Saturday, March 5, 2011

The DO's and DONT 's during your BIG DAY and during the preparation

Salam Buat Semua.Selamat Pagi.Salam Sejahtera.Weee~

Pagi sabtu kena pergi kerja.Seriously malas nak buat apa pun*ampun bos*

Terus Terang saya katakan persiapan majlis kahwin saya semuanya diuruskan oleh saya.Daripada,kanopi,katering hinggalah ke bunga manggar,sinage dan rozek adalah diuruskan 100% oleh saya.Mungkin kerana dalam adik beradik mak saya,kenduri saya adalah yang pertama, saya adalah cucu terawal, dan  tiada lelaki dlm keluarga saya utk uruskan segalanya.

Saya impikan majlis kahwin yang tidak se'gah' mana.Cukup andai ada tetamu yg sudi dtg merai, dan mereka pulang dgn rasa puas hati dan gembira.


The Guests

Ohh..Lihat mereka senyum..hehe

Persiapan dibuat setahun lebih awal.Macam2 di rancang,tgk bloggers bride yang lain buat DIY saya pun nak buat juga.Tanpa memikirkan,kemampuan saya sendiri.

"Jujur saya katakan jangan terlalu mengharapkan majlis kita seperti majlis orang lain.Kerana majlis kita adalah majlis kita.Kenapa mesti sama dengan org lain?Jangan terlalu letakkan harapan yang terlalu tinggu dalam majlis kita,kerana percayalah,ia akan berubah menjadi sebaliknya semasa majlis."

Persiapan atas urusan kita,boleh dikatakan kita lah weddding plannernya..Tetapi masa majlis kita hanya boleh duduk atas pelamin dan senyum.Itu sahaja,tiada apa lagi yang mampu kita buat kalau tiba2 hal berikut terjadi:

"Mana guest book table?"
"Bising betul DJ ni"
"Eh..tetamu tu balik x dpt doorgift"

Paling kronik kalau kita terdengar org katering maklumkan yang:

"makanan dah nak habis..belum pukul 1.00 ni"

Tiada apa yang kita boleh buat,senyuman perlu terus ada dibibir kita..Ratu Sehari katakan..Tak kan kita nak kejar tetamu yg x dpt doorgift tu,ataupun sanggup turun pelamin pakai apron mula masak makanan tambahan?paling dasyat,pergi pada DJ dan jerit kuat2..

"PASANG LAGU YANG MENDAMAIKAN BOLEH TAK?????"

Itu yang ingin saya buat waktu majlis saya..(T_____T)

Ok.Majlis di rumah saya, tak semua berjalan seperti yang saya rancang.Atas sebab2 yang saya nyatakan.Ahli keluarga saya kurang faham perjalanan majlis.Saya senaraikan beberapa kekurangan dan tindakan saya untuk b2b lain ambil perhatian ya?

Katering

  1. Maklumkan pada pihak katering akan kedudukan mereka.Sediakan kanopi untuk mereka dan pastikan kedudukan mereka tidak terlalu jauh dengan buffet table @ buffet station
  2. Pastikan mereka datang awal 3 jam sebelum majlis.Jika ada centrepiece di atas meja ataupun ada makanan tambahan seperti.bubur,kuih muih,maklumkan mereka
  3. Pastikan ada 2 org pramusaji di meja pengantin.Semasa berurusan tanya mereka,jika tiada minta ahli keluarga yang jadi pramusaji.*ini berlaku pada saya..hari majlis,kami semua blurr,terpinga2...nak cedok nasi pun jadi x betul*
  4. Jangan agihkan penanggah terlalu ramai di meja buffet.Ruang jadi sempit




Kanopi


  1. Nyatakan susunan kanopi yang anda mahu.Jika mahu berarak,pastikan meja disusun memberi ruang di tengah untuk laluan pengantin. 
  2. Pastikan kedudukan meja buffet tidak terlalu rapat dengan meja tetamu
  3. Digalakkan buat buffet station di mana semua meja buffet diletakkan dibawah satu kanopi..*seperti di rumah saya,ruang jadi lebih luas dan tak mengganggu tetamu yg sedang makan*
  4. Pastikan warna scallop mengikut tema,begitu juga dengan riben dan alas meja.Pastikan sedondon
DJ
  1. Pilih DJ yg betul2 faham bahasa dan boleh ikut arahan
  2. Jika anda kata tiada karaoke.Pastikan mereka boleh ikut arahan tersebut.Jika anda kata mahu lagu yang sentimental pastikan mereka boleh ikut arahan tersebut.



Pelamin & Pengapit
  1. Jika anda buat pelamin di luar atau di bawah khemah,pastikan ada stand fan di kiri dan kanan pelamin.Kalau tak anda akan merasai kehangatan maksimum!!Percayalah..kipas yg dipegang pengapit anda hanya sekadar cukup syarat..xrasa angin!!!
  2. Jika anda kuat berpeluh,pastikan pengapit anda memegang berpaket2 tisu
Inai
  1. Jika gunakan inai pokok,pastikan tidak meletakkan sebarang bahan yang kononnya nak memerahkan atau menghitamkan..Sangat x cantik ok!!..Inai saya end up jadi tompok2 hitam..sedih..
  2. Jika mahu lukis inai,gunakan inai tiub yang tahan lama.Kalau x sehari dah hilang~


Huuu~..setakat itu nasihat saya..yang mana saya nasihatkan itulah kekurangan di majlis saya..*senyum*

Takpelahh..yang penting dah lepas..Tp pesanan terakhir dari saya sekali lagi, 

DONT PUT TOO MUCH EXPECTATION and DONT SIMPLY ASSUME..


Jumpa lagi di next entry..xoxo..love all


pose gedik dr saya

9 comments:

rini.borhan said...

btol tu..pling penting mate tak yah melilau tgk sape dtg..msti diigt kt tak kan sempat nk melayan kengkwn..tu gunanya guest book..pas majlis lei tau sape dtg..jgn jd cam hubby kt gambo sume mate melilau..die dok sbok tgk sape dtg..sob* sob*..sdey gambo tak cantek da..

Reen Tart Nenas said...

yg berkongsi, masa saye ari tu, untuk part katering memang katering yang uruskan. die dah brief awal2 apa yang perlu die buat and dtg rumah awal before hari majlis utk tgk tempat susun atur. tapi betul, kite tak boleh terlalu berharap sgt. unless, kite ada tenaga kerja yg cukup utk membantu kite pd hari tersebut.

nurayunni said...

bgus la blog nie...bnyk leh kongsi...

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum nadira,

thanks dear bagi good info n advices disini. saya paling suka dan setuju 100% dengan statement terakhir. "dont simply assumed" tak semua faham apa yang kita mahu even mereka ni nampak dah berpengalaman atau dah professional STILL mereka tak tau dengan jelas apa yang kita mahu. huhu.

ZE said...

thanks 4 sharing dear...suke!!! :)

gaun putih said...

dear, terbaik la entry ni. jaja akan ingat pesan kat atas smpai hari kejadian, insyaAllah :)

choclairissa@intan marliana said...

betul dear..dont put too much expectation..banyak sangat bende yg beyond our control..i pun nk buat entry psl wedding i jugak nanti..takpe babe..yg lepas biarkan lepas..bukak buku baru with your new life =)

♥♥ eija ♥♥ said...

sebelum tuu ja nak ucap tahniah pada nadira :)
dah jadi isteri orang pun hehe...
patut laaa lama tak online hehe...

n thanks for the info..
betul tuuu just biar jer apa yang patut.. jangan pikir sangat kan???

Unknown said...

sbnrnya kekurangan psti ada di setiap mjlis kenduri....tp sbg ratu sehari...kte terpaksa akur..itu lah gunanya kerjsama semua pihak termasuk pengapit kte

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails