Wednesday, January 4, 2012

Biru atau Pink??~

Salam sayang buat semua..

Huuu..sungguh panas hari ni. Klenjar peluh merembaeskan peluh tahap dasyat.Huu, x selesa sgt..Kata yg dah berpengalaman bila dh masuk 7 bulan ke atas memang normal lah berpeluh sepanjang masa.

Ok. Berbalik pada tajuk entri. Biru atau Pink??Sy pasti anda mmg dh dapat teka warna yang menjadi dilema bila nk beli baju anak.Setengah tempat, memang 2 pilihan warna je dia sediakan.Biru dan Pink. Sakit hati okeh??




Sebagai ibu yang mengandung anak pertama ni, org kata tak perlu harap jantina apa2.Yang penting selamat. Sang Suami pun kata begitu


"Tak kisah, yang penting dua-dua selamat"..owhh..terharu..*ibu hamil mmg cepat tacing*

Tapi jauh di sudut hati saya begitu mengharapkan anak lelaki. Entahlah. Memang dari dulu saya pernah cakap pada suami,

"Kalau anak sulung, biarlah lelaki.." Si suami hanya senyum.
"Kalau lelaki rapat dengan mak nya lah.Abg nak perempuan."..Sengih Si Suami..

Bagi saya bila yang sulung lelaki dia boleh jadi abang kepada adik2nya..Abang long kedengaran mcm lebih garang berbanding Kak long..ngeh2..Mungkin sebab sy sulung tp selalu dibuli adik2..dush2!..*ohh sy x mahu begitu*

Tapi apa-apa pun saya hanya berserah. Bukan saya x suka anak perempuan, bukan..Kalau rezeki dari Allah perempuan, maka perempuanlah..Kita hanya mampu merancang..:)..betul tak??

Dari awal kehamilan saya tak pernah mengalami morning sickness. Sehari pun tak pernah. Semua makanan masuk mulut..kecuali..haa..ade kecuali tu..SAYUR!..mmg x boleh masuk langsung dalam tekak ni, kalau lidah ni terasa tekstur sayur dlm mulut maka berhambur balik segala isi perut. Bau pun tak boleh. Pernah sekali Ibu saya masak pecal..masa rebus sayur2 tu sy di bilik air uwek..uwek segala..

"Eh kamu ni mengandung anak laki ke?" tanya ibuku
"Mana tau..kenapa mak cakap lelaki?"..dgn muka blurr br lepas keluar isi perut bertanya
"Lelaki kan x suka sayur"

Sy hanya ketawa dengan hipotesis ibu saya. Betul ke lelaki x suka sayur??

Masuk 3 bulan jika diletak Ais Krim dan Jeruk di hadapan saya,maka saya dengan pantas mencapai jeruk dan menghayatinya tanpa memandang sikit pun pada ais krim tersebut. Nak kata loya tidak, cuma tekak ni hanya mahukan benda yang masam dan juga masin.

Kata kawan ofis saya.

"Ko ni mesti ngandung anak laki..Kalau anak perempuan ibunya suka makan makanan manis2" dan sy tak endahkan kata2nya kerana lebih tertumpu pada jeruk yg dimakan *buruk lantak*

Sewaktu mengandung saya amat suka make up..Kalau dh lewat sgt pergi kerja, sy calitkan saja eye liner kasi dramatic effect sket..Tapi sejak dah kuat berpeluh ni saya jarang make up..Rimas pula rasanya. Tapi wajib pakai contact lense coklat saya..ahahahahah...

Kata org kalau ibu nk berlawa je masa mengandung, anak lelaki.Kalau si ibu mmg malas nak pk pasal penampilan maka anak perempuan.

Banyak tido. Saya mmg suka tido..:)..bukan apa, badan rasa letih..Kata ibu saya

"Kamu ni malas je mak tengok..Anak jantan le tu"..ok sambung tido..

Masuk 7 bulan, perut dh mula terbonjol ke depan. Saya pergi pasaraya nyonya mana tah pegang perut sy dan kata,

"Anak lelaki maaa..." *serius blurr..bomoh ke apa nyonya ni*

Tapi mmg kebanyakan cina yang saya jumpa akan cakap bayi yg dlm perut ini anak lelaki..*senyum lagi..berbunga rasa hati..*

Dua nama telah saya pilih untuk anak ini..Kalau lelaki saya namakannya zhafran, kalau perempuan, Zahra.
Bila saya usap2 perut untuk kejut bayi dr tido saya akan menyebut 2 nama ini..Hanya apabila saya memanggilnya zhafran, dia akan beri respon!!!!..*huu excited tau..sy syok sendiri*

Satu hari Si Suami dengan tiba-tiba berkata:

"Abg rasa anak lelaki lah.."  sy hnya kerut kening tanda kenapa...

"Abg mimpi semalam, anak lelaki.."  Sy sengih. *mimpi x leh pcaya laaa*

Baru2 ni semasa mahu membeli barang-barang bayi, Si Suami hanya mencapai barang berwarna biru. Sy melarang kerana kami masih tak tahu jantina anak ini. Tapi dia selamba menjawab

"Budak perempuan tak apa pakai biru, budak lelaki x boleh pakai pink.."..*ehh...double standard betul..*


Biru mmg sinonim dgn lelaki



Banyak lagi kata orang2 tua tentang jantina anak..Saya senaraikan yang saya pernah dengar ya?

Anak yang dikandung, LELAKI:
  1. Si ibu kurang minum susu.Walaupun dia hantu susu sebelum mengandung
  2. Kulit Si ibu menjadi lebih kering.
  3. Tapak kaki Si ibu lebih sejuk daripada sebelum mengandung dan lebih banyak berpeluh di kaki
  4. Si ibu gemarkan makanan masin dan masam
  5. Si ibu tidak mendapat morning sickness sepanjang kehamilannya
  6. Perut si ibu nampak rendah, jika dilihat dari belakang si ibu tidak kelihatan seperti hamil kerana tajam ke depan
  7. Wajah si ibu tampak lebih comel dan berseri

Anak yang dikandung, PEREMPUAN.

  1. Si ibu amat suka susu dan juga produk soya
  2. Si ibu amat suka makanan manis
  3. Si ibu mengalami morning sickness tahap dasyat
  4. Perut ibu lebih mendatar, melebar ke tepi dan tinggi (jarak puncak peut dan bawah buah dada tak jauh)
  5. Wajah ibu kusam dan pucat

Itu lah yg saya pernah dengar, kesahihannya sy x pasti sbb baru mengandung anak sulung..heheh..tapi x semuanya betul..bergantung pada hormon ibu


Dan Isnin baru-baru ni saya dah buat scan. Saya buat 3D aje..kerana bila saya tnya harga scan 4D hargnya RM 200 +++..pengsan!!

Saya dah tau jantina anak ini..*senyum lebar*

Cuba teka..Rasa-rasanya..Zhafran ke Zahra???

11 comments:

Mysarah Rahman said...

Zhafran :)

choclairissa@intan marliana said...

hehe klaka la bace entry ni..hurm saye pun pernah berangan nk anak laki first sbb cm best ade abg..boleh gitu? hehe tp bile tgk keadaan skrg cm kalo first anak laki..second pompuan..byk tendency yg pompuan dilantik jd anak sulong sbb laki sllnye lebih reserve or cam xkesah je ape jadi..hurmm entahla :)

ainnazari said...

u, i.Allah anak lelaki sbb husband u mimpi bby boy kan?? hehehe it same goes to me...hubby mimpi bby boy, and guess what, time i p scan sndiri dkt my uni's clinic, the doc siap tanya, husband ada mimpi?? really shock time the doc ask that Q to me...then i jawab la boy, doc ckp, i.Allah bby boy...heheheh

~ NANA ~ said...

zhafran kot...hihi

Nadira Baharudin said...

Mysarah & Nana: Betul!..Hadif Zhafran..InsyaAllah

Intan: Tu la,harap dpt jadi ibu yg baik yg dpt didik dia jd seorang abg yg bertanggungjawab.

Ain: Ye ke?maknanya mimpi suami tu kira kebetulan betul la kan?hihihih

ciksuen said...

ehe..org mmg ske meneka-neka jantina kalu tgk perut org ngandaung kan? i pon selalu dgr..tp jawapan yg pasti kene tunggu baby kuar br tau. he

ZaNNa said...

xkire la laki ke pompuan!! janji anak sedare aq selamat lahir =) take care syg!!hiks

Shakina Farhan said...

suke baca post ni! kina pun anak sulung nak kl bleh nk lelaki plak sulung..tp dlm hati rasa mcm baby girl..hehe..lambat lg dpt detectnye..tak kisah la asalkan selamat & sihat kan..sedap nama zhafran..:)

Unknown said...

suke bace post nie..tapi kes saye nie, kriteria yang cakap tu sumer bercampur...takleh nak teke..tapi hubby memang nak anak lelaki sangat2..same goes to me...nak anak lelaki..bleh teman mama die nanti~~

nurulfarehah said...

mungkin ade betolnye. sy sgt suke melawo mse preggy. yg 1st sy kuat tido. balik kje je tido. nikmtnye tido. hahaha! kua2 laki lor. mmg hepi sbb mmg nk ank llaki. yg 2nd, sy ske mekap2. pakai lawo2. siap berselendang g opis. bajet2 ank pompuan, skali kua lelaki jugak la. hahah! pe2 pon, syukor ank2 sihat smua. :)

Anonymous said...

Sekarang sudah lahir kan? Apa hasilnya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails