  • Bayam
  • Kacang Panjang
  • Petola
  • Labu
  • Rebung
  • Kacang Botol
  • Jeruk Maman
  • Petai
  • Jering
  • Terung
  • Taugeh
Selain itu ibu berpantang juga tidak dibenarkan mengambil minuman yang bergas,sejuk dan tajam! kerana boleh mengakibatkan sakit tulang, sejuk otot dan sakit sendi. Seperti:
  • Air tebu
  • Cincau
  • Kelapa Muda
Buah Buahan seperti:
  • Nenas
  • Jambu
  • Belimbing
  • Durian Belanda
  • Mangga
  • Betik
  • Ciku
  • Langsat 
  • Tembikai
  • Nangka dan Cempedak
  • Pisang Nangka,Pisang Embun, Pisang Udang
  • Ubi Kayu
  • Keledek
  • Sengkuang
  • Manggis
  • Macang
  • Kuinin
  • Binjai
Jangan makan buah ini

Fuhh..Punya lah banyak x leh makan. Ni yang terasa *terpaksa* nk makan biskut dengan roti aje..huuuu~

Baru tengok menu, saya dah dpt agak berpantang mmg agak menyeksakan. Mungkin ada diantara ibu-ibu yang berpantang, makan juga makanan2 di atas. Semuanya ikut ketahanan badan masing2. Kalau kita pun tak pasti baik jangan makan, betul tak??

Bak kata akak D yang badan seperti anak dara kini:

"Pantang ni bukan jangka masa sekejap, untuk jangka masa lama. Nanti dah tua badan dah rosak buat apa? Jangan ikut orang, fikir badan ko"..*hmm ada betulnya..kita nk pakai bdn ni sampai tua kan?*

Disebabkan saya amat kagum dengan badan akak D yg sangat mcm anak dara bukan beranak 3 saya bertanya tentang amalannya semasa berpantang. Dia hanya senyum dan memulakan sesi ceramahnya pada 'first time mom yg sgt blurr dan konon nak tahu dan bersemangat nak berpantang dengan hasrat nak dapat badan macam anak dara balik'

Berurut
Urutan tradisional yang boleh melancarkan perjalanan darah, melegakan urat yg tegang, megeluarkan darah dan lendir yang kotor serta melawaskan nifas. 

Sengkak Rahim
Urutan pada rahim dengan tujuan menolak semula kedudukan rahim ke atas. Tapi hanya boleh dibuat setelah 2 minggu selepas bersalin setelah luka rahim telah sembuh

Berbengkung
Penting untuk melancarkan pengeluaran darah nifas. Disamping itu mengelakkan angin masuk melalui liang-liang perut. Dengan berbengkung dapat membentuk badan menjadi ramping semula, tapi pastikan benkung panjang menutupi pinggul dan peha. Kerana dikhuatiri bengkung yang pendek akan menolak rahim ke bawah, menjadi lebih rendah dan bentuk badan jadi tak seimbang.

Harus panjang begini okeh??

Bertangas
Membantu proses pengecutan salur sulit dan peranakan. Serta proses nyahtoksin melalui pengeluaran peluh

Bertungku
Mencairkan darah kotor dalam rahim dan melancarkan pengeluaran darah nifas.

Huuu..Ini antara yang penting dan digalakkan untuk dilakukan semasa berpantang. Biasanya bidan yang akan buatkan. Dasyat bukan?

Bidan boleh handle kehendak berpantang anda


Tapi bila saya tengok badan akak D itu, berbaloilah dia berpantang sebegitu, kerana kalau ikut kata akak A, B dan C badan mereka sy kira lebih 'berisi' selepas melahirkan.. Hummm..ohh sy x mau begitu..

Dan tambah akak D lagi:

"Menyusu badan, badan lagi cepat turun.."

Setiap penyusuan 500 kalori terbakar, sama dengan jogging selama sejam!..Baik duk menyusu, bleh rilek2..heheh..

Breastfeeding..nom..nom..


Ya!sy akan susukan anak saya dengan jayanya~..ohhh..

Ok then. Till next entry!

10 comments:

SUHAIDA said...

berdebar2 rasenyeeeeeeee

fana said...

Mkn kn jgif bg ss bdan

Erina Asmawani said...

thanks for the info..bagus ni..ley wat rujukan time pantang nanti..

dan betul la..skrg badan mmg selalu rasa panas, berpeluh je..uhuiii..mcm sauna..hehe

Aty Fared said...

cerite pasal tidor..memang betul..tidor lebih beharge dari makan..memang asyik rase nak tidur jer ar..huhu... part panas tu pon same gak..memang tak tahan berpeluh walau kipas meghadap direct paling laju pada saye..:)

~ NANA ~ said...

i risau la time berpantang nnti...sbb my mom x pernah berpantang, tibai je semua makanan...huhu

m@m@yAyA said...

hye salam perkenalan,

mintak sahre info yer..hadoi bla tgk pntg lrg yg perlu ms berpantang terpikir kuat ke x nti nk pntg 100 ari sdgkn shri pn lom thu bjya ke x..

apapun nti sm2la kta mengamalkan pantang nie erk tuk kshtn sdri jugak kn..huhu ayt nk sdpkan ati jer nie..*__*

izla said...

berpantang memang kene betol2..mcm saya x minum air rebusan mak saya buat. selalu ngelat. 2 kali demam waktu pantang. sian bby tak dapat nak direct feed. terpaksa perah dan bagi guna botol. huhu

amal said...

macam sume benda takleh makan ni ehehe.. tapi tu la, org kata kalo kita tak jaga betul2, effectnye mungkin tak nampak skrg tp bila kita dah tua nanti..

ReYNa said...

sy pon x tau lagi camne berpantang nnti.hhuhu.hopefully ok.skang ni pon dh start rasa panas2.kalo dulu takde kipas pon takpa.huhuh

Unknown said...

Salam,puan thanks utk infonya.. sy pun bakal ibu.. 1st time byk x tahu.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails