Monday, January 17, 2011

Entri tertunggak!!..Perihal Kasut Sanding Saya~

Entri yang tertunggak hampir 2 minggu..2 WEEKS!!!~

Phew~..mohon ampun pada yg menunggu2 or yang tercari2 kehilangan saya...*ceh..bajet mcm konon2 ada yg menunggu..perasan lah kau!*

Gara2 bil streamyx yg tertunggak,kemudian beralih pd broadband maxis,yg mana pun tak ok,maka beralih pada P1 Wimax..hmm..bwt masa sekarang masih lagi ok..

weee~

Wedding updates!..
  1. Baju nikah saya,masih belum siap,veil pun begitu..
  2. Just baru beli decoration stuffs including hiasan bilik tidur,cadar dan segala..not to forget aksesori tambahan hiasan meja beradap if the canopy ppl punya deco tak boleh puaskan hati yg x pernah puas ini...~wink
  3. Centerpiece punya deco also dah beli..nt saya bwat entri khas utk DIY centerpiece saya ya??
  4. TQ tags dalam proses..tunggu cetak sendiri..
  5. Doorgifts!!dah sampaai!!bertambah semak rumah saya ni..huuuu~
  6. Cupcakes pick up 2 days before event
  7. Wedding cards maybe dlm minggu ni siap..so by next week will start distributing those cards...
  8. Katering 2 minggu before majlis baru confirm lagi sekali..sebab my mum,each time or each wedding yg dia pergi dia rasa tat food sedap suddenly dia nk tukar menu..so..better 2 weeks before majlis baru finalize...
  9. Pelamin,baju sanding,and baju tandang last fitting and full pay within this week..
  10. OP dah mintak tlg cari hotel murah...weee~
  11. Entertainments masih dalam ke'blur'ran
  12. VVIP doorgifts??
Senarai2 di atas akan saya sediakan entri khas untuk setiap satu selagi saya mampu.:P..inilah bahana kerja tertunggak..*tiba2 trauma ala2 buat tesis last minute zaman dolu2*..huahauahua

Cet. Entri hari ini..mari kita sentuh sedikit tentang kasut yg sesuai dipakai semasa bersanding dan juga jenis2 kasut yg padan dgn kaki bg lain2 individu yg mempunyai pelbagai saiz dan bentuk kaki...

Jenis2 Kasut..

Pumps - Kasut jenis ini adalah kasut dimana keseluruhan kaki disokong dan tertutup sama ada di bahagian depan,belakang dan juga kedua2 tepi. Ada kalanya juga ada sesetenganh pumps mempunyai 'ankle strap'. Kasut jenis ini biasanya ada tumit pelbagai size, namun bg tumit yg runcing,halus dan tinggi biasanya kita kenali dgn nama... stiletto...'Semerah Cinta Stiletto??'..Bagi yang berkaki bersaiz besar dan agak lebar tidak digalakkan memakai kasut begini kerana isi berlebihan di bahagian hadapan akan nmpak ketara dan mencacatkan penampilan anda.






Variasi Pumps!!!mana pilihan anda??


Open toe shoe - Kasut ini sebenarnya seprti kasut pumps yg telah diexplain di atas,tetapi yang lainnya ialah..bahagian hadapan seolah2 dikerat dan dipotong untuk mendedahkan jari jemari kaki anda.Namun apabila hanya bahagian ibu jari dan juga bhagian jari tengah ia dikenali sebagai peep hole shoe..Ala2 jari2 mengintai dari celah2 kasut....weee~..Bagi yang berkaki lebar sesuai berkasut begini kerana dgn kelihatannya jari2 kaki anda sekali gus kaki anda nmpak balance dan cantik dalam kasut itu.




Open Toe Pump

Peep Toe Pump
Mule- Kasut yang hanya bertutup dibahagian hadapan ataupun separuh bertutup tetapi terbuka sepenuhnya dibahagian belakang..dan bertumit..lebih kurang flip flop bertumit lah..Kasut yg biasanya butik pengantin tawarkan sekali dgn baju..Ohh..saya sgt x suka dgn type kasut ini..sakit kaki ok??ini kerana anda terpaksa meletakkan semua tenaga dihujung jari kaki anda untuk mencengkam kasut tersebut untuk berjalan.Dan lagi satu kalau turun tangga kasut ini sgt bising!!!


Mule bertutup penuh di depan

Mule terbuka separuh di depan

Mary Jane- Kasut sama ada flat atau bertumit.Yang mana bentuk bahagian depan agak bulat dan ada yang berbentuk hampir petak.Petak???er..ok...dan ada tali yang melintasi kaki anda antara hujung kaki dan juga buku lali anda..saiz tumit??pelbagai..

Red Mary Jane

Black..Err..mcm Kasut sekolah sy dulu plak..


D'Orsay- Kasut yang tiada sokongan di kedua2 bahagian tepi ataupun hanya satu belah. tetapi bertutp dibahagian tumit dan depan..sama ada bertutup penuh atau pun separuh ataupun bertali dibahagian buku lali..

Ok..saya sgt suka kasut type yg ni...sgt sukaa ok??Google je..anda akan jumpa mcm2 bentuk,warna dan anda akan jatuh hati dgn kasut seperti ini..wink2~









Nice kan??wee~

Ada beberapa perkara yg sy terpaksa titik beratkan dlm pemilihan kasut.
  1. Tumit tidak harus terlalu tinggi kerana tak mau nmpak terlalu tinggi dr MR TEDDY saya
  2. Saya memang menentang sekeras2nya MULE shoes
  3. Saya nk warna hitam so that boleh pakai pg office!
  4. Yang simple
Misi pertama...of course D'Orsay shoes..Namun hampa..kebanyakan kasut type ini sgt lah tinggi tumitnya

T______________T


Terpaksa beralih kepada pumps..Cari2 last jumpa jgk yg ada semua ciri yg saya mau


Tada..



Abaikan kaki saya yg buruk itu

Tak terlalu tinggi


Simple..boleh pakai pg ofis!
Seterusnya....

Takkan simple sgt pulak kan??


ini brooch kebaya saya


Try n error dgn letak di permukaan kasut


Perfect!!saya suka!!!!

Psst..pernah dgr tak kasut pengapit lagi glemer dari pengantin???

nak tgk kasut pengapit saya tak??



See??

Fokus pada bling2 itu ok..lawan tokey dah ni!


hmm..ok..see ya~..bye all..xoxo!

6 comments:

Ajwedding said...

amboi..sgt glamor kasut pengapit..he3

Nur Iman said...

wah wah...bertukar kasut dgn pengapit la cik nadira..hihi...

farahfatihah said...

wahhhh kreatip sungguh!!!! kasut pengapit pun ada?? best nih!

Zulaika Baharudin said...

kak long!..
amboi amboi amboi..haha..
you sndiri yg bg green light..siapa suruh..:P

luvira said...

wah, ira sangat suke idea DIY kasut cara begitu..n memang ada terpikir nak buat macam tuh gak, tapi yang susahnye skang nih, kasut tak de saiz...tension..

ada tak sesapa tau tempat nak tempah kasut??
please email me..sangat2 menghargai jasa baik anda ;)

aienadhira@gmail.com

[~r@n~] said...

d'orsay mmg sesuai ngan ko irahhh..betwn, I think maryjane quite good for u ( n of course i;m lovin it!!!)..die boleh tampung bert n of course beautiful design..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails