Sunday, August 15, 2010

Bajet oh Bajet..

Slow update.Bulan Puasa kan?X leh taip banyak2..nanti jari sakit which leads to dahaga..*hiperbola kan??*
oh itu hanya alasan. :P..

Nak merehatkan kepala kejap dr berpk pasal wedding and also engagement. Jadi silent readers jap these few days.aha!..Jd hari ni sy kembali...*chewaahh..mcm la org mnunggu2 entry ko..ahaha*..back typing coz terpikir one of the main elements in preparing wedding thingy which is...BUDGET!

Entry kali ni lebih kepada memberi tips kepada semua B2B yg lain *dan juga diri saya sendiri*..ikhlas daripada pandangan sy sendiri..

Nak kahwin kena ada duit..kalau x xde la org kata xde duit jgn gatal nak kahwin..huhu..Biasanya kalau sebut padal duit ni pengantin lelaki la yg akan serabot!..pk hantaran lagi..majlis belah lelaki lagi..ditambah2 dgn pengantin pmpuan yg agak mendesak2..

Beberapa situasi yg akan menambahkan lagi stress si pengantin lelaki:

"Syg..i nak kawen nanti pelamin roman tau.."


"Syg..honeymoon kite pg oversea nak??..u syg i x?"


"Syg..kite jemput artis buat performance nak?" 

Ha..terkulat2 la pasangan anda terkebil2 nak tunaikn permintaan buah hati tersyg..Kand ditariknya muncung sedepa dia juga yg gundah gulana..Akhirnya..sang lelaki pun buat kerja lebih masa..ikat perot x makn..gara2 nak simpan duit..

Saya pernah terbaca dalam satu blog yg mengatakan...

"Kalau kita buat pihak lelaki terasa susah walaupun sikit..untuk majlis perkahwinan kita,sesungguhnhya majlis itu tidak diberkati Allah S.W.T"

Ada kes siap buat pinjaman semata- mata sebab nak kawen..Penyudahnya, nanti anak dah nak masuk 3 pun, utang tak habis2 bayar lagi..
Kata org..Majlis Kahwin ni sebenarnya nak melatih pasangan2 yang akan berkahwin untuk belajar mengurus perbelanjaan sendiri.If majlis kahwin, yang anda rancang itu agak x terurus dr segi perbelanjaannya maka lebih sakitlah kehidupan selepas kahwin nanti..

Jadi kita sebagai B2b ni kena pandai merancang perbelanjaan yang bersesuaian ikut kemampuan family,sang lelaki dan juga anda sendiri..Ye la..biasanya sang lelaki hulur je duit..bab2 merancang ni kita yang pmpuan ni yg merancang..btul x??

Sy sertakan beberapa tips untuk anggaran budget majlis perkahwinan


1. Kursus kahwin
Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).
2. Mas kahwin
Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan.  Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2. Ape-ape pun ikut kemampuan okeh??
3. Wang hantaran
Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua - dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan  sendiri'. 
4. Upah juru nikah atau tok kadi
Jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak la mahal sangat.. biasanya dalam RM80++…  depends kepada negeri masing2 la.
5. Barang hantaran
Barang hantaran nie kadang2  akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!
6. Gubahan hantaran
Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.
7.  Cincin atau barang kemas yang lain
Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama!  Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat  sebelum anda bergelar suami isteri!
8. Pelamin
Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…
9. Baju pengantin
Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit.  Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..
10.  Kad kahwin
Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook,ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi laTepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak,  bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah. Cuma ingat,org yang terima kad hnaya akan puji sekejap..contihnya: eh cantik lah kad ni..tapi lepas tu ntah mana2 la dia letak..
11. Kenduri / jamuan
Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa.   Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak     yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang  confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer.  Semuarnya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?
12. Khemah dan kelengkapan lain
Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebopyramidarabian dsb. Dan ada  jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….
13.  Juru gambar
Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++. Pada pendapat sy,yang mmg pandai guna photoshop edit2 gambo..ape kata anda edit sendiri gambo2 tu..xpun..custom album..mungkin tempah lambat sikit ke..Gamba tu kan sampai2 bila anda akan simpan?
14. Hiburan
Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…
15. Honeymoon
Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’.Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)
Okla, entri nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semua  perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!

11 comments:

Nur Rawaidah Rahmat said...

saya sokong ehheeh apapun kita kena kena bekerjasama dengan pihak lelaki..janganla dia sorg je urus. sian dia =)

Nadira Baharudin said...

btul tu nora..kite kena tolong dia urus kan bajet..

masmOna said...

betul2, zaman sekarang ni memang takleh nk harapkan lelaki je semata. lebih baik kalau kita share. sharing is caring. caring is loving kan? hik =)

Cik Belle said...

kene berbincang bersama dari segi budget.. tak boleh ikut suke hati sendiri. hihi.. bek simpan untuk beli rumah! hehe.

♥♥ eija ♥♥ said...

ermm
ira sama laa dengan eja.. budget memang menghantui kita kan ira??
ja pun setuju, sekarang nie ape2 ja akan bincang dengan en. tunang ja dulu... memang kena pikir budget dia kan??

Anonymous said...

cite psl ni eira...mmg phk laki pening..tp pd kak mia..kak mia dgr sekarang org mtx hantaran cecah lbh RM9ribu - RM10000....yg lain2x pn byk di cut cost....kdg2x krn keciankan phk laki, bkl isteri hrs membantu...

fana said...

tip yg berguna.. bagus

rose said...

saya sokong cik eira!hehe..sy n bakal roomate pn pening wt bajet je ni..huuu~

urmm..br2 ni kes yg sy dengar pasal pompuan mntk mcm2 n si tunang nyer wt loan 40k semata-mata nk kawen..haisshh..sian sy kt laki 2..

Nadira Baharudin said...

oleh itu marilah kite berjimat2..yg penting life b4 kahwin kan??

hmm..cian laki yg wat loan sampai 40k tu..tu blum ada anak lg..nt nk pk anak lg..blanja dapur lg

heee...takot2

Mysarah Rahman said...

very informative entry! bajet ni tersaaaangatlah penting. silap teknik, pengsan kita dibuatnya! so make sure everything will be under the budget ;)

Nadhyra Sidek said...

dik oii .. upah jurunikah / tok kadi RM 155 hehe .. nih area sgor .. perak, lebey kurg kot ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails