Monday, August 16, 2010

Sy membebel lagi..Anda sedang berDIET??

Heh.Salam Sejahtera buat semua B2b and juga bkn b2b..ataupun ex- bride and future mum..cukup..nk senaraikan smpai tok,nenek,moyang..xkan habis entri hari ni. heh~

0% mood for any preparation..sedangkan masa berdetik berjalan meninggalkan aku terkontang-kanting dibelakang.Agak bz di ofis.Kurang masa nak blogwalking n cari inspirational baru. Kena tunggu sampai semua settle. Baru bleh kembali melawat2 dn berjalan2 di blog b2b yg lain..heh..mcm mkn angin pulak..

Nak share idea baru mcm xde..template DIY baru??oh..teringat kotak E-day saya yang hanya baru berapa biji disiapkan..Otak blurr semacam. Perut pun senak. *kau mkn byk ms bbuka td kenapa?* haih..
Nak bg pendapat,entri smlm kan dah bg..Jd otak ini ligat berfikir..apa ya yg nk dikongsikan dgn B2b ni..??

TIPS!!!..sebut pasal tips..mcm2 tips boleh bg kan?tp yg sgt2 menarik minat saya adalah TIPS...jeng..jeng..jeng..

WEIGHT LOSS@DIET@TURUNKAN BERAT BADAN@SINGKIRKAN LEMAK2..yeah!

Rata2 di blog semua b2b mesti ada ticker seperti di bawah





Itu contoh ticker saya..mesti anda kata..huiyoo gile berat budak nih!..*heh*
Sedikit tentang saya..

Keluar dr prot mak dah 4 kg.Membesar dgn jayanya sampai umur 23 tahun,iaitu tahun ini..nak tercabot biji mata bila tgk angka di penimbang..99KG..sadis!Doktor dh mula buka ceramah kesihatan.Tapi mcm biasalah..
masakan emak mmg yg terbaik.kalau x mkn masakan mak alangkah x lengkap lah hidup..*eceh..alasan je tu*

Muka bulat saya??Badan Bulat saya??..silelah tatap gambar2 di bawah

BULAT!Ku Kira seperti Bola..Cuma Bola x pakai tudung kan??
Bia bdn dah seketul mcm ni..mulalah kelam kabut cr ubat diet.aha!sebut je nama2 ubat diet..semua sy dh cuba..

Hasilnya???NADA!!!TIADA..!!

Frust tertonggeng2 lah..ye la,kita dh beli mahal2 tp setakat turun 0.5 kilo mmg rasa nk mengamuk je..


Muka depress..udahlah duit habis..berat x turun2 plak


Ditakdirkan satu hari kwn sy perkenalkan dgn blog ni..sayataknakgemuk..adik ni betul2 membakar semangat sy yang jitu ini utk berdiet.Mungkin anda juga??

Berkobar2..btul..x tipu..Setelah berhempas pulas berdiet mengikut saranan adik zul itu..dalam masa 4 bulan..sy telah berjaya turunkan berat saya sebyk 20 kg..haaa kau..


ini saye selepas hilang 20 kg..


Diet yg sy buat ni adalah diet rendah karbohidrat. Iaitu eliminate kan apa saja karbohidrat dlm hidup anda secara beransur2..musuh utama,of course lah nasi.Kerana dlm nasi itu sgt byk carbs nya..Begitu juga dgn gula.Buangkan apa sahaja yg bergula sekiranya anda benar nak ikut diet ni..Bagi yg berminat sy senaraikan apa yg boleh dan x boleh dimakan

Boleh makan
  1. Ayam, Ikan,Udang,Sotong,Daging (Masak lah dgn apa cara sekalipun)
  2. Sayuran Hijau yang tak berakar. (Paling best salad lah)
  3. Cendawan,kobis,tomato,carrot,timun
  4. Cheese,mayonis,butter
Tak Boleh makan
  1. Nasi,mee,kueyteow,bihun,laksa dan seangkatan degnnya
  2. Gula,masakan bergula,kuih bergula,air gula
  3. kuih muih yang berasakan dari tepung
  4. Biskut
Apa yg lemahnya kalau ikut diet ni..bila kita kembali mkn karbohidrat seperti biasa berat anda akan naik 2 kali ganda..seperti yg berlaku pada sy,lepas mkn nasi balik dlm tempoh yg lama berat sy naik 2 kg dlam seminggu. Bagai nak gila rasanya!!!

So,akhirnya saya nekad uk diet dgn cara sy sendiri..

Beberapa tips:
  1. Minum banyak air.AIR SUAM.minumlah sebanyak mana yg anda suka kerana ia membantu membakar lemak
  2. Tinggalkan 2 perkara secara beransur2 iaitu gula dan juga lemak. Kurangkan beli air tin or bikarbonat,kurangkan makan ais krim,coklat  (ohh itu feveret saya yg nyata)..And also lemak...Kurangan mknan bergoreng @ bersantan segala
  3. Buat kerja rumah sebagai rutin harian.Sapu sampah ke..Basuh Pinggan ke.Iron Baju ke..itu semua satu exercise tau
  4. Nak tingkatkan metabolisma??mkn mknan yg pedas2..tp jgn lah pedas sampai tercirit-cirit esoknya.
  5. Makan dalam kuantiti yg sikit tapi kerap.Kalau rasa lapar,kudapla sumthing yg berkhasiat.agak2 dh kenyang,stop..bila lapar..mkn lagi..ingt in LESS QUANTITY!
  6. Jangan paksa diri n biar perut dlm mode lapar.Kalau anda lapar n x mkn.Nescaya apabila anda mkn selepas itu bdn anda akan mengumpul lemak 2 kali ganda dari yg sepatutnya..So,jgn biar prut lapar ya??
  7. Lastly..kurangkan karbohidrat iaitu nasi..Sehari sekali dah memadai..Lainlah kalau anda ni atlit atau ahli sukan yg lari 50 km sehari..hihih.Bihun less carb quantity..tp jgn mkn sampai 5 pinggan ya??
  8. Bnyakkan protin..Soya is good..Tempe,Tauhu,,nyummy..kalau kita mkn lebih byk protein drpd karbohidrat lemak akan terbakar..

Hmm..hope tips hari ni berguna ya??kepada yg nk berdiet,,GOOD LUCK dari saya!marilah berusaha!yeah2



Nota Kaki: Target saya, 14 KG kena turun lagi..(T__T)..Anda bagaimana?

9 comments:

♥♥ eija ♥♥ said...

tahniah laa adira 20kg hehe...
ja pun lagi 10 kg lagi adira :)

ermmm tapi sekarang nie maintain jer..
apa-apa pun kita serupa tau, ja 5 tahun dulu pun 10kg dari sekarang nie hehe...

tapi alhamdulillah dah turun :)
apa pun kena disiplin kan??
ja paham...
sebab penah alaminyer..

Nur Rawaidah Rahmat said...

waaaa tahniah 20 kg..nora baru nak stat diet haha thanks sharing info =)

fana said...

berat saya tak turun2 la.. warghh sedih..

fana said...

nak jugak kurus!!

nasya naim said...

::dira..serius ker ikut petua ni?ermm..nasya nak kena turunkan 15 kg lg ni..uwaaaa.sempat ker?hahha::

Mysarah Rahman said...

u..... i buat diet ni jugak for the past 3 months n i just lost 7kg! stress giler. mana taknya turun sikit, i tak diet betul2 lepas dah nampak penurunan. lupa diri terus! skrg ni baru nak hegeh2 jangan langgar pantang balik. wish me luck ok! ;)

Nadira Baharudin said...

eija:Btul2 disiplin itu sgt penting

Nora: jom mari kita berusaha! 256 hari lg kan??hhi

Farhanna: try la diet ni..insyaAllah nmpak kesan..cuba bulan2 puasa ni..

Nasya: Betul.kalau u ikut diet ni n btul2 berdisiplin..mmg nmpak kesannya..

Mysarah:hihih..kalau u dh start buat diet ni kena keepon track..jgn terbabas..nt berat naik 2 kali ganda..pepepun..gudluck!

Unknown said...

mia pun sama dgn eira la...kena cegah karbo..nasi 1 hari sekali je .itupun separuh...lauk pauk kena pilih gak..jgn bergoreng selalu..naik lemak..workout mesti berjalan seminggu 2-3kali..bykkan minum air masak..

Nadhyra Sidek said...

20 kg ????????????????????????
mak aii .. best tuh .. kan best kalau kak nadh dpt wat camtuh gak .. huhu .. nway congratulation

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails