Wednesday, September 15, 2010

Siluet@Silhouette yang sesuai dengan bentuk badan anda?

Raya..Raya..Raya..raya sakan smpai dh berapa ari x hapdate..*apelah kamu,raya mengalahkan kanak2 ribena..*

Bile sebut je raya dalam kepala terbayang2 juadah yang pelbagai terbentang dpan mata..slurrp!!....

Sebelum raya MR TEDDY telah berpesan..'Jgn mkn bnyak2..nt badan naik'..Bwt tak tau,masuk telinga kri kluar telinga kanan..

Menjelang Raya...
Ohh..ketupat,lemang,rendang..anda lah sahabat baik perut saya..Ohh kek dan juga biskut..kamulah peneman setia perut saya..Mee Hailam..Nasi Briyani..andalah yang menceriakan perut ini...gendang gendut tali kecapi..kenyang perut maka suke lah hati ini...lalalalala~

Raya Ke-6..
Kaki menggatal melangkah masuk Butik..Mereka sudah mau ukuran badan,tempahan sudah mahu dibuat..

Ades!bukankah masih ada 7 bulan..??and..perlukah ukur badan lepas raya???!!GULP!..ohhh...

Di butik setelah badan diukur...(T_____T)..

'SETIAP ukuran bertambah 1 INCI!!'

Bagai sudah terjatuh kain terkoyak pula..aku hanya mampu tersengih2..Sampai rumah naik penimbang..2 kg bertambah!..sekali lg bagai sudah jatuh baju pula terkoyak..ohhh...

Pening!cukup pening..akak di butik dah tanya,siluet jenis apa yang u nak?dengan blurr aku bertanya..

'siluet'??Apakah itu?'

Ya..menurut kamus wikipedia siluet itu adalah pattern atau design baju yang dijahit mengikut tubuh badan individu..'contour of a dress'..

Pemilihan siluet yang betul amat penting untuk menyerlahkan lagi bentuk tubuh badan anda ataupun untuk menyorok apa jua kekurangan tubuh badan anda. Ingat, Siluet harus dipilih mengikut kesesuaian tubuh badan untuk tampak anggun dihari perkahwinan anda..

Dalm bidang fashion ada byk jenis2 siluet..Tapi sy akan sentuh hanya beberapa jenis siluet yang biasanya menjadi pilihan utk bakal pengantin di luar sana

Ballgown

 

Siluet jenis Ballgown ini sering menjadi pilihan untuk majlis potong kek ataupun menjadi pilihan dress bersanding untuk sesetengah pengantin. Siluet ini sesuai di gayakan bagi yang bertubuh langsing dan memiliki ketinggian yang sederhana. Bagi yang berbadan montok ataupun besar bahagian pinggang ke bawah amat tidak digalakkan kerana anda akan kelihatan tenggelam di dalam gaun ini

Ballgown Siluet

Empire


Siluet ini memiliki garis pinggang yang tepat di bawah payudara, dan memberi penekanan kepada payudara dan juga bahu. Siluet ini amat sesuai bagi anda yang memiliki perut yang agak besar dan berpinggang penuh. Juga sesuai bagi yang memiliki kaki yang panjang. Jika anda ingin memberi fokus pada bahagian atas badan anda dan ingin menyorok kekurangan dari paras pinggang ke bawah siluet ini amat sesuai kerana kebiasaannya siluet jenis ini kembang dan lebih besar dibahagian pinggul. Sesuai bagi mereka yang bertubuh montok dan pear-shape. Namun bagi yang memiliki payudara yang agak besar,tidak digalakkan memilih siluet jenis ini..

Empire Siluet

Sheath


Sheath atau siluet ramping biasanya digemari oleh pengantin wanita yang ingin penampilannya tampak lebih langsing. Bagi yang bertubuh langsing, berlekuk indah seperti jam pasir, siluet ini amat sesuai kerana memberi penekanan pada lekuk pinggang anda.Bagi bagi pemilik tubuh boyish yang kurang berlekuk di bahagian pinggang dengan lipatan lemak yang mungkin ada di lekuk tubuh dinasihatkan tidak menggunakan siluet ini

Sheath siluet..Kebanyakkan kebaya pendek mnggunakan siluet ini
A-Line


Siluet jenis ini diklasifikasikan sebagai siluet 'selamat' kerana sesuai untuk pelbagai jenis bentuk tubuh. dengan pattern dan kontur yang simple. Ianya sesuai digayakan untuk pelbagai majlis selain perkahwinan. Bagi yang berbadan besar dan mempunyai pinggul yang besar amat digalakkan memilih siluet jenis ini keran boleh menutup kekurangan paras pinggang ke bawah.Berbeza dengan empire,siluet ini tidak memberi penekanan pada lekuk bawah payudara.Jadi bagi yang mempunyai payudara besar sesuai memilih siluet ini.

A-Line Siluet

Mermaid/Duyung


Mermaid atau siluet duyung merupakan lanjutan design dari siluetsheath/ramping. Gaun ini ramping pada bahagian perut dan pinggul lalu melebar mulai dari lutut hingga ke bawah. Bagi mereka yang memiliki perut dan pinggul langsing, kaki yang panjang dan bertubuh mungil sangat padan menggunakan siluet ini. Dan sebaliknya bagi pemilik tubuh besar di bahagian perut ke bawah -pear shape body- sangat tidak digalakkan menggunakan siluet ini.

Siluet Duyung

Jadi siluet mana yang sesuai untuk anda??buat pilihan sebaiknya ya??..Kalau saya mungkin Empire atau A-Line..hihihihihi..

9 comments:

Shakina Farhan said...

wah..kina yang mana satu la agaknye ni..hehe..

Nur Rawaidah Rahmat said...

alamak nora pun pening dh ni mana satu hehehe

Mysarah Rahman said...

perghh nice info. i punya baju satu tu A-Line. satu lagi tak tau cite. haha

nasya naim said...

::huhu..nasya pun x sure pakai apa ni..kakka.leh x ckp mcm tu?:D..::

Nadira Baharudin said...

tu la kan..ira masa awal2 dah blurr..ape kebenda siluet2 ni?hihhi..rupenye sgtla penting peranannya..hihi

♥♥ eija ♥♥ said...

waaa dira :)
bagus laa dira nie ja pun tak tahu ade macam jenis sillhouette nie hehe

tq dira

Rilla said...

Rilla memang dah lama mengidam nak pakai mermaid and sheath

Nadira Baharudin said...

eija: sharing kan sexy!hehehe

Rilla: pergh..ni mesti badan meletops ala2 rozita che wan gitu..hhihi

maz said...

bagusnya info ni. :)
thanks a lot for sharing.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails