Ohh.Intro entri yang terlampau.Sape yg baca mlm ni kira xpe lagi..sape yg baca di siang hari, Nah!rasakan..Muahahahaha..~gelak ahli sihir yg sedang naik penyapu..ohh..*kalau ahli sihir seberat sy maka patahlah penyapu itu* (T_T)
Ini entri tentang MAKANAN,tp jgn risau..sy xkan bg anda resepi atau tunjuk gambar yang akan buat anda terliur2 menatapnya..tidak.sy tidak sekejam itu.
Anda tentu pernah mghadiri kenduri kahwin kan?
Pernah alami situasi seperti di bawah??
Situasi 1
*Pada jam 2.00 ptg, di kala tetamu masih lagi berpusu2 ke rumah pengantin,setibanya mereka hampa. menurut tuan rumah, MAKANAN telah habis..Dan anda pulang dengan rasa sebak di hati, dek x breakfast pg td*
Situasi 2
*Anda berbaris panjang untuk mengambil makanan,sampai depan lauk,ada pelayan tolong cedukkan, Anda hulur pinggan, Seketul daging masak rendang sebesar ibu jari terjelepuk di sudut pinggan anda,kuah dalca sayur yang mana sebatang carrot pun anda x nmpak,jelatah yang hanya ada sekeping timun dan sekeping nenas dan...paling menyedihkan...ayam goreng berempah bahagian leher!!!*
Situasi 3
*Sepinggan nasi..dan hanya berlaukkan kuah sahaja*
Macam mana?pernah alami..Terus terang sy katakan sy pernah alami kesemua situasi di atas. Mak Cik saya,smpai skrg x nak pg mana-mana wedding..Fobia katanya..~tengok betapa kuatnya impak MAKANAN kepada tetamu anda.
Cuba kita fikir,mcm mana boleh jadi sedemikian rupa? Salah katerer kah?Atau salah Tuan rumah? Atau salah tetamu??*garu2 kepala yg x gatal..eheh*
Beberapa perkara yang perlu dititik beratkan..
Finalize ur guest list & Jangan salah kira tetamu anda.
Itu antara step yang paling penting sebelum anda decide nak order berapa tempahan makanan dan juga,before anda tempah kad kahwin. Jangan dah order kad 1000 keping,anda order makanan untuk 1000 pax..baru anda nak finalize guest anda.Maka anda akan alami situasi sperti di atas.
Kenapa sy cakap mcm tu?
Pengiraannya diibaratkan mcm ni..jika anda edarkan kad sebanyak 500 keping, maka dengan itu dianggap tetamu anda sudah pun mencecah 1000 orang
1 kad = 1 kepala
Jika anda menerima kad jemputan,pasti anda akan membawa seseorang untuk menemani anda bukan?
Jadi 1 kepala = 2 , 3 atau lebih yang akan datang = 2 @ 3 orang
1 kad = 1 Kepala = 2 @ 3 orang
Kalau wedding anda dibuat pada musim cuti sekolah atau cuti umum..maka lebih besar kemungkinan untuk pemegang 1 kad, paling sikit pun 5 orang yang akan dibawa bersamanya.
Jemput tetamu anda menggunakan kad. dan bukannnya jemput mulut..Bahaya..takut tersalah kira..kita sebagai tuan rumah yang akan menanggungnya.
Jika anda bekerja di sebuah department, kira berapa orang dalam department anda dan jemput mereka menggunakan kad. Beri pada mereka setiap seorang yang anda rasa nak jemput. Jika kawan sekerja anda itu, bila berselisisih di pejabat pun x mahu senyum. Tak payah jemput. Habis cerita!Btul tak?
Jangan letak 1 kad untuk satu department, melainkan anda sudah memastikan yang 1 kad itu mewakili 50 kepala x2 = 100 orang!
Ini kerana fitrah manusia,apabila dilihat kwn sekerja yang lain mendapat kad dan dia tidak, maka dia akan berkata
'Tak dapat kad pun..tak kan nak pergi'
Tetapi..apabila anda meletakkan 1 kad di department anda ataupun department lain, maka akan jadi seperti ini.
'Eh, ada kenduri ni. Walimatul urus polan bin polan..Sape ek dia ni?Lantaklah,asal boleh makan.Bleh ajak family aku'
Walhal kita sendiri tak tahu yang family dia ada 10 orang semuanya
Untuk rakan taulan anda, x salahnya kalau anda sertakan sekali kad RSVP. Sy pasti teman2 anda memahami. RSVP penting untuk anda finalize sekali lagi list tetamu anda 3 minggu sebelum majlis anda.
Sbg contoh, daripada 200 orang kawan yang anda jemput, 100 orang tak dpt dtg, maknanya anda masih punya masa untuk mengisi kekosongan tersebut dengan jiran2 tertangga. Masa ni lah baru jemput mulut boleh dilakukan. Tetapi ingat,cuma isi 100 kekosongan itu sahaja..janganlah keling botol lalu nak kutip botol pun anda jemput..*mulia sungguh hati anda* ~wink
RSVP utk kwn2 kita saja..khususnya yang tinggal jauh2..Untuk kawan2 ibu ayah kita tak manis pula kita sertakan kad RSVP, sebab biasanya orang2 lama ni,confirm akan dtg..Tambah2 yang tinggal berhampiran..
Antara sebab lain terjadinya tak cukup makanan:
- Tetamu makan lebih dari yang sepatutnya. Sy sendiri selalu membuat observation di meja buffet (kalau tak percaya anda boleh cuba.. ;p ) .. ada sesetengah tetamu yang tak segan silu beratur semula di meja buffet dan tambah makanan.. Ada juga yang kadang2 ambil lauk 1 pinggan dan meratah di meja makan.
- Tetamu yang tak diundang/dikira. Ini selalu terjadi buat pasangan yang salah seorangnya dari negeri jauh.. Kawan2 berada disekitar kawasan pasangan yang 1 lagi.. Lebih2 lagi kalau pasangan berkongsi 1 kad jemputan ( 1 kad 2 belah pihak ).. Akan ada kawan2 yang akan memilih kawasan yang lebih dekat dgn mereka. Sebagai contoh : Si A orang PERAK, dan si B orang KL, dan kawan2 A kebanyakannya berada di KL.. Peratusan kawan2 si A untuk datang ke majlis si B adalah tinggi.. Tuan rumah B pula tak terfikir pun nak mengira tetamu macam ni
- Kenduri pertama / terakhir di dalam keluarga. Lebih2 lagi yang pertama, selalunya tetamu akan 80 -90% datang. Jadi..B2b yang anak sulung,cucu,cicit ataupun sgala sulung..jaga2 ya??
Cadangan & nasihat :-
Jika anda buat di rumah, sediakan beras dalam 10 - 20 kg / ayam yang dah siap dipotong dalam 2-3 ekor. sebagai 'Back-Up' sekiranya nasi / lauk dah nak habis. Jangan masak dulu.Masak bila katerer anda agak nasi / lauk macam tak mencukupi buat tetamu yang masih ramai lagi datang. Baru mereka akan mula masak nasi dan goreng ayam yang telah anda 'back up' tadi.
Kalau kat dewan pula. Beri duit lebih pada katerer, minta mereka sediakan lauk back up. Tak pun pergi kedai2 makan berhampiran.
Ehem2..dah habis entri hari ni..moga semua b2b mendapat manfaat darinya..Hari bersejarah anda patutnya jadi hari yang bermakna buat anda dan keluarga, Bukannya jadi umpatan para tetamu..Eeee..Takot!!..eceh
Nota kaki: Eh..KARIPAP PUSING sy dah habis la pulak!!!
Karipap Pusing yang sedap dan enak..nyum2 |
9 comments:
good info! love. =)
erk.. nora anak sulung plus cucu,cicit dan nephew sulong...warghh takut bila baca~ harus lebihkan makanan ni huhu ~
erkkk .. nseb bek x pose rini .. x le kecur sgt .. hihihi
bagus entry ni. kena ambik kira sume benda kan. bab2 katering or makanan ni la yg i paling risau
mmg betul entry ni...
saya pun pernah alami benda yang sama, dan alhamdulillah, masa kenduri saya aritu, makanan yang dihidangkan mencukupi sebab da bgtau ngan caterer, kalo agak2 makanan dah nak abes, sila inform tuan umah, dan caterer tu pun mmg spare bahan masak yang lebih untuk elakkan menda2 mcm ni terjadi la.. caterer tu masak yang extra tu dulu, bayar kemudian tak pe.. ehehehhe...
ump.. bab2 food ni memang kena particular betul.. takut jugak if tak cukup.. tapi sebab dah 2nd kenduri rasenya lebih mudah kot..
bagus info nie..kte pun budget kad sikit..,tp kena sesuai dgn kepala,setuju kenyataan tue
auuww terasa la bab tetamu makan lebih dripada sepatutnya ;p
Info yang sangat bagus. Ari tu masa survey caterer pun dia tanya, "Kad kluar berape?" sy pun cakap "dalam 1000". Katerer tu pn cakap "Mak aih, ramainye, so guests adik dalam 2000 orang la ek?"
So baru tahu keluarkan kad separuh dari jumlah tetamu.
Post a Comment