Sunday, July 10, 2011

Seorang ISTERI di mata SUAMI

Salam buat semua.

Sering kita dengar betapa besarnya seorang suami bagi seorang isteri. Ingkar pada suami jgn berangan nak cium bau syurga.

Bila ada pasangan yang berkeputusan untuk berkahwin, persiapkanlah diri masing-masing.Dari segi fizikal,jiwa dan juga emosi. Dan banyak lagi. Pendapat,cara hidup,hobi,makanan kegemaran. Dan macam2 lagi. Macam saya katakan tadi,keseluruhannya anda perlu bersedia.

Ada yang berkata, perkahwinan merupakan satu tiket untuk yg haram menjadi halal. Ada juga yg menyatakan untuk menyatukan yg dua menjadi satu. Kahwin juga untuk hidup bersama yang kita sayang dan kita cinta setiap masa. Kalau tak bagi kahwin sanggup lari pegi Golok untuk dpt lesen. Bak kata orang, *i cannot live without u lah..*.Tapi bagaimana pula perkahwinan tanpa rasa cinta?? Arranged marriage ataupun bouncing marriage?? *bouncing marriage is kawen sbb frust dgn org lain,end up terima org lain sbb org tu lagi syok kat kita*..


" Saat si SUAMI selesai melafazkan akad dengan sempurna, saat si ISTERI mengucup tangan SUAMI, maka berpindahlah keseluruhan hidup si ISTERI itu pada SUAMInya"




Maka wajiblah si ISTERI menerima fitrah yang telah ditetapkan dalam hidupnya.


  1. Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga
  2. Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.


Kehidupan berumah tangga bukannya satu perkara yang mudah. Nampak macam mudah, namun hanya orang yang telah bergelar isteri lebih faham maksud saya. Tanggungjawab kita untuk membahagiakan seorang insan bergelar suami.Berada di belakang suami walau apa jua keadaan. Sentiasa menggembirakannya, menjaga makan pakainya,manjakannya dan belainya. Jangan sesekali mengutuknya,mencacinya atau seangkatan dengannya.Kerana seburuk manapun dia,dia tetap SUAMI kita.

Dibawah ada beberapa tips untuk para isteri dan juga bakal isteri untuk menjadi isteri dambaan suami..:)

1. Isteri yang cerdik

Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga

Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.








Jika anda yang membaca entri kali ini sudah bergelar isteri,lepas ni peluklah suami anda. Kucuplah di sebagaimana dia telah menjaga anda dengan sebaiknya. 


Jika anda bakal bergelar isteri,maka persiapkanlah diri anda untuk menjadi yang sempurna di mata bakal suami anda..:)..






*All piccas credited to MR GOOGLE




k..GTG! tata~

4 comments:

Mia-Ina said...

suke sgt ble baca entry ni...mmg benar pe dia kata.....tp jd isteri sebenar adalah pabila tgl bersama2x mengemudikan bahtera rumahtangga..tu je yg mia x rs lg....tp bab mentua mmg kena jg selain dr perut suami & kecantikan peribadi se1 isteri.

:: Sarah :: said...
This comment has been removed by the author.
:: Sarah :: said...

berat tgjwb nk jd isteri ni...dh btol2 siapkn dri blh kwen...

bantal said...

susah jugak jadi isteri nie,kena banyak lagi perlu belajar nie....Tq...bagi tips...nie...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails